Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Baju Melayu Zizan



Bila baca entri blog senyum-senyum si Diana Rashid mengenai baju melayu zizan, aku pula tersenyum-senyum sendiri. Sebab aku tidak pernah beli baju harga beratus-ratus. Kalau seratus dapat 2 helai tu ada jugalah beli. Baju en.suami pun tak sebab en.suami cuma pakai baju melayu hari pertama raya sahaja. Lepas tu gantung buat perhiasan. Makanya, tahun ni recycle baju melayu dia.

Berbalik mengenai Jak yang terkenal hingga berjaya membuka cawangan-cawangannya di seluruh malaysia. Yeke? Asal usulnya di Segamat (berdekatan kampung halamanku). Sejak kecil, emak mesti belikan kami anak beranak kain dari Jak. Kemudian, emak yang menjahit baju raya kami.

Bukan emak saja, malah satu kampung pun. Kalau beli kain, mesti ke Jak. Kalau hantar kain tempahan ke rumah kami (mak tukang jahit) pun penuh dengan plastik Jak. Baju raya, baju pengantin, baju nak nikah.. Macam-macam pujian yang aku dengar.

Beli kat Jak ni..murah..

Jak tengah offer..baik pergi cepat nanti habis..


Tapi, itu semua, dulu. Kali terakhir aku ke Jak tahun lepas. Beli kain pasang untuk raya. Mahu sedondon dengan Aisyah. Belek punya belek, kain yang murah-murah tu cam tak best je. Dan perlu pandai memilih kerana kain yang tidak berapa bagus juga diletakkan di tempat yang sama. Aku ambil kain yang mahal sikit harganya. Memang sedap pakai.

Baju kurung dan baju melayu yang sudah siap juga banyak tergantung. Harga ada yang murah ada yang mahal juga. Tetapi, perlu bijak memilih kerana baju tersebut corak yang sudah basi.

Kain pasang en.suami aku beli di kedai kain lain. Bila masuk kedai tu, harga kain yang ada jauh lebih murah dan cantik-cantik dari Jak. Rugi pula rasanya.

============================================


Aku nak cerita kisah beberapa tahun lepas. Seingat aku, aku masih bergelar anak dara. Aku bersama kakakku ke Jak dengan hanya memakai t-shirt, bertrack suit dan berselipar jepun. Tujuan asal, bukan mahu jalan-jalan ke Jak pun. Aku sekadar menemaninya untuk membeli peralatan sekolahnya di kedai alatan tulis berdekatan Jak. Penampilan aku memang seolah budak sekolah yang tidak berduit. Awet muda maa walaupun umur masa tu sudah 26 tahun. Masa ni pun aku dah bekerja, dah ada duit sendiri dan ada kereta sendiri (perlu ke bagitau).

Melangkah masuk ke dalam Jak sambil membelek-belek kain yang ada. Haruslah belek-belek kemain sebelum membeli kan. Corak yang cantik, jenis kain, harga yang berpatutan barulah akan pilih, beli dan bayar. Ketika kami masuk, pelanggan yang ada hanya beberapa orang tapi kami tahu pekerja dia ramai. Siap pakai jaket kan (masa tulah). Tiada seorang pun datang melayan kami. Mungkin cara kami berpakaian yang simple begitu, mereka tidak mahu melayan kami. Bila kami panggil, baru salah seorang pekerjanya datang. Kami kan pelanggan, datang membawa rezeki. Berilah layanan sewajarnya. Rezeki pekerja yang melayan kami, 4 pasang kain kami sambar. Walaupun hanya 4 pasang, ada juga untungnya kan..

Tahun yang sama, kami ke Jak lagi untuk membeli kain pasang untuk hari raya. Oleh kerana niat kami memang berjalan-jalan, pemakaian kami juga agak cun (blouse dan heel je pon) layanan yang mereka berikan, seriously first class. Bukan aku seorang yang perasan, kakak aku pun perasan. Pilih bulu bila memlilih pelanggan. Kalau stok-stok mak datin yang masuk, confirm menyerbu pekerja mereka mahu melayan.

===============================================

Sewaktu membuat persiapan perkahwinan, juga ke Jak JB, mencari kain pasang untuk baju nikah. Nama gah kan. Ramai pula orang yang menempah baju dengan emak, asyik sebut Jak memanjang. Kami mahukan warna putih + biru tetapi pekerja mereka mencadangkan kain itu kain ini yang harga jauh lebih mahal. Malah menawarkan pakej pengantin kepada kami. Dia kata lebih jimat. Jimat tengkorak hang. Bila dikira-kira semula, mereka yang untung. Malah kami diperli pula.

"Sekarang ni mana ada orang pakai putih + biru dik. Putih + kelabu la. Trend sekarang."

Eh..suka hati kamilah mahu warna apa. Yang mahu beli kan kami. Akhirnya, kami meninggalkan Jakel dengan perasaan menyampah. Sewaktu melangkah meniggalkan mereka, aku dengar ayat pekerja tersebut yang masih memerli-merli kami. Sangat memandang rendah pada orang. Mentaliti yang sangat tidak sihat.

====================================================

Pengalaman sebenar seorang rakan baik ibu yang pernah bekerja di Jak Shah Alam. Dia bekerja di situ sejak ia baru dibuka hingga selepas 2 tahun kemudiannya berhenti kerana berkahwin (kini menetap di rawang bersama suami dan anak kecilnya).

Semua pekerja yang menetap di hostel, tetapi hostel itu sekadar rumah kedai yang menempatkan pekerja lain seramai-ramainya. Katil double decker. Rakan ibu itu tiada pilihan lain kerana dia tidak memperolehi pekerjaan lain. Maka, dia bekerjalah antara terpaksa dan rela. Dia sendiri menceritakan bagaimana mereka dilatih untuk target pada pelanggan yang bagaimana.

Ok, bab itu biarlah. Malas cerita. Cuma nak cerita pasal Jak yang kadang kala melayan pelanggan macam eksyen.


Budak jakun pantang ibu bentang kain..acane??



Nota Kaki : Beli kat mana-mana pun dah tak kisah dah..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. hehe, cam ada baca juga entry tu
    saya tak berani cakap juga sebab tak melalui
    cuma saya yang dah bekerja dalam bidang CRM melebihi 10 tahun
    perbuatan memilih bulu tu tak wajar
    tiada istilah tu sebenarnya
    yang penting customer is always right

    BalasPadam
  2. jarang la pi jak tu mar,lebih suka beli kat kedai kain biasa nie..paling familiar adalah BK seri alam..hehehe..
    Jak nie bukan semua kain ada offer.hanya kain2 tertentu je mar,..

    BalasPadam
  3. nasib baik kk takde jak...takde lah pengalaman nak shopping kat jak.
    saya beli kat kedai2 tepi jalan jer.hehe

    BalasPadam
  4. masa bujang2.. beli juga baju beratus2 ni..hukk..hukk sekarng ni rasa miskin plk..syg duit.

    BalasPadam
  5. oh memilih jugak kan Jakel ni..so far aida tak terkena lagi pengalaman tu..sebab semua Jakel jauh dari rumah..haruslah pakai leklok kan..hehehe..aida pon sebenarnya tak kisah beli kat memana pon..asalkan dapat murah..hehee

    BalasPadam
  6. mmm..byk pengalamn dgn jakel ye ibu
    sya pernah ke jakel jln tar, skdar mncari kain langsir tp mcmtak berkenan.
    baik ke kedai biasa. lgi bagus layanan mereka..

    pengalaman mendewasakan kita

    BalasPadam
  7. sy beli baju nikah dlu kat nilai 3 je..shopping kain pun kt kdai bese bese je..

    BalasPadam
  8. Saya tidaklah peminat tegar Jak ni. Setahun tu adalah 2,3 kali je jejak kaki. Kalau pergi pun tengok kain-kainnya takdalah ohsem memanjang. Citarasa berbezakan. Kalau macam ni style pilih bulu, memang larilah customer yang bawa duit berkepuk-kepuk tapi pakai selipar jepun compang camping je!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code