Syawal kali ini, kami beraya bersama keluarga sebelah ibu. 1 Syawal berkumpul di Mersing, rumah nenek. Mak, abah dan 2 orang adik bujang ibu akan pulang ke Mersing pada hari terakhir ramadan. Berbuka bersama nenek yang tinggal seoranga diri. Cuma kakak saja yang takde, beraya bersama keluarga suaminya di Subang.
Ayah akan pulang sendirian di hari raya ke-2. Cuti hari rayanya hanya 2 hari. Redhalah sudah suami bekerja bahagian maintenance. Setiap tahun pun begitu. Tapi, kali ini, ibu cuti lama dan tidak ikut cuti ayah. Ibu akan ikut abah ibu pulang ke kampung halaman di Maokil. Sambung cuti hingga seminggu. Lama kan. Bahagia rasanya jauh dari kilang yang selalu sibuk memanjang tapi sudah tidak sibuk dah. Dapat offer lain, memang bye-bye lah. Berbanding kerancakan tahun lepas, bulan puasa pun terpaksa pulang lewat kerana kerja sangat banyak sebelum masing-masing bercuti hari raya. Selepas raya pula, sambung lagi kesibukan berganda hingga tidak dapat join staff-staff lain buat open house. Siyess busy giler babas. Ini cerita tahun lepas.
Tahun ini, sangat berbeza, buat kerja santai-santai dan adakalanya laju-laju dan tidak perlu ot. Cuma kasihan kepada pekerja lain yang sudah biasa mendapat pendapatan lebih dengan ot, tiba-tiba sudah tidak ada.
Minggu terakhir bekerja, jangan ditanya ke mana mood menghilang. Tetap mengadap pc seperti biasa tetapi biasanya menghabiskan masa melawat rumah-rumah rakan. Kerja yang ada banyak yang sudah selesai, memang jenis ibu tidak suka menangguh kerja. Biar siap awal, tinggalkan mana yang outstanding sahaja untuk dislot in. Manalah tahu emergency leave, at least kerja kita tidaklah membebankan orang lain.
Hati seolah sudah berada di kampung halaman. Cuma yang ibu risau adalah Aisyah. Sejak 2, 3 bulan kebelakangan ini, dia sangat rapat dengan ayah. Sikit-sikit, ayah. Nak main, ayah. Nak tengok kartun, ayah. Nak susu, ayah. Masa tidur pun sebut ayah. Aduhaii...
Sejak ayah bekerja ditempat baru, dia tidak perlu ot. Setiap hari pulang jam 5.30 petang dan dia sudah ada dirumah apabila ibu dan Aisyah sampai. Kemudian, ibu sibuk memasak, mengemas dia pula seronok bermain dengan ayah.
Sebelum-sebelum ini, ayah perlu ot di tempat lama. Ibu juga tidak kisah ayah ot sebab bertambah pendapatan bulanan dan ibu faham situasi seorang chargeman dan maintenance. Masa Aisyah bersama ayah sangat limit. Kadang kala Aisyah sudah tertidur dahulu sebelum ayah pulang. Tetapi, sejak ayah bekerja di tempat baru, masanya banyak terluang untuk Aisyah.
Risau juga cuti lama di kampung nanti tanpa ayah. Bagaimanalah Aisyah nanti, mesti dia mencari ayah. Menangis teruk ke dia? Asyik panggil ayah je ke? Jangan samapi demam rindu sudahlah Aisyah.. Paling ibu risaukan, nangis-nangis ajak ibu balik! Aduhh..ibu kau ni dah lama nak bercuti panjang nak oi.. Nak raya puas-puas tahun ni. Harap-harap pakcik bujang Aisyah yang dua orang tu cuti lama, dapatlah Aisyah bermain dengan mereka. Pakcik Aidil kan rajin melayan budak-budak.
Ayah, confirm rindu kat anak dia yang sorang ni juga. Jangan dua-dua deman rindu sudah lah. Selalu macam tu tau, anak demam, ayah pun demam. Ayah demam, anak pun demam. Haihhh...padahal ibu yang bersengkak mata menjaga anak. Bila dua-dua demam, terkontang kanting lah ibu menjaga 2 orang bayi di rumah. Ahakss..
Gambar raya 2 tahun lepas (tahun ini akan beraya di sini lagi)
==================================================
Sumber Facebook
Nota Kaki : Maaf andai ibu tidak meninggalkan jejak.. Bulan puasa kurang menaip entri dan menerjah rumah rakan sekalian..
26 Ulasan
bestnya nak raya dah kan cepat rasa masa berlalu
BalasPadamBestnya beraya umah mak sendiri kan
BalasPadamAlahai Aisyah... ibu tu sebenarnya pun sama macam Aisyah juga. Lama nak berjauhan dgn ayah, auntie rasa ibu pun boleh demam rindu juga tu hihi...
BalasPadamooo thun raya umah mak eh..sama la kita
BalasPadamAkak pun tahun ni giliran rumah mak akak Mar.. raya ke tiga baru balik rumah en suami..
BalasPadamRindu dihari raya lah dua beranak tu nanti :)
hehe...ke ibunya yang rindu pada ayah =)
BalasPadamkalau tak biasa memang agak susah sikit
bagi dia leka mainlah, kalau ada pak or mak sedara lagi baguih
tak adalah dia menyebut sangat
Slmt Hari Raya in advance MAR..huhu
BalasPadamaloloo. sian die. xpe la. nanti ade kwan xde la rindu sangat.
BalasPadamComelnyaaa Aisyah kat gambar last tu,,suka tengok diroang time baby kan..COmel to the max..hehee..Semoga raya kalai ini dapat diraikan dengan gembira sebab cuti lama kan..Aida pon sama..cuti lama..seronot!hehee
BalasPadambalik kg johor tak balik kg suami ke? kalu akak tiap thn walau gilir2 tp 3 hari balik ke kampung akak n lg 3hari balik ke kampung suami...
BalasPadamtp yelah dh tak sampai seminggu lg nk raya mood bt keje mmg dh kelaut
Naseb la kami bdua org dkt so raya xda la susah2 sgt.pg braya rumah sini ptg ry rumah sn
BalasPadamsabr mar.. byk hr lg ni nk raya.. nk cti
BalasPadamsalam sis. sy pun mood nak balik kampung hukhuk
BalasPadambtw selamat hari raya hehe
yuhhuuu best nya dpt balik kampong msti best kan ;p
BalasPadamNorhidana miswan : suami dah start keje ari raya ke3..so dia keje, baik saya beray sakan di kg halaman..
BalasPadambelah suami dekat je..tiap ari nak jumpe pon boleh
terasa cpt sgt da nak tinggalkan Ramadan...
BalasPadamsalam sis...betnya nak balik kampung..sy pun x sabar tggu khamis ni nak balik kampung hehe..
BalasPadamRaya ni tak tahu lagi bila dpt balik Johor. Semua berkumpul kat rumah makcik sbb skrng di yg menjaga nenek di sini. Org johor pun semua dtg berkumpul di sini...
BalasPadamwah lamanya ibu bercuti.
BalasPadamsmga dpt meluangkan masa bersama keluarga.tp sayang ayah pulak cuti skjap ye.
mudah2an ayah dan aisyah baik2 aja nti..
ibu dh dpt kja bru ye. :)
**ye ke ibu kja dkt dgn sri mutiara tu.. dua2 tmpat tmpt lama saya.saya keluar dr bandar sri alam mei 2012..
minggu nie mood raya dah datang dah... kerja pun kelaut laa.. :D
BalasPadamidah beraya di kl saja... atau paling jauh pun melaka... seronok kan balik kg... :D
beraya tanpa mr.asben, tak best. tapi apa kan daya, keje kan...
BalasPadamsama la, mood da terlajak ke minggu depan = mood beraya. jasad jer ni kat opis :-)
Manjanya Aisyah dgn ayah dia. Tapi takpe la.. Dpt cuti raya 2 hari tu pon dah okay berbanding dgn yg langsung tak dpt cuti.
BalasPadamkejapnya cuti raya suami Mar..nak buat camne dah tugasnya begitu..kesian kat Aisyah..mesti tercari-cari ayahnya..kat ibu dia pun kesian jugak..hehe..:)
BalasPadamMemang bila sampai ke penghujung ni, mood bekerja dah kedaung betul. Dah tak ingat apa lagi. Asyik ingat persiapan raya, nak cuti dan nak balik kampung. Saya ni Mar, dah setahun tak balik kampung dek kerana emak tinggal bersama kakak di KL juga.
BalasPadamMoga Aisyah tak demam rindu kat ayahnya. Dapatlah ibu Aisyah beraya sakan di kampung kali ni.
Ceria berpakaian hijau di hari raya.
BalasPadamCantiknya Aisyah berbunga besar tepi kepala tu ....2 tahun sudah tema hijau tahun ni tema apa pulak Mar...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.