Buat pengetahuan semua, ibu sudah tidak boleh menggunakan internet sekerap dulu ketika waktu bekerja. Agak limit kerana memo sudah dikeluarkan. Bosan tu 8 jam di hadapan PC. Tapi, cilok juga bila line clear. Ah, persetan dengan itu semua. Tak kan mahu bekerja seperti robot tanpa bersosial? Aiceh.. Handphone kan ada...

Memo begitu gara-gara ada staff yang mendownload movie sebanyak-banyaknya hingga server sering menjadi seperti siput. Server pula digunakan 3 kilang yang berada di 3 tempat berbeza walaupun berdekatan.

Ada pula yang kata, staff lelaki suka tengok porno. Staff perempuan pula, rajin sangat menyopping. Haihh..

Internet di rumah pula kadang kala ok, kadang kala tidak. Mungkin modem broadband tu problem, gara-gara dicelup air oleh Aisyah. Minggu lepas, google chrome pula ada masalah. Nak cerita lebih pun, tak tahu. Yang tau, susah nak buka internet menggunakan google chrome. Ah sudah. Penyudahnya, bulan puasa ni diamkan diri dari internet. Blog pun sekadar berupdate 1 entri sehari.

Itu tandanya Allah sayang kepada hambanya yang sering culas ini. Dia beri peluang untuk mengimarahkan malam-malam ramadan sebelum ramadan pergi. Itu pun ibu tidak sedar lagi. PC tidak boleh beronline, televisyen pula sudah menjadi hak milik kekal Aisyah dengan disney jr.nya. Bukankah itu sangat bagus? Tidaklah terleka dengan duniawi semata.

Patutnya dengan keadaan sebegini sudah berjaya mengkhatamkan Al-Quran. Lihatlah teguran Dia. Tapi, semakin hampir ramadan meninggalkan kita, semakin rancak pula ibu mengajak ayah berwindow shopping. Ada je yang tak cukup lagi. Ada saja benda yang mahu dibandingkan harga. Beli tu tolak tepi dulu. Persiapan tidaklah semegah mana. Sangat-sangat sederhana. Cuma lebih kepada cuci mata. Hahahah..

Beberapa hari lagi je sebelum cuti bermula. Kain langsir pun tak terbeli lagi. Mahu menggantikan langsir sliding door je. Harap-harap sempatlah. Jahit sendiri je, bukan banyak mana. Baju jalan-jalan untuk Aisyah pun belum beli. Cuma yang dah beli baju kurung di pagi raya untuknya.

Giler ko nak jahit camni dengan skill menjahit suam-suam kuku? Paling kuat, cuma jahit lurus je.
Ahakss..sila jangan gelak. Janji rumah kecil kami berlangsir.




Nota Kaki : Bila mood dah terbang..