Mesti korang tahu dan kenal muka-muka blogger hebat kat Malaysia ni kan. Tidak perlu disebut satu persatu. Suka baca setiap entri mereka. Blogger yang fames amos yang follower mencecah puluhan ribu. Tabik spring. Biasanya, sekadar menjadi silent reader. Nak drop komen pun malu. Alahai mana tidaknya, blog ni 400 follower je. Ahaiii

Dari pembacaan blog mereka, dapat juga tambah pengetahuan semasa, dan pastilah sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Apa yang mereka lakukan di rumah, berbuka di hotel mana. Bertunang, berkahwin. Honeymoon kat mana. Jalan-jalan cari makan di mana. Macam-macam info lain juga, almaklum blogger hebaq.

Yang best tu, apa juga yang diorang tulis, panjang berjela macam mana pun tetap suka baca. Memang jenis orang suka membaca. Kalau kat blog tu cuma tepek gambar dan sekadar pencerahan sebaris dua ayat, macam mood membaca tu terbang. Kalau sesekali up entri macam tu ok lah. Kalau selalu, cam bosan pula. Eh..eh..jangan marah dengan statement ni. Jangan tak sudi singgah blog ni pula. Masing-masing ada kesukaan dan pendapat masing-masing kan. Peace yo..

Bila terjah blog blogger-blogger hebaq, sanggup pula baca setiap komen yang bloger lain drop. Sampai beratus komen mereka dapat. Memang giler hebaq. Sampai tak tahu nak komen apa dah (padahal malu pun nak drop komen). Dan senyum sengih seorang diri bila ada komen yang menggeletek pangkal jantung dan ketiak dan buat gelak cover-cover tutup mulut. Gelak kuat-kuat nanti orang cakap mereng. 44 kali sebut mereng, mereng betul nanti, senyap pula blog Janji Kita ni.

Kena pula blogger tu memang cun melecun, comel loteh. Tapi, hakikatnya blogger hebaq memang comel-comel belaka dan muda mudi. Makanya, stok mak-mak seperti ibu Aisyah ini sekadar singgah membaca dan senyum seorang diri cover-cover mulut. Malu ai nak komen blog hebaq mereka tu. Hanya mampu cakap seorang diri, ish best nyer dia...ish meriahnye party anak dia..gitulah.

==========================================================


Kitew lagi chumel lew ibuw..~ baru belajar bahasa alien..
terpintal-pintal lidah, jangan buat pasal..



Nota Kaki : Bahasa melambangkan bangsa...