Satu sifat peribadi yang sukar terhakis dari diri ini, MERENDAH DIRI.
Kerana sifat ini, ibu seakan kerap dihinjak-hinjak. Kerana ini juga, ibu kerap sentap-sentap tak tentu hala.
Merendah diri itu adalah, KLIK SINI.
Merendah diri ini satu sifat yang mulia, tetapi di zaman serba moden ini sifat merendah diri seakan sudah luput. Masing-masing gemar mendabik dada mempamer ilmu di dada walhal cuma sekangkang kera.
Yang punya kereta besar, bangga memandu laju tanpa mengira pengguna jalan raya yang lain. Seolah jalan raya dia yang punya, memaki pemandu lain dengan selamba kerana keretanya yang gah.
Mari kita hayati keperibadian seorang insan mulia, Nabi Muhammad, rasul junjungankita.
RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah.
Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.
Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud:
“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)
Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa
“sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...”
Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar.
Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan.
Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri.
Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)
Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi).
Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani).
Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud:
"Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)
Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.
Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim. Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin.
Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.
Wallahuaklam
Nota Kaki : Dunia ini hanya sementara..Apakah tujuan kita hidup di dunia? Kerana mencari 'keredhaan' di 'sana'....

Nukilan ini khas untuk rakan-rakan ibu yang bakal bergelar ibu. Ada yang baru rasa mual-mual dan ada yang sudah merasakan tendangan-tendangan kecil di dalam perut.
Firman
Allah s.w.t:
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).
Wallahuaklam...
Nota Kaki : Semakin dekat kita padaNYA, semakin kita akan rasa BERSYUKUR..
Aisyah Humaira 10 bulan + 3 minggu
Mencorakkan
sehelai kain putih bukannya sesudah bayi lahir ke alam dunia, tetapi
dari mula kita berniat untuk menyemainya.
Bermula
dengan bacaan doa sebelum melakukan hubungan intim suami isteri.
Kemudian, apabila seorang isteri telah disahkan hamil, maka proses
mendidik bayi sejak dalam kandungan pun bermula.
Tatkala
usia kandungan menginjak 6 bulan, otak bayi sedang bekembang dengan
pesat. Aktiviti ibu hamil juga banyak
mempengaruhi bayi dalam kandungan. Sekiranya mahukan anak bijak dalam
matematik, buat lah latihan matematik. Banyakkan membaca bahan-bahan
yang berfaedah.
Menurut
penelitian ilmiah, bayi dapat dididik sejak dalam kandungan kerana
selama dalam kandungan, otak dan deria pendengaran mereka sudah mula
berkembang. Deria pertama yang mula berfungsi ialah pendengaran
ketika kandungan berusia 7 bulan. Bayi sudah boleh mendengar. Mulai
mengenal suara ibu, ayah, dan orang sekeliling. Semua bunyi
disekeliling kita akan dapat didengar olehnya. Perkara yang
mempengaruhi otak dan deria pendengaran adalah emosi dan perasaan ibu
samada ibu gembira, sedih atau marah. Jadi sebaik-baiknya ibu perdengarkan sesuatu yang baik untuk bayi. Contohnya bacaan ayat Al-Quran. Sekiranya seorang ibu sering membaca Al-Quran sepanjang
tempoh kehamilan, bayi akan lebih terbiasa dengan suara ibunya dan
bacaan ayat Al-Quran.
Elakkan
stress kerana stress boleh mempengaruhi perkembangan bayi. Perkara
sebegini mungkin dapat dilihat setelah bayi dilahirkan, atau ketika
menbesar
Secara
tidak langsung, dalam pada seorang ibu mendidik anaknya yang masih
dalam kandungan, dia juga turut mendidik dirinya sendiri.
Perkara-perkara
yang digalakkan oleh seseorang yang bakal bergelar IBU :
- Berfikiran positif dan melawan emosi diri.Berusaha menjaga keharmonian dan menghindari konflik dengan pasangan. Insya Allah akan melahirkan bayi-bayi yang kuat. Sebaliknya apabila ibu berfikiran negatif dan tidak berusaha menghindari konflik, maka akan lahir bayi-bayi yang lemah dan akan mempengaruhi emosi mereka.
- Balasan dengan menepuk perlahan.Boleh dilakukan apabila ibu merasakan tendangan si kecil. Balaslah dengan tepukan halus. Bayi akan dapat memahami, setiap tindakan yang dilakukan akan mendapat respon dari ibunya.
- Selalu berbual dengan bayi.Semakin kerap ibu berbual, semakin cepat bayi belajar kerana bayi dapat mendengar segala yang sisampaikan oleh ibunya.
- Perbanyakkan ibadah.Seseungguhnya pengalaman mengandung selama 9 bulan itu adalah sebuah anugerah yang amat besar. Tidak semua wanita dapat mengalami pengalaman ini, maka bersyukurlah. Perbanyakkan ibadah dengan mengaji dan melakukan perkara-perkara sunat yang lain.Amalan membaca Al-Qur'an bukan hanya tertumpu pada surah-surah tertentu, tapi sebaiknya membaca keseluruhan al-Quran sepanjang tempoh kehamilan.Surah-surah yang digalakkan dibaca ketika hamil boleh dibaca lebih kerap.-Surah Yusuf digalakkan dibaca sewaktu usia kandungan 16 minggu atau 4 bulan. Ketika ini, janin mula terbentuk, dan roh ditiupkan.-Surah Luqman pulak dibaca sewaktu usia kandungan 24 minggu atau 6 bulan.Ketika ini, otak bayi mula berkembang dengan pesat.-Surah Maryam sewaktu usia kandungan 36 minggu.Waktu ini bayi semakin matang dan bersedia untuk lahir, dapat menanamkan roh tauhid, memberi kekuatan pada ibu untuk menghadapi saat kelahiran dan dipermudahkan proses bersalin.
- Makan makanan yang halal dan berkhasiat.Perbanyakkan makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi, minum susu untuk menambahkan kalsium dalam badan berikutan za-zat ibu yang diserap oleh bayi mereka. Elakkan minuman berkafein (tidak kerap) dan merokok.
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).
Wallahuaklam...
Nota Kaki : Semakin dekat kita padaNYA, semakin kita akan rasa BERSYUKUR..
Rengekan Aisyah membuat ibu terjaga dari tidur. Liat benar mata ini untuk dibuka. Malah, mata masih tertutup sambil menepuk lembut punggung Aisyah. Aisyah senyap seketika. Berkira-kira dia sudah kembali lena, ibu kembali menyambung dengkur. Aisyah merengek lagi. Segera ibu melangkah ke dapur untuk membancuh susu. Ternyata ayah tidak berjaya memujuk Aisyah yang kehilangan ibu seketika. Buru-buru menyuakan botol susu ke mulut Aisyah, Aisyah menolak. Sumbat puting juga begitu. Diluah sambil menangis hiba. Aisyah semakin manja sekarang. Dia mahu didodoi. Ibu pangku dan dodoi sambil menepuk punggung Aisyah. Aisyah diam. Lena seketika kerana rasa kantuk yang amat sangat. Sesekali matanya terbuka melihat ibu, takut benar ibu meninggalkannya. Bunyi seolah Aisyah menelan air liur beberapa kali. Jelas kedengaran di kerongkongnya. Ibu sua botol susu dan Aisyah lahap menyedut. Haus tapi merajuk dahulu. Aisyah mudah merajuk sekarang dan perlu dipujuk dahulu baru dia mahu minum susu lagi-lagi bila dia sudah menangis terlalu lama. Menangis seakan dibanting sahaja. Aduhai anak...
Aisyah sudah lena kembali. Ibu pula yang tidak dapat tidur. Seolah-olah dipagut rasa sedih, rasa kecewa siang tadi. Dan air mata nyata terlalu murah untuk turun. Sebelum lencun bantal dipembaringan, sebelum sedu merencatkan lena sang bidadara dan bidadari kecil ibu, ibu pantas bangun melangkah ke bilik air. Cuci muka, ambil wuduk. Saat begini amat sesuai benar untuk menghadap Illahi. Sebenarnya siang tadi ibu seakan tidak boleh mengerjakan solat, ada sedikit cairan warna coklet. ibu was-was. Pulang dari tempat kerja, sampai rumah mandi-mandi, rasa bersih. Memanjatkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk menghadap Dia Sang Pencipta.
Usai sesi luahan hati, ibu rasa sang kantuk mulai datang bertandang. Itu petanda ibu perlu tidur. Esok ada tugas yang menanti. Tidurlah...
Nota Kaki : Kadang kala senyap tidak bermakna semuanya OK!
Agak sedih apabila diri ini diperlakukan sebegitu. Terasa mukaku kebas. Tidak mampu menoleh kanan dan kiri lagi. Dia bukannya berpangkat Manager. Malahan bukan HOD aku. Lagak marahnya seperti seorang guru memarahi anak murid Darjah 1!
Sebut nasi lemak, pasti teringat kenangan sewaktu mengandungkan Aisyah dulu. Hari-hari ibu suka makan nasi lemak.
Hampir hari-hari mahu minum neslo atau milo. Sedap sangat kat tekak ni.
Sekarang, Aisyah sudah 10 bulan + 3 minggu. Menu harian dia juga mahu nasi lemak!! Glurppp.. Nasi panas lenyek + ikan + sayur, Aisyah sudah tidak berapa lalu nak makan. Haihhh..
Terpaksalah ibu meng'google' cari resepi-resepi yang bersesuaian untuk Aisyah.
Kentang lenyek + keju pun Aisyah tidak mahu. Emmm..penyudahnya terpaksalah ibu dan ayah yang habiskan.
Berbalik pada kisah nasi lemak, sering kali dikaitkan dengan mengantuk. Kenapa?
Apakah bahan-bahan di dalam nasi lemak?
- beras
- santan
- sedikit halia
- sedikit garam
- daun pandan
(Ini jela kalau ibu yang masak)
Kenapa ek ngantuk? Kenapa??

(cilok dari en.google)
Kenapa ek ngantuk? Kenapa??
Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?
KENAPA KORANG PERLU JOIN?
SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik

2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.
TARIKH TAMAT: 20 April 2013.
Cerita Cik Aisyah berusia 10 bulan...
Hari ni (18/3/2013) Aisyah sudah lebih 10 bulan + 2 minggu (lilypie di sebelah kanan). Dalam usia begini, Aisyah ligat seperti bayi-bayi lain juga. Gemar memanjat-manjat,berdiri dan tidak betah untuk duduk diam lagi.
Mudah rimas apabila dipegang, mahu bebas dengan merangkang dan memapah ke mana-mana.
Seronoknya tekan-tekan!!!
Nak tolong ibu lipat kain lah...
Isi minyak dulu..lepas tu sambung panjat..
Buat muka bila ibu panggil..seronok main dengan bakul ye..
Nota Kaki : Tak boleh tinggal..ada je kerja yang dia buat..huhuhu
Cerita 10.03.2013 - Malam tu dah beli lauk mentah di pasar borong pandan. Beli pelbagai jenis ikan termasuk ikan siakap 2 ekor bersais sederhana besar. Berangan hendak masak menu istimewa untuk ayah.
Ayah : Pandai ke masak nanti.
Ibu : InsyaAllah... Ayang ikut resepi nanti..
Seperti yang dijanjikan, terhidanglah menu istimewa tersebut. Takde la sepesel sangat tapi ibu tak pernah masak macam tu sebelum ni.
Ayah pulang ke rumah petang tu, ibu sibuk-sibuk tanya.
Ibu : Dah makan? Abang nak makan?
Ayah : Eh..nanti la dulu, abang kan baru sampai rumah..
Ngehngehh...
Siakap 3 Rasa
Bahan-bahan (Ikan) :
- Seekor ikan siakap
- Kunyit
- Garam
- Telur
- Tepung gandum
- Serbuk bikarbonat
- Minyak masak
Bahan tumbuk :
- 3 ulas bawang putih
Bahan (Kisar) :
- 2 biji tomato yang sudah masak
- 10 biji lada merah
- 10 biji cili padi (ikut citarasa)
- seinci halia
Bahan lain :
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
Cara- cara (Ikan) :
- Lumur ikan yang sudah dibersihkan dengan garam & kunyit serbuk (biarkan seketika).
- Sapu ikan dengan telur.
- Simbah ikan dengan tepung (tepung gandum & serbuk bikarbonat).
- Goreng sehingga masak.
Cara-cara (Kuah) :
- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, kacau, didih hingga masak.
- Masukkan sos tiram, cili dan tomato.
- Biarkan masak.
Cubalah!! Seronok tengok ayah makan dan berkata..."rasa macam tak cukup pulak"
Hehehehehe...
Nota kaki : En. suami merungut..seluar dia dah tak muat..ekekekek....

Cerita yang berlalu hampir seminggu..
Memang salah ibu... Maafkan ibu Aisyah..Ohhhhh..(emo pulak).
Berikutan cerita yang ibu selitkan dalam entry INI, ibu tekad menukar susu formula Aisyah. Lama juga memikirkan susu formula jenama apa pula kali ini berikutan Aisyah dah banyak kali tukar susu formula sebelum stick dengan Mamex Gold (nama baru Mamex Cherish). Baca entry INI pula sebab nak cerita teralu panjang. Ceh..
Ibu memilih susu formula Snow. Harga sederhana. Untuk setin kecil 400gm berharga RM25.50. Memang ok sangat. Dalam hati, ibu tawakal semoga Aisyah serasi.
Ibu pilih susu formula untuk bayi berusia 6 bulan ke atas berikutan Aisyah menghampiri usia 10 bukan tika itu.
Seperti biasa bancuhan susu ibu kurangkan kuantiti susunya. Yelah, untuk mengelakkan sembelit. Hingga lah hari ke-3 penggunaan, Aisyah menangis-nangis mahu buang air besar. Tangisan memang cukup memilukan hati.
Hari itu hari rabu. Pengasuh menelefon ibu sebelum sempat ibu solat Maghrib. Kedengaran suara pengasuh yang agak cemas. Aisyah menangis teruk keran sembelit. Tahik tidak mahu keluar. Usai solat, ibu dan ayah bergegas ke rumah pengasuh. Dari jauh kami sudah nampak Aisyah yang didukung oleh pengasuh di beranda rumah.
"Bawak gi klinik la terus ni. Dia berak 2 ketul tadi. Berdarah. Menangis-nangis. Kesian dia. Saya pun menangis sama. Ni anak-anak saya pun menangis sekali"
Cuba korang semua bayangkan.. Arghhhh..ibu pilu. Tidak tahu betapa sakitnya Aisyah. Menitik jua setitis dua airmata ini.
Bergegas mengambil buku laporan kesihatan Aisyah di rumah, laju saja memandu ke Klinik Ibu & Anak di taman rinting (swasta). Syukur, tidak ramai orang.
Tidak menunggu lama sebelum nama Aisyah dipanggil.
Doktor minta Aisyah dibaringkan dan membuka lampin pakai buangnya. Lubang bon Aisyah doktor periksa. Tidak ada tanda-tanda kegusaran dan doktor akan beri ubat untuk mengelakkan sembelit.
Doktor bagi 3 peket. Sepeket ibu dah buang sebab dah bukak, guna cuma 1 susu kecil jek..
Selesai di klinik, kami segera membeli susu Mamex Cherish semula.
Nota Kaki : Tobat nak tukar susu formula lagi..
Syukur alhamdulillah aku masih mampu menghirup udara segar hari ini. Semalam kami semua telah menerima surat. Hehe.. Surat yang amat ditunggu-tunggu setiap tahun.
Tempoh perkhidmatan aku di kompeni ini masuk 4 tahun pada 2013. Insya Allah, menjelang Ogos nanti, genaplah 4 tahun aku di sini. Cepat benar masa berlalu kan..
Saja nak berkongsi cerita sebab aku takde idea nak tulis apa dah.
Hasil penat lelah setelah setahun.
Nota Kaki : Adakah berbaloi??
Kisah semalam (6.3.2013) - Segala perasaan negatif ibu tolak tepi. Perasaan yang tak best dari tempat kerja. Banyak kerja pending. Huhuhu..
Keluar dari tempat kerja, memandu dengan penuh berhemah ke rumah pengasuh. Dalam kotak fikiran, terbayang keletah Aisyah yang semakin ligat.
Aisyah yang rajin buat sepah,
Aisyah yang tidak puas hati dengan susun atur segala peralatan di rumah,
Aisyah yang kononnya rajin membantu ibu,
Aisyah yang bengang bila ibu terlelap di sebelahnya,
Aisyah yang merengek bila ibu meninggalkannya,
Aisyah yang suka merempuh ke dapur kemudian ketawa suka dan meluncur laju bila dikejar,
Aisyah yang suka meluru ke bilik apabila ibu membuka pintu bilik..
Aisyah yang sudah laju merangkak!!
Juga Aisyah yang sudah memanjat-manjat!!
Tersenyum sendiri mengingatkan gelagatnya.
Sampai di rumah pengasuh, Aisyah tidak ada. Dibawa berjalan ke taman oleh anak-anak dara emak pengasuh. Ibu pulang ke rumah dan Aisyah akan dihantar ke rumah nanti.
Dalam kepala ni memikirkan menu yang sedap untuk santapan malam nanti. Semalam ibu sudah memerap ikan cencaru untuk dijadikan ikan cencaru bakar. Yum..yum..
Usai menanak nasi, ikan cencaru yang sudah diperap segera ibu bakar di atas kuali. Kenapa kuali??
Sebab ibu takde microwave, pemanggang, pembakar dan semua peralatan canggih tu lah. Huhuhu..
Resepi ikan cencaru bakar.
Bahan-bahan :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit
- Halia
- Garam
- Aluminium foil.
Cara :
- Bersihkan ikan cencaru, belah tengah.
- Tumbuk segala bahan di atas hingga lumat.
- Sumbat bahan yang ditumbuk tadi ke dalam belahan ikan.
- Perap semalam (untuk rasa lagi sedapppp).
- Bungkus ikan cencaru yang telah disumbat ke dalam aluminium foil.
- Bakar hingga masak.
Resepi Sotong Goreng Tepung.
Bahan-bahan :
- Sotong (ikut suka korang berapa banyak).
- Serbuk kunyit.
- Serbuk lada hitam.
- Garam.
- Telur.
- Tepung gandum.
- Serbuk soda bikarbonat.
- Minyak masak.
Cara :
- Bersihkan sotong dan potong (jangan terlalu tebal).
- Perap bersama kunyit, serbuk lada hitam dan garam.
- Pecahkan telur dan kacau.
- Masukkan sotong ke dalam telur.
- Tuang tepung gandum ke dalam bekas.
- Masukkan 1 sudu kecil soda bikarbonat ke dalam tepung, kacau.
- Panaskan minyak masak.
- Masukkan sotong ke dalam tepung dan goreng hingga garing (Sedap dan rangup).
Ini je lah yang ibu sempat masak. Sambil menjaga Aisyah yang sememangnya tidak pandai duduk diam. Sambil memasak, selingan pula dengan Aisyah yang mahu minum susu. Aisyah yang mahu bermain-main dengan ibu. Aisyah yang memerhatikan ibu dari walker orennya sambil melambai-lambai (tak lepas nak masuk dapur gara-gara ada penghadang).
Mendengar pintu sliding dibuka, Aisyah laju merangkak mendapatkan ayah. Muka ayah kelihatan letih dan ayah mengadu dia macam mahu demam.
Usai solat Isyak, dan Aisyah juga sudah lena dibuai mimpi setelah sebotol susu dihabiskan. Ibu dan ayah menjamu selera bersama-sama. Ayah teruja melihat menu malam ini. Siapa sangka ayah yang demam, macam takde selera tu boleh habiskan nasinya. Licin. Kemudia, meratah pula seekor ikan cencaru bakar lagi hingga licin.
Syukur alhamdulillah. Kenyang. Blurppp...
Nota Kaki : Walau sepenat mana sekalipun, jangan jadikan ia satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.. Setiap orang ada pandangan masing-masing.. wallahuaklam..
Mata masih lagi segar tatkala jam di dinding menunjukkan ke angka 11. Suasana di dalam rumah sudah sepi. Bidadari kecil sudah lama lena dibuai mimpi. Dia tidur mengiring ke kanan membelakangiku. Bidadara pula sudah berdengkur. Dengkuran seakan kerbau di bendang.
Tik tak tik tak..bunyi halus itu kedengaran dari jam di dinding. Ternyata memang sunyi benar suasana dalam rumah. Di tambah pula rasa dingin dari kipas angin yang berputar di atas kepala.
Aku bingkas bangun berikutan mata yang tidak mahu lelap. Perlahan-lahan melangkah melangkaui pintu bilik yang terbuka. Novel 'Saga Takluk Jagat' kucapai. Entah kali keberapa buku itu kucapai namun tidak habis lagi kubaca. Pelbagai kerja sebagai suri perlu kubereskan sebelum aku mampu duduk senang lenang.
Berbaring di sofa berwarna coklet, mencari posisi yang selesa untuk membaca. Helaian demi helaian kuselak dan aku mulai tenggelam dalam dunia pendekar semana yang tertulis dalam novel hampir 2 inci itu. Aku semakin asyik dan tanpa sedar aku terlelap.
Saga Takluk Jagat
Novel epik yang ditulis oleh seorang penulis bernama Zaki Zainol. Sepertimana yang telah diulas oleh Fadliakili .
Nota Kaki : Novel pertama pun belum habis baca..