Bersedekahlah Wahai Wanita

By Mar Mansor - 8:00 PG


Menyeru kepada sedekah adalah sunah. Rasulullah yang menjadi suri teladan buat kita semua turut menyeru para sahabatnya untuk bersedekah.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda: "Berinfaklah atau bersedekahlah dan janganlah kalian bakhil, kalau tidak, Allah akan bakhil terhadap kalian. Dan janganlah kalian menahan sebahagian harta kalian (tidak mahu berinfak), kalau tidak, Allah akan menyempitkan rezeki kalian." (HR Imam Ahmad).

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah juga pernah menyeru kepada para wanita agat bersedekah dengan bersabda, "Bersedekahlah kalian wahai kaum wanita, walaupun daripada perhiasan kalian, kerana kalian merupakan penghuni neraka yang paling ramai".

Lalu seorang wanita bertanya, "Mengapakah demikian wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kerana kalian banyak mencela dan tidak menghargai kebaikan suami". (HR Imam Ahmad).





  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. Salam Jumaat Mar dan terima kasih di atas peringatan ini...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah skrg tgh konsisten sedekah tabung subuh.

    BalasPadam
  3. Terima kasih mengingatkan...^_^

    BalasPadam
  4. Kakak pernah menerima sedekah utk satu majlis amal dari seorang wanita pertengahan umur rantai tangan Mar. Terperanjat kakak!
    Susah nak cari yg istiqamah macam itu kan..

    BalasPadam
  5. betul tu.. kerana perempuan paling ramai masuk neraka tapi golongan yang paling senang ke syurga juga. moga dengan sedekah yang ikhlas dapat membantu kita semua..
    maaari bersedekah pada hari junaat mulia ini :)

    BalasPadam
  6. InsyaAllah akan buat yang terbaik dan istiqamah

    BalasPadam
  7. betul. besedekah lah walau pun sikit. salam jumaaat sis :)

    BalasPadam
  8. Salam jumaat sis..

    BalasPadam
  9. Insyallah sama2 kita membuat kebajikan/derma tuk saham akhirat nti

    BalasPadam
  10. sedekah ni bagaikan saham akhirat..tak kan miskin kita kalau bersedekah..

    BalasPadam
  11. bersedekah tak akn memiskin kan seseorang...

    BalasPadam
  12. singgah blogwalking di sini..

    terima kasih atas peringatan itu..tersentak sekejap..

    BalasPadam
  13. Trims ksh info dan pringtnnya sis...

    BalasPadam
  14. trima kaseh kak mar share ni. moga kita tambah rajin bersedekah :)

    BalasPadam
  15. huhu..
    peringatan bersama :)
    thanks ibu

    BalasPadam
  16. Peringatan yg baik utk renungan semua...

    BalasPadam
  17. terbaik ingatan ni
    maklumlah kadang tu lupa =)

    BalasPadam
  18. Jawapan kepada pertanyaan oleh Baginda Rasulullah SAW tu yang mengerikan. Memangnya kita ni senang betul nak 'booking' tempat di neraka.

    BalasPadam
  19. Peringatan untuk kita semua.
    Semoga kita dapat melakukan amal sebelum terlambat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.