Assalamualaikum


Diakui zaman sekarang jarang makan dalam dulang/ talam. Peredaran masa barangkali. Orang lebih senang dengan konsep buffet, layan diri. Lebih mudah.

Saya masih ingat ketika bersekolah dahulu. Tidak kira sekolah rendah, sekolah agama mahupun sekolah menengah, bila ada makan-makan di sekolah, mesti makan dalam dulang. Lebih-lebih lagi majlis sambutan maulidur rasul. Mengambil keberkatan makan dalam dulang.

Hatta, jika ada kenduri kendara pun makan dalam dulang. Dulang menjadi satu benda wajib ada di rumah. Macam rumah mak saya, bersusun dulang dengan pelbagai corak.


Dulang macam di rumah mak saya ~ Sumber google


“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)

Tempohari diberi kesempatan makan berjemaah di sebuah restoran baru di permas. Restoran Dulang. Menu ala-ala arabic. Terima kasih banyak-banyak pada sahabat kami yang sudi belanja makan kat sini.

Pemilik blog Pelangi Itu Indah.

Buat masa sekarang, di awal pembukaan, Restoran Dulang menyajikan menu Nasi Arab, Nasi Beringin dan Nasi Beriani.


Menu makanan dan lauk.


Antara menu yang disedikan. Maaf andai tidak jelas.

Menu air ~ Kebanyakkan air jenis bersusu, berkrim ala-ala starbuck.


Dicadangkan andai datang berdua, pilihlah 1 portion sahaja sebab 1 portion membolehkan makan untuk 2 orang!

Kami makan berempat. Dan kami memilih portion hanya untuk 2 orang makan. Itu pun kenyang sangat-sangat.

Kami memilih Nasi Arab dan Nasi Beringin. Lauk pula, daging masak rendang hitam, ayam masak merah, acar sayur dan papadom.

Hidangan kami


Oleh kerana menu makanan sudah agak berat, kami memilih untuk hanya minum teh o ais limau sahaja. Perlu memilih eleman limau atau lemon untuk mencairkan lemak-lemak yang masuk.




1 cawan minuman boleh kongsi dua orang juga saya kira. Tapi, bagi mereka yang makan sulam air, mungkin minuman cukup-cukup.

Bagi kami, makanan sedap. Agak memuaskan. Pertama kali saya makan beringin ala-ala arab begini, terasa seakan berangin bila makan.

Daging masak rendang hitam memang sedap. Mabeles. Kiranya, menu itu yang kami kejarkan dulu. Ayam masak merah juga sedap tapi biasa-biasa sahaja.


Masa untuk bergambar


Sesuai dengan nama restoran, restoran ini makan di dalam dulang dan duduk bersila. Duduk serapat mungkin andai ramai. Ada disediakan sudu tapi lebih baik menggunakan tangan.



Sekitar restoran



Restoran Dulang

Block A, Permas Mall, 16G, Jalan Permas Utama,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor, Malaysia

Atau

Klik SINI untuk direction