Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mydin Taman Rinting Kini Dibuka


Hari ahad, cuti hujung minggu, dari duduk di rumah, baik kita bercampur dengan masyarakat sekali sekala. Aisyah laju je bersiap cantik-cantik bila tahu mahu berjalan.


Bosan menunggu ibu dan ayah

Mydin di taman rinting sudah dibuka sejak 26 Jun 2014. Memang sesak, padat. Kami hanya mampu memandang akan kesesakannya setiap hari sebab rumah kami dekat je dengan Mydin tu. Dapat flyers, belek-belek dan baru perasan tarikh tersebut. Maka, pergilah kami ke sana pada 29 Jun 2014.


Gambar dari luar, tepi jalan (tak kuasa nak snap gambar kat dalam tu)

Niat sebenar ke Mydin sebab teruja ada promosi macam-macam lebih-lebih lagi barangan keperluan Aisyah. Bukan senang nak dapat harga sebegini. Tapi, ketika kami ke sana stok saiz L sudah habis. Saiz M banyak lagi.



Apa yang dihajati tidak kesampaia, kami keluar dari perut pasaraya Mydin. Sebelum masuk tadi sempat beratur di kaunter khidmat pelanggan semata-mata untuk membuat kad meriah Mydin. Kumpul point katakan. Dapatlah boucer RM10 yang sah cuma sehingga 2 Julai 2014. RM10 pun duit apa..




Ada kedai makan Marrybrown, dapat kupon lagi. Sah di Mydin taman rinting sahaja hingga 31 Julai 2014. Rugi tak pergi. Jimat duit poket juga. Memandangkan bulan puasa dan keadaan juga sangat sesak dan padat, kasi hold dulu.



Salah satu tarikan yang membuatkan orang sanggup bersesak adalah promosi yang dibuat oleh kedai emas Jumbo. Tengok tu, murah sangat-sangat. Tapi, stok yang  murah tu dah habis licin dalam masa kurang 3 hari. Kecewa. Niat di hati mahu belikan Aisyah anting-anting kerana anting-anting sebelah kanannya telah hilang.


Penyudahnya kami hanya pusing-pusing dan keluar semula. Tiada apa yang kami beli. Cuci mata sahaja.

Bagi korang yang tinggal di JB bolehlah pergi menyesakkan lagi Mydin tu. Hehehe.. Benda baru camtulah kan.


Lokasi Mydin taman rinting ini betul-betul di traffic light taman rinting. Tak susah nak cari.

Peta sebagai rujukan


Alamat:
PASAR RAYA BESAR MYDIN TAMAN RINTING
PTD 92368, Jalan Rinting,
Taman Rinting, 81750 Masai, Johor.


GPS Koordinat:
1.490533,103.866867


Waktu Perniagaan:
9.00 pagi - 11.00 malam (Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 11.00 malam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)





Nota Kaki : Jangan lupa LIKE facebook page..



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. barang kemas tu yang buat rambang mata..hwhww

    BalasPadam
  2. wah.. best tu.. sy sekeluarga mmg suka shopping kt mydin..

    BalasPadam
  3. Tahniah dah ada mydin..boleh soping raya.Seremban pun baru2 ni ada.

    BalasPadam
  4. Owhh..kat johor rupenye.
    Tak penah sampai Masai lagi.

    BalasPadam
  5. senangkan kalau dah dekat..bolehlah slalu shopping lepas ni..:)

    BalasPadam
  6. wah barang kemas tu murahnya patut pun cpt licin he

    BalasPadam
  7. ayu pun lum cecah sana kak..xsempat plus kesihatan blm ckp baik nak jalan2.

    BalasPadam
  8. Wah...lepas raya nanti senang la nk mncari brng utk open house Mar..huhu

    BalasPadam
  9. hr tu pon tgk depa dok promosi emas hrga cmtu2 gak kt AEON Big.mmg rate dia cmtu kot no

    BalasPadam
  10. Kalau kakak Mydin terdekat kena pergi UDA dekat Angsana tu Mar. Bestlah org Masai senang nak shopping sekarang ni ye...

    Selamat berpuasa Mar.

    BalasPadam
  11. waw best ni mydin barang dia murah2 :)

    BalasPadam
  12. pas ni shopping kt mydin je la ye...

    BalasPadam
  13. best tu kak dekat dgn akak...mydin murah lak tu..kitaorg jarang gi mydin sbb jauh..uhuhuhu

    BalasPadam
  14. mar hari-hari shoping mydin le jawabnya ye?

    BalasPadam
  15. belum berkesempatan nak ke sana mar...memang best shopping kat mydin nie

    BalasPadam
  16. alahai bestnya.
    saingan la dgn tesco sri alam.. hihi..
    ni yg buat saya rindu nak ke bandar sri alam ni. huhu..

    BalasPadam
  17. Jarang pergi Mydin kat KL ni. Lagipun takda yang berhampiran dengan rumah. Kalau dah bersesak-sesak tu, memang saya surrender siang-siang :)

    BalasPadam
  18. Kat johor rupenye.. supermarket.. shopping mall mana yg tak sesak.. mmg serabut..

    BalasPadam
  19. saya pula selalu beli barang dapur dekat my mydin =)
    sonok si aisyah tu nak berjalan ye

    BalasPadam
  20. Kalau nurul pula, jarang shopping kat Mydin... :)

    BalasPadam
  21. Wah best.. timing pun cantek.. bijak Mydin ni., :)

    BalasPadam
  22. sy shopping kt.mysin je sbb pling dkt ngan umah..n brg brg kt mydin oun murah

    BalasPadam
  23. Dekat dgn Rumah kita kan Mar.. Untung kita.. Hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code