Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Sudah 38

Assalamualaikum

Saya Sudah 38 | Tu dia semakin meningkat usia. 13.11.2022, genaplah saya 38 tahun. Takde manusia yang makin muda dan kekal muda. Diam tak diam blog ni pun sudah berusia 10 tahun.

Sedikit makanan sempena hari jadi saya. Beli kek indulgence saiz 5", roti, eggtart di Harold's Bakery. Kemudian, singgah beli makanan, ayam geprek dan siakap geprek di Bee & Bites depan rumah.

Total macam ni pun lebih kurang RM150. Cukup la kan ni. Makan untuk sehari. Kek tu sedap juga sebab lepas 2 hari dah habis.


Bagi memudahkan kerja di rumah, en.suami beli automatic cat litter box. Itu pun setelah saya membebel penat bila si kembang ni beranak 3 ekor anak. Tak sempat mandulkan, dah sibuk mengawan, mengandung pula tu.


Mengenai automatic cat litter box ni, nanti saya review ye. So far sangat-sangat mudah sekarang ni. Banyak masa untuk buat kerja lain dan berehat.


Catat Ulasan

3 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code