Agak lewat dia check-up 6 bulan. Lewat sebulan. Nurse bagi tarikh, kami ikut je. Nurse cakap, takpe lewat pun tapi nanti dia tanya balik kenapa lewat ye tarikh appointment? Speechless..
Berat dia 7 bulan, 6.3 kg je. Nampak macam gebu bebenor kan? Tidak lah. Dia tetap baka comel.
Giginya tumbuh seawal 6 bulan setengah. Sudah ada dua batang di bawah. Terasa sakit bila digigit. Sudahlah dia suka menggigit. Nampak gaya macam nak tumbuh lagi gigi dia.
Sekarang dia sudah 7 bulan 2 minggu. Sudah semakin laju meniarap. Agak lasak. Semakin laju bergerak ke hadapan. Sudah mula angkat bontot dan mahu merangkak. Bersedia sajalah dari sekarang. Tau-tau laju je dia mengemop lantai rumah kan..
Bila ada anak lelaki, terasa perbezaan ketara antara anak perempuan dan lelaki. Anak lelaki memang lasak lain macam. Tenaganya kuat. Mandi pun boleh bergaduh. Aktif sangat-sangat.
Dia sudah laju mencapai barang. Semua benda mahu dicapainya dan masuk mulut. Pantang melihat orang makan, laju je dia datang. Bajet orang kesian tengok muka comel dia.
Sudah pandai berebut mainan dengan Kak Aisyah. Laju dia meluru bila nampak kakaknya pegang benda pelik-pelik. Remote astro dan handphone adalah benda yang paling suka dia kejar. Pantang nampak, menggelupur nak ambil. Merajuk sungguh-sungguh kalau orang lain ambil remote dari tangannya.
Check-up seterusnya bulan 5 nanti.
7 Ulasan
Semakin membesar potensi kakak kena buli makin menyerlah..
BalasPadamAnak dara Mar semakin sweetlah:)
sekejap je kan rasa dia dah besar...
BalasPadambetul sgt pengalaman ada sepasang anak..yg boy memang lasak..girl dia slow sikit tp tulah kuat memunggah.hehe
BalasPadamSokong!!!..Ammar pun..Alamak Oiii..Lasak...huhu
BalasPadamwaaa..dh ada gigi..fathia xde gigi lg nii...7 buln 6.5kg..nurse pot pet je bert xnaik2
BalasPadamDah bsr da baby ammar..x sedar
BalasPadamyes. lain mar girl and boy.
BalasPadamaida ada 2 girl. dpt 1 boy = melasak...
tapi ye la sesuai la kan boy melasak :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.