Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Pendapat Korang?


Bila baca semula entri-entri lama yang agak sendu tanpa ada komen sesiapa, baru ibu perasan, dulu ibu menggunakan ganti diri yang berbeza. 'Aku' berbanding sekarang, 'Ibu'. Eh, baru perasan. Malu ai..

Pada padangan kawan-kawan sekalian yang baik hati, dengan tulus ikhlas hati korang, ganti diri mana yang best ye untuk ibu taipkan entri? Kena jujur, bulan puasa ni.

Aku atau Ibu?

Sila berikan pendapat anda. Sila..sila..sila..


Malu aiii..
Credit to Google




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Pada kakak tak ada beza tapi utk blog kakak sendiri kakak guna 'aku' sebagaimana bila kakak berdoa kepada Allah kakak juga guna gantinama 'aku'...

    BalasPadam
  2. ikut keselesaan diri Mar..bg akak..apa2 pon boleh..aku boleh..ibu pun boleh..akak pun guna perkataan aku jugak dulu2..

    BalasPadam
  3. Betul tu, xkisah siapa pun kita gelarkan diri kita mar, ku eda lebih selesa guna panggilan aku bila di entry...

    BalasPadam
  4. CT lebih selesa guna aku bila nak taip entry tapi bila komen or balas komen CT selesa sebut CT.. :D

    BalasPadam
  5. ikut pd keselesaan Mar..dlu sy guna aku..pastu tukar ai..last last bjskan diri saya lebih selesa sbb kdg kdg dr yg baca blog kita lbih tua drp kita..bila bhsakan aku rasa mcm xsopan plak...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. mana-mana yang selesa
    kalau saya kan, saya gunakan aku
    sebab aku lebih mesra
    berbanding saya yang agak formal
    saya pernah cerita reason saya guna aku dalam blog saya

    BalasPadam
  8. tak kisah pon MAr..kalau selesa dengan 'ibu' just teruskan..kita punya blog,ikut suka kita lah kan..hehee

    BalasPadam
  9. husna rasa mana2 pun ok sis.. mcm husna guna 'aku' je..hehee

    BalasPadam
  10. Ibu pun ok juga. Klu saya mmg suka guna aku... klu saya guna 'ibu' mmg sah pelik dah hehee... :D

    BalasPadam
  11. Salam Mar...ikut keselesaan kita..mcm Kak lya lbh selesa guna ganti nama Lya dlm entry..apapon ikut mana yg kita suka sbb kita yg menulis bkn org lain ...

    BalasPadam
  12. aida kekadang guna saya... kekadang ibu... kekadang aku...
    rasanyer tgk kesesuian post kot... apa pun, yg kita rasa selesa :-)

    BalasPadam
  13. Tak kisah mana pun boleh. Ibu boleh, aku pun boleh. Ikut mana selesa Mar nak guna. Saya ni pulak tak biasa ber'aku' dengan kawan-kawan sebab itu kekok sikit bila nak ber'aku' dalam blog. Itu yang tiba-tiba terkeluar 'I' pulak ala-ala ngengada gitu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code