Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Tomato

Assalamualaikum
Kisah Tomato | Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah. 
Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar-pelajar tersebut. Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci. 
Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka. Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka. 

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu. 
Hari-hari berlalu, pelajar-pelajar mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut. Pelajar-pelajar yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.
Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar 
"Bagaimana anda rasa minggu ini?" 
Pelajar-pelajar mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato. 
Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang. Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana. Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawa ia setiap hari."
 

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini. 
  Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda. Ini akan membuat ruang untuk menyimpan perkara yang baik-baik.
Moga kita bersama-sama menjadi hamba Allah yg bertaqwa.
Amin..


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. bagusnya kisah ni. salam jumaat :) semoga kita sentiasa memaafkan orang yang buat kita marah dan menyakitkan hati kita

    BalasPadam
  2. Kisah pengajaran yg bgus ni. Thanks share

    BalasPadam
  3. tapi kadang-kadang memang susah nak memaafkan...

    BalasPadam
  4. teringat pulak kat cikgu tomato kita dulu...hehe

    BalasPadam
  5. waaahh terbaiklah kisah tomato ni..win

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code