Jam berbunyi tepat jam 4 pagi tetapi badan seolah tiada daya untuk bangun. Badan terasa lenguh sana sini. Perit. Jam berbunyi menandakan harus bangun dan masak lauk bersahur. Nasi perlu ditanak tetapi mata masih pejam dan akhirnya terus hanyut dibuai mimpi.

Badan yang kerap sakit-sakit, susah mahu bangun pagi, penyudahnya terpaksa ke klinik dan dapat cuti sakit. Dulu tidak begini. Sudah dua hari tidak masak lauk bersahur. Hanya makan biskut dan air milo panas. Dua hari juga membeli juadah di bazar. Mana boleh selalu begini, air tangan harus diutamakan. Memasak untuk suami dan anak adalah satu keseronokan. Itulah cara untuk meraih pahala lebih.

Semalam MC, kami 3 beranak seronok tidur. Aisyah, lena bukan main hingga dikejut tidak mahu bangun. 4 jam juga dia tidur. Lama giler...sampai ayah paksa dia bangun dengan cara membunyikan alarm kereta. Dia terus bangun dan cakap nak ikut. Semalam juga, Aisyah ambil darah lagi dan darahnya ok, tiada masalah. Alhamdulillah.

Ayah pun tidak sihat malam tadi. Tetapi masih mampu bekerja hari ini.

Sejak tidak mengambil apa-apa supplement, ditambah pula bulan puasa, badan cepat terasa letih. Kalau sudah tidur, memang payah mahu bangun. Mana tidaknya, selagi tidak tutup mata, ada sahaja kerja yang perlu dilakukan. Duduk, tengok televisyen pun penat juga. Penat bermain emosi apabila menonton drama. Tengok berita pun kadang kala buat rasa sakit hati.

=========================================



Nota Kaki : Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..amin..