Assalamualaikum
Melihat perkembangannya saban hari, tidak pernah menjemukan. Dari celik matanya, pandai meniarap, menonggeng, mengengsot dan menjalar.
Dek cuaca panas dan bahang sekarang, dia kerap tidak berbaju bila di rumah. Rumah tidak berair-cond. Tapi, tangannya pandai mencabut pita pelekat diaper pula. Hep...terpaksa pakaikan seluar pendek.
Senyuman manis dia yang buat saya rindu selalu.
Momen yang best bila Kak Aisyah selalu mengalah dengan adiknya. Kakak sayang Adik kan..
Alif, tak padan kecil, sering berebut botol susu dengan Kak Aisyah. Berebut pinggan nasi dengan Kak Aisyah. Pendek kata, apa sahaja yang kakaknya pegang, dia pun mahu.
Bab berebut botol susu, bila dia melihat kakaknya minum susu, dia pun mahu. Sebab sudah haus, sudah tiba masa dia menyusu. Yang paling menyenangkan, dia pandai capai botol susu sendiri dan terus baring sambil menyua puting susu ke mulutnya. Pandai pegang botol susu sendiri. Pandai menolak susu bila sudah kenyang.
Semakin ligat menjalar di dalam rumah. Lantai rumah perlu sentiasa bersih, perlu dimop entah berapa kali bila berada di rumah. Perlu pastikan tiada barang bahaya yang dapat dia ambil.
Maka, keluarlah segala bantal untuk menghalang dia dari pergi ke tempat-tempat yang merbahaya. Lebih-lebih lagi di kawasan yang ada wayar.
Kami tidak mengajar dia naik walker pada awalnya. Tetapi, oleh sebab dia menjalar dengan laju hingga mahu ke bilik air sebentar pun hati tidak tenang, terpaksalah keluarkan walker lama Kak Aisyah.
Bercerita mengenai walker, pada awalnya mahu beli yang baru sebab en.suami kata walker tersebut ada patah depan sikit. Bila saya cari walker tersebut, eh elok je?? Saya hanya perlu lap bersih-bersih dan basuh tempat duduknya. Cantik lagi dan masih kukuh.
Dia suka sangat naik walker hingga dia pandai menuju sendiri ke walkernya. Kemudian, tarik-tarik walker seolah mahu naik sendiri. Sebolehmya, saya mahu limitkan penggunaan walker sebab dia sudah mula mahu merangkak. Tapi, pandai pula tuju sendiri ke walker!
Benarlah, anak lelaki, kudrat dan lasaknya 2 kali ganda anak perempuan. Baru baringkan di atas toto, seminit kemudian sudah ada di bawah meja jepun.
Port kegemaran sekarang, sambil tolak kerusi Kak Aisyah.
15 Ulasan
rasa macam cepat je dia membesar kan...sama je macam naura
BalasPadamHihi... kakak boleh ketawa sendiri bila baca entri ini.
BalasPadamSeronoknya kalaulah Alif berjiran dgn auntie mahu auntie culik selalu bawa ke rumah auntie:)
ehehe..mesti muka nakal masa bukak pmpers tu kan..
BalasPadamalolololo tomey2 dah besar je teruna sorg ni
BalasPadamdulu duk tgu je dia nak kuar
alma pn sy dh stat ltk dlm walker bila nak bt keje..dh pndi da bergerak2 sndiri..masa mula2 dlu sll abg yg tolak je hehe.. tp alma ni lain sikit dri abg dia..manja sungguh...ltk dlm walker pn nangis kdg2 tu..nk kena mama ddk sblh je selalu..xleh ilg lgsg...dia pnya jerit mcm kena dera
BalasPadamemm dah debab aliff ye..
BalasPadamanak lelaki mmg lasak
sama macam anak akak,
tak pernah nak duduk diam
ada saja kerjanya..
Hihihi.. dah semakin keletah alif ye mar..
BalasPadamMahu tak rindu.. wlpn kita gi kerjakan..
Port bawah meja tu..
Sama dgn nabil masa kecik dulu 😊
Tengah kuat melasaklah ni. Kalau tak mengutip kira dah nasib baiklah, Mar. Time macam ni memang nampak comel aje. Kalau takda depan mata, gila bayang dibuatnya dek terindu-rindukan anak!
BalasPadamComelnyer dak tecik ni..
BalasPadamHuhu..Ammar pun lebih kurang gini jgk...kiki
BalasPadamalahai comelnya....hyperaktif ni...=)
BalasPadamCptnya baby sis mmbsr..aktif btl ya kalah kkak aisyah
BalasPadamyes mar.
BalasPadamaida ada 2 girl. dpt boy sorang, alamak aii.
tak larat :)
aktif. tapi elok la boy aktif kan...
Rindunya bau anak waktu dorang kecik dulu.
BalasPadamtengah kuat melasak macam tu laa..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.