Menyeru kepada sedekah adalah sunah. Rasulullah yang menjadi suri teladan buat kita semua turut menyeru para sahabatnya untuk bersedekah.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda: "Berinfaklah atau bersedekahlah dan janganlah kalian bakhil, kalau tidak, Allah akan bakhil terhadap kalian. Dan janganlah kalian menahan sebahagian harta kalian (tidak mahu berinfak), kalau tidak, Allah akan menyempitkan rezeki kalian." (HR Imam Ahmad).

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah juga pernah menyeru kepada para wanita agat bersedekah dengan bersabda, "Bersedekahlah kalian wahai kaum wanita, walaupun daripada perhiasan kalian, kerana kalian merupakan penghuni neraka yang paling ramai".

Lalu seorang wanita bertanya, "Mengapakah demikian wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kerana kalian banyak mencela dan tidak menghargai kebaikan suami". (HR Imam Ahmad).