Hari ahad, cuti hujung minggu, dari duduk di rumah, baik kita bercampur dengan masyarakat sekali sekala. Aisyah laju je bersiap cantik-cantik bila tahu mahu berjalan.


Bosan menunggu ibu dan ayah

Mydin di taman rinting sudah dibuka sejak 26 Jun 2014. Memang sesak, padat. Kami hanya mampu memandang akan kesesakannya setiap hari sebab rumah kami dekat je dengan Mydin tu. Dapat flyers, belek-belek dan baru perasan tarikh tersebut. Maka, pergilah kami ke sana pada 29 Jun 2014.


Gambar dari luar, tepi jalan (tak kuasa nak snap gambar kat dalam tu)

Niat sebenar ke Mydin sebab teruja ada promosi macam-macam lebih-lebih lagi barangan keperluan Aisyah. Bukan senang nak dapat harga sebegini. Tapi, ketika kami ke sana stok saiz L sudah habis. Saiz M banyak lagi.



Apa yang dihajati tidak kesampaia, kami keluar dari perut pasaraya Mydin. Sebelum masuk tadi sempat beratur di kaunter khidmat pelanggan semata-mata untuk membuat kad meriah Mydin. Kumpul point katakan. Dapatlah boucer RM10 yang sah cuma sehingga 2 Julai 2014. RM10 pun duit apa..




Ada kedai makan Marrybrown, dapat kupon lagi. Sah di Mydin taman rinting sahaja hingga 31 Julai 2014. Rugi tak pergi. Jimat duit poket juga. Memandangkan bulan puasa dan keadaan juga sangat sesak dan padat, kasi hold dulu.



Salah satu tarikan yang membuatkan orang sanggup bersesak adalah promosi yang dibuat oleh kedai emas Jumbo. Tengok tu, murah sangat-sangat. Tapi, stok yang  murah tu dah habis licin dalam masa kurang 3 hari. Kecewa. Niat di hati mahu belikan Aisyah anting-anting kerana anting-anting sebelah kanannya telah hilang.


Penyudahnya kami hanya pusing-pusing dan keluar semula. Tiada apa yang kami beli. Cuci mata sahaja.

Bagi korang yang tinggal di JB bolehlah pergi menyesakkan lagi Mydin tu. Hehehe.. Benda baru camtulah kan.


Lokasi Mydin taman rinting ini betul-betul di traffic light taman rinting. Tak susah nak cari.

Peta sebagai rujukan


Alamat:
PASAR RAYA BESAR MYDIN TAMAN RINTING
PTD 92368, Jalan Rinting,
Taman Rinting, 81750 Masai, Johor.


GPS Koordinat:
1.490533,103.866867


Waktu Perniagaan:
9.00 pagi - 11.00 malam (Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 11.00 malam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)





Nota Kaki : Jangan lupa LIKE facebook page..