Alif Berkahak

By Mar Mansor - 9:00 PG


Macam-macam alternatif telah kami usahakan untuk menghilangkan batuk dan kahak Alif. Meskipun, dia tidak batuk, tapi kahak dia masih kedengaran. 


Hilang juga kahaknya dalam 2 minggu.


Juga kami bawa. Alhamdulillah, nampak berkesan.


Saya fikirkan Alif sudah bosan dengan susu formula sekarang. Saya cuba juga beri susu formula lain. Susu formula yang testimoni untuk bayi berkahak pulih.

Tapi, lain pula jadinya. Tak tahulah susu tersebut tidak sedap pada tekaknya. Hingga dia sanggup tahan dari minum susu melainkan betul-betul haus.

Hingga dia kurang menyusu. Bayangkan, dia hanya minum 2oz selama 2-3jam!



Habis 2 pek, saya kembali beri susu formula asal yang dia minum. Kebetulan, cuaca panas dan musim equinok, dia batuk-batuk kembali. Tapi, dia masih aktif. 

Terus berusaha mencari alternatif lain hingga terjumpa produk ini di fb. Banyak testimoni yang meyakinkan.


Asmakur antara ubat perubatan homeopati untuk melegakan batuk, lelah, selesema.
Diperbuat daripada beberapa jenis herba dan rempah rempahan, berkhasiat terhadap sistem pernafasan, melokah kahak, menghilangkan keradangan, meredakan batuk dan kerengsaan tekak, melonggarkan pernafasan dan kesesakan dada.


Sesuai untuk bayi 3 bulan ke atas.


Asmakur dikeluarkan oleh Era Edar yang diasaskan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail.




Psst : Baru perasan macam cerita tak habis..
Alhamdulillah berkesan pada Alif dan berkesan juga pada Kak Aisyah..







  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. alhamdulillah. hilang juga kahak alif..

    BalasPadam
  2. sbb byk kahak tu kot..tekak tak sedap mana nak selera minum susu..macam kita jugaklah bila sakit tak selera makan..

    harapnya Asmakur ni dpt selesaikan masalah alif

    BalasPadam
  3. InshaAllah Mar..
    Cuba lah makanan sunnah tu..
    Boleh lega kahak alif tu.. mana tahu kan..

    BalasPadam
  4. Kalo berjaya share dkt sini yer Mar..Ammar pun batuk & selesema jgk..Tp saya buat cara bawang putih bakar + olive oil + sikit jus lemon. .Alhamdulillah menjadi.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita macam tak habis pula..sori...
      asmakur berkesan pada Alif

      Padam
  5. alhamdulillah..serasi dgn aliff

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.