Kita dikejutkan lagi dengan berita kehilangan. Kali ini kehilangannya tidak susah dicari, jatuh terhempas dan meninggalkan bangkainya yang sudah tinggal serpihan. Melihat gambar serpihan itu, hati ini terkedu, speechless, tidak sampai hati untuk melihatnya. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Jatuh di darat, tinggalkan serpihan, terjunam ke laut juga akan ada serpihan. Allah Maha Mengetahui.

Malaysia Airline Boeing 777-200, bernombor pendaftaran 9M-MRD melakukan penerbangan dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) dengan membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal. Perjalanan di FL330 mengenai 50nm barat laut Donetsk (Ukraine) apabila tansponder isyarat hilang di FL330 pada kedudukanN48.56 E37.21 di 13:43 Z.

Carian Google

MH17 telah ditembak jatuh dan telah terhempas berhampiran sempadan Ukraine/ Rusia.

Carian Google

Semoga semua sanak saudara mangsa tabah menghadapi ujian ini. Bagaimana sayu hati ibu, ayah yang menunggu kepulangan anak mereka tetapi penantian berakhir dengan perkhabaran pemergian mereka. Seminggu lagi kita akan menyambut Hari Lebaran dan berita kesedihan ini sedikit sebanyak mengingatkan kita agar sentiasa bersedia. Maut tidak akan menunggu walau sesaat.


============================================

Perkhabaran sedih lain hinggap ke halwa telinga. Anak kepada seorang rakan sekerja yang ditahan wad semalam semakin teruk dengarnya. Belum ada tanda akan kebah dalam masa terdekat.

Anaknya baru berusia 8 bulan. Masih kecil. Sejak demam, telah dibawa ke KK Pasir Gudang dan mendapatkan rawatan di situ. Hasil ujian darah menunjukkan platlet darah putih anaknya rendah dan disyaki denggi. Maka, saban hari si ibu dan ayah membawa anak kecil mereka ke KK PG untuk diambil darahnya dan menjalankan ujian. 

Hinggalah semalam, hari ke-4, sewaktu darah anaknya diambil, anaknya berak berdarah dengan tidak semena, maka serta merta di hantar terus ke hospital. Sedih dan kasihan.

Hari ini, HOD memberitahu kami keadaan ankanya yang bertambah teruk. Ruam merah sudah mula keluar dari badannya dan doktor tidak dapat memasukkan air ke dalam badannya kerana tangannya sudah bengkak. Bengkak kerana banyak kali dicucuk untuk ambil darah mungkin.

Doakan kesihatan anak rakan saya ini ye.

Semoga anaknya kebah dan dapat keluar dari hospital sebelum hari raya menjelang. Berat ujian mereka. Hanya doa yang mampu dikirimkan sekarang.


Carian Google




Nota Kaki : Mood Sedih..