Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cerpen ~ Kehilangan

Saat pintu rumah dibuka, aura kesunyian jelas menerpa. Rumah yang tiada seri lagi dimatanya. Dia berdiri di muka pintu, merenung segenap ruang yang mampu dilihat dari ruang pintu. Berkira-kira mahu masuk tetapi hati seakan berdolak dalih. Seakan ada batu berat menahan kakinya untuk melangkah. Hatinya dipagut sayu. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Airmata mulai menitik deras. Seakan orang sasau, berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas begitu lama.


Arghhh...hatinya menjerit. Pintu rumah ditutup kembali. Dikunci kemas. Pantas tangannya mencari kunci kereta di poket seluar. Buru-buru menghidupkan enjin, maka meluncurlah kereta Preve warna hijau tua itu meninggalkan perkarangan rumah. Meninggalkan kenangan dari dalam rumah buat seketika waktu.


Kereta dipandu tanpa hala tuju yang pasti. Kawalan kelajuan kereta dikawal agar tidak terlalu laju hingga hilang pertimbangan. Airmata yang mengalir disapu dengan tangan kirinya. Semakin disapu semakin laju pula airmatanye mengalir. Dia tidak mahu ingat lagi kenangan itu, tetapi apakah dia mampu untuk melupakan segalanya? Tidak mungkin dia akan lupa. Dia tidak akan lupa! Arghhh..dia menjerit sekuat hati.


Dia tersedar dari terus meraung hiba tatkala matanya melihat sebuah masjid yang tersergam megah dan indah di seberang jalan. Astaghfirullah.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui..

Dia mencari arah untuk membuat pusingan U. Dengan hati-hati dan penuh waspada. Memandu masuk ke perkarangan ruang tempat parkir kenderaan. Enjin kereta dimatikan tetapi dia masih duduk ditempat duduknye tidak berganjak. Melihat bulan sabit di atas kubah masjid...dan...


"Abang, mari solat sama-sama.."

"Hmmm..Ayang solat la dulu. Abang solat kejap lagi.."

Isteri dia berlalu meninggalkan dia sendirian di ruang tamu yang sedang asyik menonton televisyen. Sesekali dia menggaru rambutnya yang tidak gatal. Entah apa yang difikirkan.

"Abang, bila abang nak solat ni? Maghrib nak abis dah.."

"Hmm..abang nak mandi dulu.."


Arghhh...tiba-tiba dia mnghentak stereng kereta. Tanpa sedar dia terhentak bersama hon. Dia tersedar dari lamunan. Astaghfirullah... Dia meraup wajahnya yang basah dengan airmata.


Tok...tok... Tingkap cermin keretanya diketuk dari luar. Dia berpaling pada arah bunyi ketukan dan menurunkan cermin kereta.


"Encik tak de apa-apa?" Suara itu bertanya lembut.

"Maaf Cik..saya salah. Tidak sengaja.." Jelasnya seakan gugup.

"Kebetulan saya lalu sebelah kereta encik, tiba-tiba bunyi hon pula. Kalau encik OK, saya pergi dulu. Kejap lagi nak azan maghrib." Suara itu lagi dan empunya suara sudah pub melangkah pergi.


Dia seakan terkesima, matanya tidak berkelip melihat kelibat perempuan itu sehingga hilang dari pandangannya. Suara itu, wajah itu, lengguk itu, persis dia... Arghhh..batinnya menjerit lagi. Mungkin sekadar perasaanya sahaja. Terlalu rindu akan wajah itu hingga mengganggu emosinya sendiri. 

Azan sudah berkumandang. Dia bingkas keluar dari kereta dan bergegas ke tempat mengambil wuduk. Dia mahu solat berjemaah. Dia mahu meminta ampun. Dia mahu berdoa. 

Trimas En. Google

Dia melangkah ke dalam rumah. Seakan terasa kehadiran mereka. Seakan terdengar gelak tawa si kecil. Seakan terdengar suara isterinya bertanya padanya.

"Abang dah makan?" Soalan yang sama setiap kali dia pulang ke rumah.

Isterinya juga bekerja. Pulang dari tempat kerja terus mengambil puteri kesayangan mereka di rumah pengasuh dan terus pulang ke rumah. Terus menyediakan makanan untuk makan malam.

Dia yang masih berdiri tegak di tengah-tengah ruang tamu memejam kejap matanya. Air suam sudah mengalir di pipinya. Dia terduduk, mahu meraung tetapi batinnya menegah.

'Ingat Allah, ingat Tuhanmu. Segalanya adalah Qada' dan Qadar. Dia yang tentukan.'

Airmata terus mengalir, tidak mahu berhenti dan dia biarkan sahaja wajahnya basah dengan airmata. Tersedu-sedu. Hiba.



Jom layan lagu Kehilangan... Sedeyyy




Nota Kaki : Tak mampu nak teruskan cerita..seakan emosi menguasai diri..air mata mahu menitik sama..





Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code