Check-up 12 bulan ~ Cik Aisyah Sudah Pandai Melangkah

By Mar Mansor - 9:11 PG


Seakan tidak percaya, semalam ibu mengamuk lagi. Mengalir laju air mata seakan tidak mahu berhenti. Mengikut telunjuk kerana diri ini terletak di bawah sekali. Dikata pula macam-macam, rasanya ibu sudah diam terlalu lama. Tetapi ibu juga punya perasaan. Diam salah, berbunyi salah. Baru beberapa ayat keluar sudah dikatakan "cakap lebih". Berhenti lebih baik, mungkin itu yang mereka inginkan. Kenapalah tiada kompeni lain yang mahu manawarkan ibu bekerja di tempat mereka. Alangkah ruginya mereka! (perasan bagus).

Sesungguhnya semua itu rahsia Allah. Tidak perlu ibu pertikaikan, malahan semua orang. Tidak semua orang berada di atas. Tidak semua orang berada di bawah. Semua itu adalah rahsia DIA. Jikalau semua orang berada di atas, maka tidak seimbanglah kehidupan, malah bertambah kucar-kacir jadinya.


Sangat prihatin ye dia..huhuhu..


Wah..mukadimah yang panjang berjela (tak ada kena mengena dengan entri langsung!).


Malam tadi, jam 8 malam ke klinik membawa Cik Aisyah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan berikutan usia Aisyah yang sudah 12 bulan.

Ya..Aisyah sudah setahun. macam tak percaya kan...

Agak ramai di klinik, sehingga jam 9 malam Aisyah belum dipanggil lagi. Aisyah yang semakin aktif, tidak betah duduk diam. Tercangak melihat ke sana ke mari. Merangkak laju menuju ke tempat permainan. Bersorak dan memekik bila mendengar suara bayi lain yang memekik. Pucuk pangkal, dia saja lah yang lebih. Sibuk mengagah orang lain meskipun orang tidak mengagah dia. Aduyaiii...

Seronok benar melihat bayi lain yang lebih besar dari dia, mahu ajak bermain. Jalan pun masih setapak dua, ada hati nak bermain dengan akak dan abang yang sudah boleh berlari. Ajejejejeje...

Merangkak, usah cakap. Rasanya bersih lantai klinik tu. Tak yah susah-susah nak mop dah. Gembira sungguh bila dia bersama-sama seorang abang menepuk dinding kaca hingga bergegar. Ayah sudah menjeling ibu agar memberhentikan kelakuan Aisyah. Hahahaha... Tugas mengawal Aisyah bertukar kepada Ayah. Aisyah yang mahu bebas..bebas..mana la dia mahu duduk saja di pangkuan ayah. Lepaskan saja dia. Biar dia gerakkan segala motor-motornya.

Tiba giliran Aisyah, ditimbang dan diukur. Memang tak nak duduk diam.

Berat : 7.5kg (apa da..naik 0.5kg jek dari usia 9 bulan)  -_______-
Tinggi : 70cm.

Bila dikira, doktor kata OK. Alhamdulillah. Berat ketika usia setahun ada lah 3x ganda berat ketika dilahirkan. Bermakna, 2.7kg X 3 = 8.1kg?? Tapi doktor kata, minimum 7.5kg tu. Haihhh ntah-ntah nak sedapkan hati kami je tak?

Aisyah dicucuk di lengan kanan.

Huwaaaaaaaaaaaaaaa...diam sebab pembantu klinik memberi permainan kepadanya.

Dalam hati ibu, ada juga Aisyah bawa balik nanti. Oh tidak..doktor punya. Kejap je meraung, selepas tu mula la dia mencapai ntah apa-apa barang yang berada di atas meja doktor. Hepppp...

MMR- Disuntik ketika bayi berusia 12 bulan.

Oleh kerana suntikan ini mengandungi merkuri yang tidak akan larut, doktor membekalkan Multivitamin yang perlu diberi sekali sahaja sehari.

Doktor juga mengesyorkan agar Aisyah diberi vitamin C, makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan perbanyakkan makan sayuran hijau.


Pagi tadi Aisyah menangis, meraung kegatan di kakinya. Melambaikan tangannya bila ibu menjengah ke bilik. Menunjuk kakinya yang gatal. Haihh..kenapa la binatang tu tak gigit ibu, kenapa mesti gigit Aisyah. Ibu memujuk Aisyah sungguh-sungguh, menggaru lembut tempat yang gatal. Aisyah merajuk. Menghempaskan dirinya ke tilam. Sesungguhnya Aisyah adalah anugerah dan 'pinjaman' yang tidak ternilai. Ibu perlu menjagamu dengan kasih sayang.


Senang je nak pujuk anak ibu ni..jom kita naik kereta..jalan... (ibu nak gi keje dah sayannnngggg)..



Beli kasut di Modani, terus pakai dan terus nak jalan sendiri..^__^


Nota Kaki : Pinjamkan kepada hamba Mu ini dengan lebih lama..Amin..


  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...


    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.