Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nikmat Makan Dalam Dulang di Restoran Dulang

Assalamualaikum


Diakui zaman sekarang jarang makan dalam dulang/ talam. Peredaran masa barangkali. Orang lebih senang dengan konsep buffet, layan diri. Lebih mudah.

Saya masih ingat ketika bersekolah dahulu. Tidak kira sekolah rendah, sekolah agama mahupun sekolah menengah, bila ada makan-makan di sekolah, mesti makan dalam dulang. Lebih-lebih lagi majlis sambutan maulidur rasul. Mengambil keberkatan makan dalam dulang.

Hatta, jika ada kenduri kendara pun makan dalam dulang. Dulang menjadi satu benda wajib ada di rumah. Macam rumah mak saya, bersusun dulang dengan pelbagai corak.


Dulang macam di rumah mak saya ~ Sumber google


“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)

Tempohari diberi kesempatan makan berjemaah di sebuah restoran baru di permas. Restoran Dulang. Menu ala-ala arabic. Terima kasih banyak-banyak pada sahabat kami yang sudi belanja makan kat sini.

Pemilik blog Pelangi Itu Indah.

Buat masa sekarang, di awal pembukaan, Restoran Dulang menyajikan menu Nasi Arab, Nasi Beringin dan Nasi Beriani.


Menu makanan dan lauk.


Antara menu yang disedikan. Maaf andai tidak jelas.

Menu air ~ Kebanyakkan air jenis bersusu, berkrim ala-ala starbuck.


Dicadangkan andai datang berdua, pilihlah 1 portion sahaja sebab 1 portion membolehkan makan untuk 2 orang!

Kami makan berempat. Dan kami memilih portion hanya untuk 2 orang makan. Itu pun kenyang sangat-sangat.

Kami memilih Nasi Arab dan Nasi Beringin. Lauk pula, daging masak rendang hitam, ayam masak merah, acar sayur dan papadom.

Hidangan kami


Oleh kerana menu makanan sudah agak berat, kami memilih untuk hanya minum teh o ais limau sahaja. Perlu memilih eleman limau atau lemon untuk mencairkan lemak-lemak yang masuk.




1 cawan minuman boleh kongsi dua orang juga saya kira. Tapi, bagi mereka yang makan sulam air, mungkin minuman cukup-cukup.

Bagi kami, makanan sedap. Agak memuaskan. Pertama kali saya makan beringin ala-ala arab begini, terasa seakan berangin bila makan.

Daging masak rendang hitam memang sedap. Mabeles. Kiranya, menu itu yang kami kejarkan dulu. Ayam masak merah juga sedap tapi biasa-biasa sahaja.


Masa untuk bergambar


Sesuai dengan nama restoran, restoran ini makan di dalam dulang dan duduk bersila. Duduk serapat mungkin andai ramai. Ada disediakan sudu tapi lebih baik menggunakan tangan.



Sekitar restoran



Restoran Dulang

Block A, Permas Mall, 16G, Jalan Permas Utama,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor, Malaysia

Atau

Klik SINI untuk direction





Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Terima kasih Mar. Kakak lama menanti info gini yg dekat dgn kita. Dulu kakak selalu ke Jalan Nong Cik hasil airtangan ustaz kawan abang. Tapi dia dah meninggal 2 bulan lepas. Restorannya pun dan tutup. Isterinya Farah sekadar ambil catering.

    Jadi ada masa kakak nak pergi tempat inilah...

    BalasPadam
  2. macam best je makan macm ni..lama dh xmakn dalam talam/dulang nehh...erat silaturrahim kan

    BalasPadam
  3. ni en,husband suka ni...nak ajak dialah..teringat jugak masa zaman sekolah...maulidur rasul..kat masjid..wajib makan dalam dulang

    BalasPadam
  4. Seronok makan berdulang ramai2..rindu zaman maulidurrasul di sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah sedapnya. Ada rezeki nanti boleh singgah sini pekena nasi dalam dulang.

      Padam
  5. Sampai johor kena pegi sekali kedai ni. Nampak macam menarik.

    BalasPadam
  6. Teringat masa makan kat masjid bila bulan puasa. Makan dalam dulang ramai-ramai.

    BalasPadam
  7. masa sekolah dulu mkn ramai2 dlm dulang ustz ckp untuk lbh eratkan ukhwah..

    BalasPadam
  8. Betul tu, Mar. Masa zaman sekolah dulu rajin makan dalam dulang kalau ada majlis di sekolah. Tapi saya masa tu perasan vogue, tak mainlah nak ajak makan dalam dulang ni. Hahaha!

    Sekarang ni ada satu restoran (saya pernah tulis dalam blog) di Shah Alam yang saya suka sangat. Nasi Arabnya sedap dan paling best makan dalam dulang sambil duduk bersila ramai-ramai. Kami kalau makan dalam dulang ni, air kurang-kurang minta sejug penuh!

    BalasPadam
  9. Bagusnya Mar dah merasa, berkongsi di sini dapatla ilmu bagi saya ingat lupa ni, kalau ada peluang nak buat begini biar anak-anak biasa.

    BalasPadam
  10. dulang tu kat umah nenek aida ada tau mar.
    sungguh klasik.
    and makan dulang ni kan sunnah nabi kan.
    sgt elok.
    terkenang dulu time buka puasa kat opis asben, tema makan dulang.
    kami makan la 5 beranak.
    separuh jalan, ijat muntah dlm dulang !!!!
    putus selera tau mar hu hu hu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code