Permainan santai ni agak tinggi dan sesuai untuk kanak-kanak yang lasak.
Ha...tu dia bayang The Dragon Roller Coaster.
Permandangan dari atas.
Tempat kegemaran kanak-kanak seusia Aisyah dan Alif, pasti di Playtown.
Di sini redup kerana berbumbung. Anak-anak bebas bermain pelbagai permainan kesukaan mereka. Oleh kerana tempat ni redup, secara tidak langsung kita juga dapat bersantai sambil memerhatikan anak-anak.
Rasakan cabaran menaiki bot dari ketinggian tinggi. Pastikan korang memakai baju hujan sebelum masuk ke Dino Island. Kalau tak, basah kuyuplah korang.
Tu dia, percikan air sampai atas jambatan tempat kami berdiri.
Terdapat juga permaianan tangkap itik berenang. Untuk suka-suka sahaja melayan karenah Cik Aisyah. Dua kali sauk anak itik ni RM20. Bawah anak itik ada nombor. Dari jumlah nombor itulah hadiah yang dimenangi.
Dapatlah seekor nemo.
Saya percaya Ninjago merupakan tempat kegemaran ramai. Saya pun suka, apatah lagi Cik Aisyah. Dari masuk Taman Tema ni dia asyik sebut nak pergi Ninjago.
Di sini kita dihidangkan dengan permainan video dengan menaiki kereta kabel yang disediakan. Jangan lupa pakai cermin 3D.
Saya berdua bersama Cik Aisyah, manakala en.suami bersama abangnya. Kali ini kami dapat tempat ke-3. Yeahh..huhu..
Bersebelahan dengan Ninjago, akan nampak Beetle Bounce di sebelah kiri manakala di hadapan akan nampak Lost Kingdom Advanture.
Di Lost Kingdom Advanture teknik menembak korang akan diuji. Seronok juga main tembak-tembak ni.
Banyak sangat permainan yang menyeronokkan. Pendek kata, anak-anak tak kan sempat bosan sebab semua mainan mengujakan.
keretapi pusing-pusing..adoi pening-pening lalat bila turun.
Kapal terbang ni pun berpusing-pusing boleh adjust tinggi rendah.
Tengoklah Cik Aisyah gigih mengendalikan motobot.
Perlumbaan kereta mini. Sekali lumba, hanya 3 peserta dan Cik Aisyah dapat tempat ke-3. Akekeke..
Dah penat berjalan? Jom kita naik keretapi pula pusing-pusing taman tema. Keretapi ini panjang dan boleh memuatkan ramai pengunjung dalam satu masa. Pilih sahaja tempat mana nak duduk.
Jika ada masa lebih, boleh juga layan movie 3D, 4D di sini.
10 Ulasan
nampak macam ibu aisyah je yang terlebih seronok ni.hehehe
BalasPadamtau tak pe..pasti..
Padamseronoknyaaa pergi sini.. nak masuk setiap tempat tu tak payah da kan. kita just bayar masa mula2 nak masuk tu je?
BalasPadamiye bayar tiket sekali je pastu mainlah permainan dalam tu sepuasnya..cuma yang jenis tangkap itik tu kena bayar..dan makanan
PadamWahh..Best..best...
BalasPadambest2....macam nak repeat pegi lagi...tak puas
BalasPadamWah.. Antara wishlist nak pergi ni. Tapi nak tunggu anak besar sikit baru syok pergi hehe
BalasPadamSamalah anak kita. Ninjago je yg asyik disebut. Kalau datang sini, balik memang mak pengsan terus. Taman dia besar.
BalasPadamBestnyer! Kena bawak anak-anak sekali baru best. bawak sekali anak buah. haha. kita tua ni best tengok depa main je hihi
BalasPadamTempat2 ni mmg kesukaan anak2 kan mar..
BalasPadamAkak gi pergi tahun lepas..
Tahun ni nak ke langkawi pulak ..
Dorang nak island hoping..
Dah tak sabar tu..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.