Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Misteri Rumah Berbingkai Emas


.:: Terima email ini dari iMuslim ::.

Kisah yang penuh rahsia. Jadikan pengajaran dan pedoman. Semoga kita mengharungi sisa-sisa hidup dengan lebih bermanfaat.
Pada suatu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini. Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

Tahun demi tahun, usianya menjangkau dari bayi ke kanak-kanak. Dia sudah pandai berlari. Sudah pandai memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesustu yang istimewa di sana. Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung dari kejauhan di balik pagar kayu itu.

Kerana hairan dengan telatah anaknya, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat di sana?"

Anak perempuan itu mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana. Tersergam sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun, bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikan rumah tersebut. Diusap-usap kepala anak comel itu, "Anakku, kelak kau akan dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

Tahun bersilih ganti. Kini, si kecil sudah menjadi gadis yang manis. Hari ulang tahun di usia remajanya, dia mendapat hadiah sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembiranya dia.

Saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."

"Saya boleh ke rumah bingkas emas, ya?" Ibunya mengangguk. Dia melompat dengan girang. Dikayuhnya dengan laju tetapi cermat menuruni lurah dan anak jalan. Gadis itu tidak sabar untuk melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamkan. Menyentuh dengan tangannya.

Sampai saja di sana, dia terpaku dan menggigil. Di depannya amat berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya ini  jauh berbeza dari apa yang dia sangkakan. Rumah itu sangat buruk. Kulit dindingnya mengelupas.

Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata. Airmatanya menitis kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu lalu dia terjelepok ke tanah. Dia menoleh ke sisinya dan kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit yang cukup mengagumkan. Pantulan mentari senja membuatkan bingkai jendela menjadi keemasan.

Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami. Di mana hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan. Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya. Bagai ingin hidup semula, menjadi penghuni yang baru.


==================================


Wahai muslimah, gadis ataupun wanita.
Begitulah seadanya dirimu yang telah diciptakan Sang Pencipta.
Ketika dirimu tercari-cari ikutan, ingin menjadi seorang yang  cukup terhormat atau ingin menjadi perhatian.
Ada kalanya dikau sanggup menukar jalan, mengikut trend terkini dari segi pemakaian.
Paling kasihan, cara pemikiran dan pandangan hingga menjadi insan yang berlaianan.

Hingga tidak perasan, fitranya kau terbaik ciptaan Tuhan.
Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dan dalaman.
Unik dan terkehadapan.
Dikau adalah sebaik-baik insan.
Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.
Berterima kasihlah kepada Ar Rahman.
Kembalikan ke mode fitrah. Renungilah semua jejak-jejak silam yang ditinggalkan.
Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.

                                           ==================================





Sila layari www.thebidadari.com untuk maklumat lanjut.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Bersyukur dgn segala nikmat yg dah di beri

    BalasPadam
  2. yg kita nampak cantik..tak semestinya realitinya cantik..
    depend bagaimna kita memdngnya..

    BalasPadam
  3. Allahuakbar..tersentuh hati baca entry ni..huhu..

    BalasPadam
  4. pesanan yg cukup mendalam sampai sy terkesan. terima kasih.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah , syukur dgn apa yg saya ada ...

    BalasPadam
  6. wow, mendalam mesej yang disampaikan
    thanks untuk perkongsian ni

    BalasPadam
  7. nice sharing ni sis...terima kasih.. semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat yg diberi...

    BalasPadam
  8. Jadikan renungan bersama dan renung dlm diri kita siapakah kita di mata Allah itu lebih baik...

    BalasPadam
  9. Bersyukur dengan apa yang kita miliki...
    Thans for sharing :)

    BalasPadam
  10. Tulah. Banyak sangat hiburan yang melekakan kita sekarang ni.

    BalasPadam
  11. Yang penting haruslah sentiasa bersyukur. Cantik itu subjektif definisinya. Mungkin kita rasa diri kita banyak kekurangan berbanding orang lain tapi sebenarnya, ada sahaja orang yang mencemburui 'kecantikan' kita.

    BalasPadam
  12. hrus sntiasa bersyukur..
    selamat hari raya buat ibu sekeluarga
    maaf zahir batin dari saya :)
    jika ada salah silap spnjng mengomen di sini..

    BalasPadam
  13. Bersyukur dgn apa yg ada....hargai dir kita kerana diri kita cukup berharga kan Mar...

    BalasPadam
  14. kena sentiasa bersyulur apa yg kita ada

    BalasPadam
  15. *bersyukur..

    sorry mar bile bw gune hp.memg typo aje

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code