Kerana Cik Aisyah... ~ Pengalaman Di Hospital

By Mar Mansor - 12:12 PTG


Siapa sangka demam Aisyah yang tidak kebah-kebah akhirnya membawa kami ke hospital juga. Sering kali berdoa selepas solat agar Aisyah cepat sembuh. Rindu sangat dengan gelak tawa, jerit pekiknya. Meleleh airmata tiap kali menghantar dan menjemput Aisyah pulang. Aisyah hanya diam merenung cermin hadapan, ntah apa yang ditenungnya. Ibu panggil Aisyah..Aisyah....dia diam tidak bergerak. Sesekali melirik ibu kemudian merenung depan lagi.

"Aisyah..tengok tu 'bird'..'bird'..."

Aisyah tidak menoleh ke arah tangan ibu, hanya diam membisu. Biasanya riuh rendah mulutnya memanggil 'bird' sambil tangannya mahu memetik jari. Hatta, lalat pun dipanggil 'bird'.

Rindunya akan suaramu, sayang...

Di rumah, Aisyah lebih banyak tidur. Kejap-kejap tidur. Bangun, minum susu, diam, baring kemudian tidur lagi.


16.05.2013 - Jam 9.00pm. Ayah menggesa ibu agar segera bersiap. Aisyah yang tidak lena tidurnya, kejap-kejap merengek. Badannya panas, apatah lagi kepala. Ubat deman sudah makan, multivitamin sudah makan, tetapi demam tidak juga kebah. Ayah memandu ke Klinik Asia (24jam) di bandar.

"Berapa lama baby dah demam?"

"Dari hari ahad.."

Pembantu klinik mengira hari dan kemudian mukanya terkejut..

"Hari Ahad? Kejap ye kak.."

Pembantu klinik masuk ke dalam bilik doktor. Beberapa ketika kemudian dia keluar dan mengarah kami bawa ke hospital terus. Kami ke HSA.

Ibu agak terkejut dengan kesesakan manusia dia hospital itu. Seakan pergi ke Mall sempena jualan murah pula. Tetapi kerana Aisyah masuh kecil, dia diberi keutamaan meskipun istilah keutamaan itu juga terpaksa menunggu juga. Mana tidaknya, terlalu ramai orang yang lebih memerlukan.

Suhu badan Aisyah diambil. 38.8 darjah Celcius.

Jururawat meminta agar Aisyah dimandikan. Ibu buka baju dan seluar Aisyah meskipun Aisyah meraung-raung. Agaknya keadaan yang haru biru itu membuatkan Aisyah menangis. Ibu masih menunggu sambil mendukung Aisyah yang sudah tidak berbaju.


"Aik..mandikan la..tu kan ada air tu.." ~ Suara seorang jururawat..


Ha? Ibu sedikit terkejut. Istilah sedikit tidak boleh diguna pakai. Terkejut banyak!! Ibu ingatkan Aisyah akan dimandikan oleh jururawat, rupanya ibu yang kena mandikan sendiri da.. Bagitahu la awal-awal...Yapeda...

Ibu pun mandikan Aisyah. Aisyah meraung lagi. Sampai terkencing-kencing. Hiba sungguh. Tangan kecil itu berusaha untuk menggapai ibu untuk bangun. Ibu lap badan Aisyah yang sudah kesejukan. Sedang asyik mengelap, ibu ditegur oleh jururawat tadi.


"Eh belum lagi..mandikan lagi.."


Glurrpppp...

Jururawat tadi mengambil alih tugas ibu untuk memandikan Aisyah. Span diperah terus ke badan Aisyah.. Oooo macam tu.. (dalam hati jela). Sebab sebelum ni kami dapat nasihat dari doktor di klinik swasta berdekatan rumah kami, hanya lap badan bayi perlahan-lahan, sambil urut badannya.

Ibu diarahkan untuk memakaikan baju Aisyah semula. Kemudian, kami dimintak untuk tunggu diluar sehingga nombor kami dipanggil nanti.

Tunggu punya tunggu, punya tunggu, hingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas kerana kesibukan dan kesesakan di ruang menunggu itu. Ramai sungguh orang yang sakit. Ada yang hampir nazak ditolak masuk. Ada yang mengalami kemalangan. Ada yang sakit-sakit biasa dan ramai yang demam.


Angka giliran silih berganti. Eh mana nombor Aisyah ni? Ibu tenangkan hati dan meninjau sana sini dan sesekali menjenguk skrin telefon ayah yang sedang main 'Swiped Fruit'. Eh..main game pulak ayah ni. Ibu sudah menguap beberapa kali. Aisyah pula sedapnya tidur setelah mengamuk sakan tadi. Al-maklum tidurnya asyik terganggu.

"Nombor tadi berapa?" Tiba-tiba ayah bertanya.

"Emm..2060.."

"Aik? Tu nombor dah 2068. Lompat-lompat ke nombor?"

"Ntah..ye kot.."

Kami menanti lagi dengan penuh sabar. Nombor terus bertukar hingga ke angka 2072. Ibu minta ayah selongkar beg tangan ibu, cari nombor giliran tadi. Beg tangan pink ibu sudah penuh dengan barang-barang Aisyah juga.

"2067??!! Ayang kata 2060.."

"Ha??"

Ibu sudah tidak keruan. Alamak macamana ni? Macamana boleh salah tengok nombor pulak? Angka 2060 adalah nombor di bawah angka giliran Aisyah. Astagfirullah... dalam keadaan kelam kabut, macam-macam pula.

"Macamana ni bang?"

"Eh..dia tanya pulak. Dia yang pegang nombor.."

"Memang la nombor tu mar pegang tapi mar sebuk dengan anak. Masuk sana masuk sini, dia nangis lagi.."


Inilah lelaki suka meletakkan kesalahan pada isteri. Walhal sudah termaktub tanggungjawab bersama dan suami adalah IMAM. Ketua keluarga.

Ayah ke kaunter 5, bertanya. Si jururawat pula jawab, encik tunggu la nombornya. Alahai...agaknya gaji tu masih tak cukup lagi ye? Yelah, mana tidaknya orang kerja gomen ni RM5000 boleh dikategorikan 'miskin'. Miskin ke kalau mampu pakai kereta? Tetapi yang kerja di sektor swasta, gaji melebihi RM2500 sudah dipotong cukai pendapatan. Adil ke?

Kami duduk lagi. Dalam kepala ibu mencari akal untuk menangani situasi ini. Hendak diharap pada suami saja? Itu tidak mungkin. 2074!

Emm..ibu bingkas bangun sehingga tidak peduli panggilan dari ayah. Ibu ke kaunter hadapan.

"Encik, nombor saya dah terlepas sebab saya g toilet tadi lepas tu ambil bekal di kereta, anak menyusu." Berlakon la sikit walaupon takde bakat!

"Ohh..puan masuk ke bilik 6. Puan tanya di situ."

Ibu buru-buru masuk ke bilik 6 dan pasrah bertanya. Ayat yang sama macam tadi, tetapi ada suara lain yang menyampuk. Seorang jururawat yang agak 'kerek' tadi (semasa memandikan Aisyah).


"Macamana boleh terlepas? Tak dengar ke sound punya kuat?"

"Saya kat toilet tadi..tak tahu pula masa tu nombor dipanggil.."

"Kalau macam tu macamana pulak awak tahu nombor dah terleps?"

"Abis nombor sekarang ni dah 2074! Saya tunggu juga tadi dari nombor 2072.." Suara ibu sekejap tinggi sekejap kendur.

"Kalau macam tu awak masuk la bilik no 4 @ no 3. Tanya orang kat dalam tu.

"Ok..terima kasih"


Semasa di pintu keluar. "Tanya baik-baik pun kena marah.." Saja nak kasi orang yang beruniform biru tua yang kat pintu tu dengar.

Macam bagus je jururawat tu. Kalau la yang dia marah ni orang yang kerja di sektor kerajaaan juga dan berpangkat lebih tinggi, siap la dia memang ibu buat report. Yela..jururawat je. Bukan la ko tu pandai sangat. Gaji dah bagi mahal tu bersyukurlah. (Maaflah kalau ada jururawat yang terasa ~ tidak semua jururawat perangai macam ni..harap maklum)


Ibu masuk ke bilik 4 dan masih lagi menggunakan ayat lakonan tadi. Kemudian ibu keluar semula, terpaksa menunggu hingga nombor giliran dipanggil. Sedang melayan hati yang panas, nombor pun berkumandang. Lega. Sempat menoleh ke arah ayah yang berada di dinding belakang. Ayah mengarah agar segera masuk. Hmaboihh..lain yang diminta, lain pula dia fikir. Tahu nya mahu cepat saje.

Aisyah yang tidur lena ibu kendong. Bersusah payah juga ibu mehu membuka pintu bilik. Mana tidak nya, semasa terjah ke bilik 4 tadi ada rakan pesakit lain yang tolong bukakan. Ayah ni pun satu..ini hospital gomen, mana ada orang nak tolong bukakan pintu! Dah nama pun FOC. Tapi gaji diorang semua tu kerajaan bayar tau. Dan kerajaan pula dapat duit dari mana? Ye, dari cukai orang-orang seperti kami yang bekerja di sektor swasra. Sendiri mau ingat la!

Sesi soal jawab bermula sebaik sahaja ibu melabuhkan punggung. Doktor memeriksa air liur Aisyah. Uhh..susah betul hendak ambil sampel air liur Aisyah. Sebelah tangan perlu memeluk badan Aisyah kuat-kuat dan sebelah tangan pula perlu memegang dahinya. Menangis lagi anak ibu. Kemudian ibu bawa Aisyah ke bilik sebelah untuk di ambil darah. Darah perlu diuji untuk mengesahkan sebarang penyakit. Besar kemungkinan Aisyah diserang demam denggi.


Badan Aisyah diselimut dengan selimut tebal berwarna putih. Hanya tangan kanannya terjuntai keluar. Aisyah masih menangis. Doktor tepuk lembut tangan Aisyah untuk mencari urat. Ibu kena pegang lengan Aisyah kuat-kuat dan memeluk badan Aisyah dalam masa yang sama. Dibuatnya Aisyah bergerak, patah jarum tu lagi naya! Alahai..dah la Aisyah ni kecil, diambil pula darah. Sedihnya ibu tengok.

Kami diarahkan duduk di ruang menunnggu. "Ruang menunggu masuk wad" Hah?? Banyak kali kan ibu terkejut. Memang. Hish..seorang diri membawa Aisyah, macam-macam perkara yang tidak diduga berlaku. Ramai pula di ruang menunggu, satu keluarga boleh masuk. Ooooo...ayah ni kan.....

Seorang perempuan India menegur ibu yang masih terpinga-pinga.

"Tunggu masuk wad la ni..Kesian baby kecik lagi masuk wad. Tak mau nangis la..."

"Ha..ye kot.."

"Ye la ini sudah pakai ini..(jarum ambil darah tadi diplaster di tangan Aisyah).."


Glurrrppppp....hanya mampu menelan liur. Tidak lama kemudian, mereka pergi. Urusan keluarga mereka. Aisyah masih menangis. Kami disinggahi pula keluarga kecil, ayah ibu dan seorang anak perempuan kecil mungkin tua beberapa bulan dari Aisyah. Aisyah tetap menangis. Sedihnyeeeeeeeee..

Sedang seronok melihat keletah si kecil memujuk Aisyah, tiba-tiba nama Aisyah dipanggil. Ibu yang tidak keruan ini menurut saja orang yang memanggil tetapi sempat juga meminta diri kepada keluarga kecil itu.


"Ok..keputusan test darah ni normal. Bermakna Aisyah tidak kena denggi. Kalau kena denggi, darah ni bawah 100 (HB kot).."

Ibu mengangguk, menghadam segala maklumat yang doktor berikan. Di dalam hati tidak putus-putus ibu panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana Aisyah tidak ditahan wad. Kalau tidak, entah lah...bagaimana anak ibu yang kecil ini tidur seorang diri. Boleh percaya ke? Dengan gaya tidur ganas Aisyah, pasti tiap 5 minit dia jatuh ke bawah katil.

Ibu diminta ke bilik suntikan semula untuk membuka jarum yang berplaster di tangan Aisyah. Raugan sedih Aisyah ibu biarkan saja. Hati ibu benar-benar lega, Aisyah bukan demam denggi. Meskipun risau belum hilang kerana Aisyah masih lagi demam. Slip ubat ibu beri kepada ayah. Selesai urusan pengambilan ubat, kami pulang. Sepanjang perjalanan pulang, Aisyah tidur lena. Wajah bersih itu ibu tatap puas-puas dan ibu menangis sepuas-puasnya. Mana tidaknya ibu rindu akan suara comel Aisyah yang sudah beberapa hari tidak kedengaran. Air mata yang mengalir seakan tidak mahu berhenti sampailah tiba di hadapan rumah.

*     *      *      *      *


Hari ini..ibu sudah dapat menarik nafas lega melihat keletah Aisyah kembali aktif. Yang ibu rindukan adalah suara pekikan Aisyah yang nyaringgggg sangat tu...

Aisyah yang sudah sihat..Syukur..Alhamdulillah..



Nota Kaki : Hati Seorang Ibu...


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Alolo...cian aisyah...lama betol cik akak tak jengok aisyah nie....:)

    BalasPadam
  2. GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

    moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye..banyakkan makan buah2 yg kaya dgn vitamin c utk kuatkan imun kita tau!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.