Credit to Google
Lambakan barang jual beli online mengakibatkan pos laju yang laju menjadi lembab seperti siput. Atau istilah lain jammed. Samalah seperti kita yang mengharungi jammed ketika pergi dan pulang dari tempat kerja saban hari.
Kerana terlalu banyak yang hendak dihantar, mengakibatkan pos laju di seluruh malaysia jammed. Perkhidmatan mereka yang cukup pantas sebelum ini menjadi lambat.
Bersabarlah menanti barang anda, jangan marah kepada pihak mereka. Mereka sudah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Ditambah pula bulan Ramadan, waktu kerja menjadi singkat dan masing-masing mengejar masa untuk pulang dan berbuka.
Bisnes online sangat hot di bulan puasa ni kan, masing-masing buat persiapan raya. Kemudahan internet di telefon pintar, membeli barang menjadi semudah ABC. Klik-klik, bayar, tunggu sahaja barang sampai, maka tidak hairanlah lambakan barang yang menggunung di pejabat pos. Glurppp..
Ibu juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan pos laju. Shopping online ni memang mudah tapi perlu hati-hati. Kalau tidak jumlah dalam akaun tu cepat je susut. Mata memang pantang nampak barang yang murah, cantik dan berkualiti. Haihh..
Hari selasa (8 Julai 2014), ibu ada order barang. Sampai hari ini parcel belum sampai-sampai lagi. Oh..kecewanya. Tetapi tetap berusaha memahami situasi sekarang ni. Salah satu barang adalah produk AH Beauty. Hari-hari jugalah check tracking number, nak pastikan barang akan sampai dengan selamat.
Kredit to Google
Nota Kaki : Harap-harap sampailah barang tu hari ni..
20 Ulasan
Brg apa tu sis or diet baju raya ekk
BalasPadamnk raya ni ramai yg bershopping on9. tu yg jammned tu..
BalasPadamAH beaty tu apa?
nak nak musim raya ni, lagilah jammed pos malaysia tu...suruh tukarlah alternative pada peniaga online, gdex ke, skynet ke...citylink ke, hik hik hik...
BalasPadamrasanya bukan pos malaysia jer..Gdex pon lambat..masa order shaklee hari tu..order hari isnin..sabtu x sampai2.last2 tepon diarang .pegi amik sendiri kat Gdex kat sini..sebab diarang ckp hari sabtu halfday..kalau x cukup orang maybe isnin baru hantar..sabau jelah..
BalasPadambulan puasa banyak kena sabar.. tapi sebagai peniaga serba salah jadinya bila barang lambat sampai ke tangan pembeli..
BalasPadamDah nak dekat raya ni memang lagi ligatlah orang berbelanja online. Kasihan pekerja poslaju. Mereka pun manusia biasa je. Sampai masa berebut nak pulang ke rumah untuk berbuka. Mudah-mudahan sampai barang yang dipesan secepat mungkin.
BalasPadambiasa lah time nak raya ni. makin banyak shoping online sebab malas nak kuar.
BalasPadamKB : AH beauty produk kecantikan y saya guna skrg ni..
BalasPadamtulakan harap2 sampai la barang2..
klu lpas rya melepas la nk beseri2 di hri rya ek..hope smpi sblm raya la..
BalasPadamDahsyat penangan business online kan. Harap product yg Mar order tu dapat sebelum rayalah:)
BalasPadamsinggah jumaat
BalasPadamhari ini anum mc badan x sehat
mmg pon kan.
BalasPadambrg cik abe order pon bru sampai kemarin.
kdng kdng risau nk beli time jammed ni.kang kita jga yg hangin satu badan. hihi
Tak pernah cuba pun beli online ni Mar.....tak mo biasakan.....nanti dah biasa asyik nak beronline jer hehe
BalasPadamnak kena faham kan kerja diorang..tapi mar ada sesetengah staff pos laju nie ambil kesempatan sampai taknak hantar barang ,walhal barang tu dah pun sampai lebih dari 2 hari kat pos office..
BalasPadammusim perayaan ni kot
BalasPadambiasa dapat okje pos laju
nk raya..ramai shopping online...kena sabar lebih sikit...hehehe
BalasPadamBila raya ni mmg sibuklah semuanya...
BalasPadamHopefully cepat2 barang tu sampai..aida pon ada jugak beli barang online n memang takut sangat barang tu tak sampai..huhuhu..mintak2 baju tu cepat lah sampai hendaknya kan..hehee
BalasPadammemg kne byk sbr kan mar..sy nih nk beli online pun tkut...snb tkut smp lmbt
BalasPadamtgk org keje posmen, kesian... tapi diorg sabar aje kan..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.