Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Valley Garden Steamboat & Grill Seri Alam


Ramadan ke-24, kami berbuka puasa di Valley Garden. Tekak terasa teringin makan steamboat. Berbuka puasalah kami 3 beranak di sini.

Pemiliknya adalah orang melayu. Tidak ramai pengunjung ketika kami berbuka tetapi boleh tahan stok frozen yang tersedia. Kalaulah bukan bulan puasa, confirm memang lamalah kami di sini. Isi perut hingga kenyang.



Kami tidak order air lain, ambil air free yang disediakan. Jimat belanja. Oleh kerana bulan puasa, tidaklah banyak mana yang ibu ambil. Sekadarnya. Takut tak habis, membazir. Ayah, malu-malu nak masuk walaupun ibu dah paksa dia tengok stok yang ada. Kang kempunan pulak. Penyudahnya, ibulah yang berulang alik masuk ke dalam kedai.



Kuah yang disediakan ada 2 bahagian. Satu bahagian, sup. Satu bahagian pula tomyam. Kuah tomyam boleh tahan pedas. Ibu celop-celop je, almaklum tak tahan pedas.

Ibu suka gile yang bulat-bulat macam pou tu. Apa ntah namanya. Sedap. First time makan. Bila masuk mulut je rasa cam meletop. Rasa cheese. Apa lagi, second round ambil banyak-banyak.


Tapi, second round makan dengan tak berapa feel sebab Aisyah dah kenyang dan dia mahu turun untuk bermain. Kebetulan anak-anak tuan kedai ramai pula bermain di hadapan kedai mereka. Kecil-kecil lagi. Ibu sudah tidak keruan. Aisyah siap berebut, nak naik basikal anak pemilik kedai.


T____T    Malu!!!


Selamba pula dia mengekor budak-budak tersebut hingga ke dapur. Ibu biarkan dahulu menenangkan hati. Kemudian, ibu menyusurnya hingga ke dapur dengan muka tebal. Aisyah seolah tidak puas hati tidak dapat apa yang dia mahukan. Malah, Aisyah membebel dengan bahasa tidak nyatanya kerana budak-budak tu semua tidak mahu bermain dengannya.

Kesian anak ibu. Macam tulah dia. Ke mana-mana cari kawan. Tapi, siapa mahu berkawan dengannya. Tidak kenal kan.

Akhirnya, upah lagi sekali dengan aiskrim. Kali ni, ceduk aiskrim kon pula. Aiskrim tu boleh ambil sesuka hati. Ambil je sampai habis kalau tak malu. Free je untuk semua pelanggan yang makan di situ. Bila Aisyah dah senyap, ibu pun segera makan laju-laju baki yang ada. Nak kejar waktu maghrib kan.



Bukan hanya steamboat ok. Di sini juga boleh order makanan goreng-goreng, makanan panas-panas berlauk. Sepinggan memang banyak isinya. Ramai juga budak-budak muda makan di sini. Student rasanya sebab UiTM Pasir Gudang sudah dibuka di sekitar situ. Kolej Masterskill juga berdekatan.

Sesiapa yang nak cuba makan kat sini, meh skodeng lokasinya.


Lokasi :
Valley Garden Steamboat & Grill
Jalan Lembah Seri Alam,
Berhadapan Apartment Sri Mutiara

RM21/ person (dewasa)
RM10/ person (kanak-kanak)
Untuk kanak-kanak bawah 5 tahun tiada cas dikenakan


Kalau perasan, hujung kiri sekali ada kedai mamak Afrin dan hujung kanan pula office UM Builder Sdn Bhd.



Nota Kaki : Pray for Gaza




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. oh kat situ tempatnya. harus cuba ni walaupun saya bukan penggemar steamboat. tapi suami suka sgt2 steamboat ni.

    BalasPadam
  2. Kakak selalu pergi Stemboat/grill Melayu yg dekat IOI Mall Kulai tu pun sama Mar. Biaslah air minum dan aiskrim memang mereka sediakan percuma. Dekat Bukit Indah pun ada juga tau Mar...

    Sekali nanti kita pergi sama-sama ye hihi... (berangan bilalah agaknya kan)

    Selamat Hari Raya, mohon maaf dari kakak andai ada yg rasa tak kena di hati.

    BalasPadam
  3. anak2 kecil, mmg suka nak berkawan...

    owhhh pau yg d maksudkan tu, x silapnyer dumpling, saya pon suka sgt...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri... mohon maaf kiranya ada salah silap sepanjang berblogging...

    BalasPadam
  4. pernah makan kat situ mar,quality dan persekitaran oklah..not bad jugak..

    BalasPadam
  5. cam best aje dapat makan steamboat kan
    jujurnya tak penah, en suami tak doyan

    BalasPadam
  6. steamboat kalo pegi memang kena pandai makan..haha..kalo tak rugi ler.. dapat seafood dok diam tak kata ape dah..

    selamat hari raya mar..

    BalasPadam
  7. mar, saya pun suka makan steamboat. jauh beno kalau nk ke johor sana tu...kalau dekat boleh lah terjah mencuba.

    BalasPadam
  8. steamboat kena makan banyak2. kalau x rugi kan kak..

    BalasPadam
  9. Uni Aqilah, Kak Zakie, KSD, Ayu Zan (blogger johor yg berdekatan) : leh buat gathering camni kan..hihi

    BalasPadam
  10. ala syioknya dkt dgn rumah lama saya lettew. hihi.
    uitm dh buka ke.. alahai rindunya nk tgk suasana kt sana..
    sng sng ibu update la ye perihal di sana. hihi..
    teringin nk tgk ..

    BalasPadam
  11. Sedap tu Mar..

    Selamat hari raya aidilfitri buat Mar sekeluarga..
    Berhati-hati dijalan raya ^__^

    BalasPadam
  12. Sejak puasa ni belum makan steamboat lagi....si TLBD mmg suka stemboat ni....Apa ke benda yg macam pau tu yeh Mar....tak pernah nmpk jugak tu. Kalaulah dekat ngan rumah harus dah terjah ni hehe...

    BalasPadam
  13. murah je ye...mkn steamboat mmng kenyang w/pun mkn skit...

    BalasPadam
  14. in shaa Allah esok aida nak ber stimbot berbuka :-)
    kat johnnys aje...

    BalasPadam
  15. sy xprnh try mkn steamboat..sadis kan

    BalasPadam
  16. Alamak, lama pulak rasanya tak pekena steamboat. Lepas bulan puasa ni bolehlah try makan macam-macam ikut kehendak anak tekak.

    BalasPadam
  17. Salam..td sy pegi makan kt situ..mmg yg jaganya melayu..tgh syok2 makan..tiba2 tgk sorang cina kuar dr dlm kedai bg arahan suruh tambah sup utk customer..curious juga ya..disyakki ownernya cina

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedai ni masih open seperti biase ke?

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code