Roti Goreng Sosej Khas Untuk Ayah

By Mar Mansor - 8:50 PG

Hari ini..ye hari ni!

Kerajinan memasak yang membuak-buak gara-gara rasa teruja bila ayah sudi memenuhkan peti ais dengan sayur mayur dan lauk mentah lain. Juga sebantal roti keping bersaiz combo....T____T

Kerana tidak mahu membazir, ibu gagahkan diri bangun pagi-pagi untuk menyediakan sarapan untuk ayah hari ini. Sebelum roti 'expired', menjadi rezeki tong sampah dan kami mendapat dosa sebab melakukan pembaziran, ibu usahakan juga untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dimakan.


Roti Goreng Sosej.


Bahan-bahan :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya
1 kuning telur
Sos kegemaran anda


Cara-cara :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepinya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. 


4. Goreng hingga yakin masak.




Baki roti yang berjaya ibu kurangkan


Baki untuk ibu jamah sebelum ke tempat kerja..yum..yumm


Sebenarnya, ibu tak rajin nak ikut resepi tu bulat-bulat. Sebab tu hasilnya pun macam kurang cantekk (memang pun..T____T  ).


Selesai mengisi hasil tangan tadi ke dalam bekas makanan ayah, ibu letak bekal di atas meja kopi di ruang tamu. Ibu ke dapur semula untuk membersihkan dapur dan membasuh segala pekakas tadi. Dari dapur ibu dengar ayah makan bekal itu..krak..krukk...

Sedar-sedar, ayah sudah berada si belakang ibu.


"Yang...ada plastik kecik? Sedap....lain kali boleh buat lagi.."


Wah...hati berbunga-bunga riang. Tak sia-sia usaha nak bangun pepagi buta semata-mata untuk menyediakan sarapan pagi. Ya...ini satu usaha agar ibu dapat membiasakan diri di kemudian hari. Esok-esok bila anak sudah bertambah, takkan hari-hari asyik nak membeli saja. Lain lah gaji ibu ni  4, 5K sebulan. Huhuhuhu.. Bila satu hari nanti anak-anak sudah bersekolah, pasti ibu mahu menyediakan sarapan untuk anak-anak, mungkin menyediakan bekal untuk mereka juga.




Nota Kaki : Usaha tangga kejayaan..

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. follow balik...terima kasih.

    BTW terperasan td.... Happy Anniversary, semoga berkekalan selamanya amin.....

    BalasPadam
  2. baca entry nii terasa lapar pulokk xD

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.