Aisyah Humaira

Meraung Sakit Telinga

12:00 PTG


Pagi masih muda, jam belum menunjukkan 7 pagi. Kesempatan yang baik untuk mengemas dapur. Dari dapur, sayup-sayup kedengaran suara Aisyah merengek, mengaduh kesakitan. Terus bergegas ke bilik mendapatkannya.


"Ibu, sakit ibu.." Sambil menekup telinga kirinya.

"Eh, kenapa? Sakit telinga ke?"


Jari kecil itu terus menunjuk ke dalam lubang telinganya. Mata masih pejam dan mulut kecil itu tidak penat memanggil ibu..ibu..ibu.. Aisyah terus menangis dan merengek tidak henti. Badan ibu dipeluk kejap. Terus menangis. Ayah mampir bertanyakan soalan yang sama, "sakit kat mana". Pantas Aisyah menuding ke telinga kiri. Sah. Sakit bahagian telinga.

Pada kiraan, mungkin telinganya terlipat sewaktu nyenyak tidur. Tapi, tidak merah. Aisyah terus menangis teresak-esak. Hingga satu jam lamanya. Dalam situasi tidak keruan, sempat menyiapkan bakul susu dan beg pakaian yang berisi lampin pakai buang dan sehelai baju lengkap.

Jam menunjukkan 8.10 pagi ketika kami bergegas ke KK Majidi. Perjalanan selama 15 minit terasa sekejap. Aisyah kejap-kejap tidur. Kejap-kejap merengek. Saat melangkah ke KK Majidi, Aisyah sudah tidak keruan.

"Tak nak ibu..."


Demi rawatan dan kerisauan yang berganda, pasti saja kami tidak menuruti permintaan Aisyah. Sesi menunggu, ke bilik itu, ke bilik ini, ambil darah, menunggu keputusan sampel darah, masuk kembali berjumpa doktor, semuanya merisaukan hati. Ditambah pula dengan keadaan Aisyah yang menangis, melalak, meraung dan merengek sepanjang pemeriksaan. Sesekali saja dia terlelap.

Sesi terakhir, doktor minta ibu tinggalkan Aisyah di luar bersama ayah dan ibu pula perlu mendengar arahan doktor. Lama juga, dalam 10 minit. Melangkah keluar dari bilik rawatan, kelihatan Aisyah sudah tidur di pangkuan ayah. Ambil ubat pula. Akhirnya, kami melangkah keluar dalam jam 10.45 pagi bersalam secalit kelegaan.

Aisyah terus tidur dan ibu angkat dan pangku sewaktu kami makan di sebuah warung. Perut sudah menyanyi, minta segera di isi.


"Aisyah nak makan?"

Aisyah menggeleng lemah. Matanya terus merenung bumbung kedai. Lama kelamaan dia tertidur di pangkuan ibu. Pulas. Ibu makan laksa johor bersama teh tarik hingga habis. Sesekali melihat wajah suci itu tidur tidak bergerak. Masih di riba ibu.

Aisyah terus tidur walaupun dipindahkan ke tilam. Melihat dia tidur dengan begitu lena, sedikit kelegaan berputik di dalam hati. Tapi, bila dia tidur terlalu lama, menerbitkan kerisauan pula. Sesekali ibu menjenguknya. Masih tidur. Hinggalah jam 3.30 petang, dia bangun.

Sihat. Alhamdulillah. Tapi, badannya sedikit dedar mungkin terkejut kerana dicucuk untuk mendapatkan sampel darah.



Malam tadi, dalam keenakan tidur, ibu terkejut dek kerana kejutan tiba-tiba dari Aisyah. Badannya panas! Terus berikan ubat demam. Badannya ibu lap hingga suhu turun. Aisyah pun diam saja walaupun demam. Bila suhu turun, ibu lelapkan mata di sebelah Aisyah. Aisyah kacau ibu pula sambil tersengih-sengih. Tau la dah puas tidur siang tadi.

Ibu usap kepalanya lembut. Dedar sahaja. Sapu tangan basah masih di kepalanya. Tidak tanggal. Aisyah mengikut setiap arahan ibu. Ibu tidur-tidur ayam. Aisyah masih terkebil-kebil, tidak mahu tidur. Ibu biarkan sahaja. Entah jam berapa, dia tertidur hingga ke pagi.



*     *     *     *     *     *


Dari cerita pengasuh, Aisyah bermain cotton bud dan mengorek telinganya sendiri tanpa dia ketahui. Hanya dilihat oleh seorang lagi anak asuhan yang berusia hampir 4 tahun. Pengasuh cuma sedar, apabila kelihatan cotton bud sudah berterabur. 

Setiap manusia ada membuat kesilapan. Sedangkan kita ibu bapa juga sering terlepas pandang akan anak-anak, ini kan pula di bawah pengawasan orang lain. Tinggal sebentar ke bilik air, berjuta kerja yang kanak-kanak telah fikirkan.

Malang tidak berbau dan setiap kejadiana ada hikmahnya. Tiada istilah menuding jari. Walau sebaik mana kita menjaga apa jua yang kita sayangi, jika sudah ditakdirkan kejadian itu berlaku, maka akan berlaku juga.



Nota Kaki : Dah nama pun anak, amanah dariNya..kewajipan kita untuk menjaga, membesar dan mendidik mereka.





Produk Bumiputera

Mi Siput Sedap Dari Muar

8:00 PG



Weeeewwwww...mi siput! Memang sedap! Zaman sekolah dulu suka beli. Masa tu baru 20 sen. Tahun bersilih ganti hinggalah saya besar dan sudah bekerja, macam susah pula nak dapat yang rangup dan lembut. Pernah makan ketika bertandang ke rumah abang sepupu di BBU, mak oih sedapnya. Dia kirim dengan rakannya yang pulang ke kampung di Muar.

2 minggu lepas ada dapat 2 keping yang sudah bergoreng dari seorang rakan. Kakaknya bawa dari Muar. Krak kruk krak kruk....licin.

Oleh kerana kakaknya duduk di Muar, haruslah dia tahu keluaran apa yang sedap, murah dan berbaloi beli. Cuti CNY tempohari, saya kirim yang kering 2 bungkus. Sebungkus ada 20 keping.

Inilah dia. Ada 20 keping.



Saya goreng 10 keping je. Rangup. Tak keras.



Inilah keluaran yang kakak rakan saya belikan.




Kehidupan

Peniaga Sila Fokus

8:00 PG


Warga yang duduk di Taman Rinting, Masai mesti selalu pergi pasar malam pasar rinting kan? Yang beroperasi setiap petang Isnin hingga ke malam. Saya selalu juga pergi, sekadar beli makanan untuk juadah makan malam. Malas masak kaedahnya.

Isnin lalu, seperti biasa ke pasar malam tersebut seperti sebelum-sebelum ni. Boleh pula tergerak nak beli sate. Sate Tok Aki. Macam sedap sangat je, lebih-lebih lagi aroma sate berterbangan pabila peniaga membakarnya. Perghh...mencucuk-cucuk hidung. Menggoda nafsu.

Saya segera order, "Dik, daging 20, ayam 5 ye". Sewaktu ini, tidak kelihatan pelanggan lain selain saya.

"Ok kak, kejap ye."

Datang pula seorang pelanggan.

"Bagi saya 5-5"

"Ok kak, kejap ye"

Datang seorang lagi, pelanggan dari kuala mungkin.

"Daging 10, ayam 10"

"Ok, kejap ye"


Dia sedang kusyuk mengira sate pelanggan yang telah menempah lebih awal. Sangkaan saya tidak perlu menunggu terlalu lama sebab tidak kelihatan pelanggan lain selain kami. Saya dan 2 orang pelanggan tadi sahaja lagi. Kami tercongok di depannya menanti tempahan kami.

Tidak lama selepas itu, pelanggan semakin ramai. Ada yang menempah sahaja, dan akan ambil tempahan kemudian. Saya yang berada di hadapannya, di tanya lagi. "Akak dah order" Saya angguk dan jawab ye. Siap selak buku kecil dia tu.

"Akak order apa ye tadi?"

"Daging 20, ayam 5"

"Oh..ok..ok..sekejap ye"


Pelanggan yang datang semakin bertambah. Tempahan bertambah. Saya perhatikan saja, menanti tempahan saya. Dari berdiri di hadapannya, saya berganjak ke tepi pula sebab mahu memberikan tuala kepada Aisyah.


"Akak dah order?"

"Dah. Yang daging 20, ayam 5 tadi"


Saya masih bersabar. Pelanggan yang datang kemudian pun boleh dapat dahulu. Masa ni saya dah fikir untuk tinggalkan saja gerai tersebut. Tetapi, dek kerana Aisyah menyebut mahu ayam, saya masih berdiri tegak di situ.

Bila pelanggan lain yang datang lebih lambat dari kami sudah dapat tempahan mereka, saya sudah mula bengang. Dua orang pelanggan yang saing saya tadi pun sudah mula bengang.

Pelanggan yang menempah 5-5 tadi bertanya, "Dik, 5-5"

"Akak dah order?"

"Dah lama"


En.suami mula naik angin. Dia mencuit saya dan berbisik kepada saya "Lambatnya??"


Selamba saja saya bertanya kepada peniaga tersebut dengan suara agak keras " Yang daging 20, ayam 5 tak siap-siap ke dari tadi?"

Wah...terus dapat!! Yang menghairankan saya tercongok depan dia menunggu tempahan boleh ditanya berulang-ulang kali. Padahal saya lihat dia ada tulis tempahan pelanggannya. Siap selak-selak buku kecil tu. Selak untuk apa entah. Pelanggan yang order kemudian dari saya pun boleh dapat lebih awal dari saya. Mana saya tak marah.

Itu nasib saya. Nasib pelanggan kuala tu pula entah macamana. Dia semakin kebelakang- kebelakang. Terus terang saya katakan, ini adalah kali pertama dan terakhir saya beli sate di situ.


Pinjam dari Google ~
Buat pengetahuan semua, sate tok aki tu tidak lah meletopp sangat, lebih baik sate di hadapan Klinik Rabbisyafina tu. Serius! Jauh lebih sedap.




Nota Kaki : Kalau mahu berniaga, janganlah dahulukan orang yang korang kenali dahulu, ikutlah turutan tempahan. Cam setiap pelanggan anda. Takkan lah tak cam. Kata peniaga!









Makan Gaji

Untung Sabut, Timbul

9:00 PG


Hairan tak dengan blog ni? Tenggelam timbul. Itulah, sejak dua menjak ni memang agak malas menaip entri. Pegang tab pun malas. Ada masa terluang, blogwalking je. Itu pun jarang.

Kalau sebelum ni agak rajin draft entri, publish setiap hari. Tapi, sekarang mood berblog seakan terbang. Ada idea tapi malas menaip. Ada aktiviti, tapi malas snap gambar. Ada ilmu mahu dikongsikan tapi malas mahu merungkainya.

Hari ini, bekerja seperti biasa setelah cuti selama 5 hari sempena CNY. Boring dohh kerja. Tapi, demi kelangsungan hidup, layannnn..

Hari ini juga saya mula memakai uniform baru. Padahal effective 25 February. Excited kemain. Lambat pula rasanya nak tunggu 25 haribulan tu. Ala, ada pula kesah. Ini pun entah berapa lama je dapat pakai, sebelum mula 'mengembang'. Petanda uniform lama dah boleh lipat, simpan dalam kotak. Jimat space dalam almari.




Nota Kaki : Bestnya tidooo..

Cenderahati

Cenderahati #11

8:00 PG



Terima kasih kepada blogger itu yang menunaikan janji. Sudah terima cuma ni sempat update.
Belum habis baca, baru je beberapa muka surat, tapi jalan cerita nampak menarik.




Lipstick ala-ala crayon dari opzzpinky. Siapa sangka saya merupakan pemenang GA yang dia anjurkan.
Saya pilih no.4.
Sudah cuba sapukan di bibir sekali, terangnya warna!! memang water proof ni.




Salah seorang pemenang GA azhafizah, dapat sample sabun.
Poskad dari hanisamanina.
Keychain Langkawi dari Miss Yana.



Terima kasih ye atas hadiah-hadiah ini. Semuanya buat saya tersenyum.




Nota Kaki : Masuk bulan Februari, kurang join Segmen dan Giveaway..



Cuti

Nikmat Cuti

8:00 PG



Kali ni cuti lama sempena CNY. Dari hari Rabu hingga Ahad. Syok juga cuti lama ni. Hari-hari kalau hari bekerja pasti kerap menghitung hari. Hari paling bahagia adalah hari Sabtu dan Ahad.

Tapi, cuti kali ni kenikmatan kurang sedikit sebab no advance salary dan bonus. Kalau lah ada, lagi meriah cuti. Menumpang bonus en.suami sajalah. Ada juga rezeki.

Ikutkan hati nak je balik kampung, tapi apakan daya. Maka, bermalamlah kami di Majidi.


Pinjam dari Google






Me

Comfort Shoes Vsoft

8:00 PG


Cuci-cuci mata di vsoftshoe.com, memang banyak sandal comfort yang berkenan di hati. Ditambah pula ada sales, teruja nak beli. Design pun cantik-cantik.

Tapi sayangnya saiz 5 banyak yang sold out. Kaki comel, tak boleh pakai sandal sembarangan. Skodeng punya skodeng, akhirnya, ada juga yang berkenan di hati. Bila dah beli, memang tak sabar lah tunggu abang posmen hantar kan.

Bila barang dah sampai, semakin bertambah lah keterujaan. Tapi, saiz yang dihantar tidak sama. Saiz 6. Alahaiii... kempunan. Kempunan nak pakai sandal baru. Dalam kempunan tu, niat di hati mahu return back, sebab segala postage charge akan ditanggung pihak mereka. 

Penjelasan pihak mereka, kebiasaannya saiz lebih kecil dari saiz sebenar, bermakna jika pelanggan tempah saiz 5, mereka akan beri saiz 6, jika pelanggan tempah saiz 6, akan diberi saiz 7. Walaupun penjelasan agak tidak masuk akal pada saya, tapi saya boleh terima sebab mereka mengakui akan kesilapan mereka dan boleh refund.

Pilihan saya setelah seharian berfikir, malas return back. Saya hadiahkan kepada emak saya. Mujur sedang-sedang bila disarungkan ke kaki emak.


Inilah dia comfort shoes tu. Saiz 6. Berbeza dengan sandal Nautifit bersaiz 5.



Nak cuci mata??
Meh ke vsoftshoe.com.






Aisyah Humaira

Ibu vs Emak

8:00 PG


Perbualan ringkas antara saya dan Cik Aisyah semalam. Seronok berbual dengan dia sekarang ni. Sudah pandai menyusun kata.


Cik Aisyah : Nak umah mak..

Ibu : Ha? Rumah mak? Nape?

Cik Aisyah : Nak umah mak..

Ibu : Ala..dengan ibu la.. Ibu kan ada.

Cik Aisyah : Tak nak.

Ibu : Nape?

Cik Aisyah : Umah mak.. ada kawan. Ada kakak, ada abang.



Begitulah Cik Aisyah. Cuti dua hari bersamanya sudah cukup buat dia teringat maknya. Tapi, kalau cuti panjang, kami pulang ke kampung, dia tidak berapa ingat emaknya sebab ada atuk dan nenek melayan.

Lagi satu penyakit, mesti bawa dia jalan-jalan naik kereta atuk bila di kampung.







Aktiviti

Air Kelapa Muda

8:00 PG



Air kelapa muda memang sedap diminum dalam cuaca terik. Tambah gula dan ais. Memang sedap. Lagi sedap kalau jenis kelapa muda warna hijau. Itu memang takde tandingan rasanya. Tapi, sebab takde yang hijau, apa-apa pun boleh je. Rezeki berjasa kepada tanah.

Tanah rumah felda, adalah sikit. Abah dan emak tanam macam-macam untuk kegunaan harian dan untuk anak cucunya. Tiap kali pulang ke kampung, kami akan menjengah keliling rumah cari buah apa yang ada.

Rambutan gula batu, rambutan gading, durian, manggis, rambai, laici afrika dan pisang adalah antara yang ada. Berbuah mengikut musim. Ada juga ubi kayu tapi selalu kena sondol dengan babi hutan.

Ramai yang suka rambutan gula batu. Dulu, buahnya besar-besar. Saya selalu bawa ke tempat kerja dan agihkan kepada kawan-kawan. Tapi, sekarang buahnya semakin mengecil pula. Pokoknya sudah semakin tua kot.

Tak pernah jual. Makan jela, siapa-siapa yang mahu. Buat apa nak berkira sangat.

Bila semua berkumpul, macam-macam aktiviti kami lakukan. Itu, en.suami belajar mengait buah kelapa. Nak minta dia kait buah kelapa sawit, pokok dah ditebang pula. Saja je nak dengki kan orang bandar ni sikit.
.

Sesi menuang air kelapa ke dalam jug.



Budak bandar jumpa tanah memang suka la tapi bila kena hurung dengan nyamuk, lari masuk rumah.


Inilah kepala muda!




umobile

Rajin Sangat Call

10:01 PG


Caller Umobile : Puan, saya nak tanya bil umobile dah bayar?

Saya : Ohhh..saya malas lah nak bayar. Coverage dah la tak cantik.

Caller Umobile : Ha, apa puan??

Saya : Kalau saya rasa nak bayar nanti saya bayar. Tak payah la susah-susah telefon. Kacau orang kerja je.



Lantak la siapa yang malang sangat call saya arini untuk ingatkan saya tentang payment. Coverage memang sendu. Menyampah nak guna. paling-paling kuat pun suami saya guna nak tengok Naruto Shippuden.

Kalau line berdezup, laju, best memang saya bayar on time. Tak perlu susah-susah untuk ingatkan.

Tapi oleh kerana hampeh je, memang malas rasa nak bayar.




Nota Kaki : Samalah dengan Astrokk.. surat bil tu pun nak cas RM5.



Luahan Hati

PadaMu Kami Berserah

8:00 PG




Tiada apa yang saya pinta dalam kehidupan seharian ini, hanya dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat. Walaupun ada kalanya terasa perit untuk dilalui hingga termenung di hamparan sejadah, fizikal dan mental harus terus kuat. Jalan yang berduri harus dilalui jua. Hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segalanya.

Entah sampai bila akan mampu bertahan, sendiri tidak tahu..
Entah sampai bila akan terus menerima, sendiri tidak tahu..
Keikhlasan perlu terus kekal..
Keredhaan perlu terus tersemat..



Nota Kaki : Masih mengharap bonus + increament..sob2..






Kehidupan

Bukan Kisah Tong Sampah Semata-mata

8:00 PG


Tong sampah SWM telah diberikan satu untuk sebuah rumah. Sampah pula akan dikutip dua kali seminggu. Takkan tong sampah yang besar tu tak muat, melainkan barang-barang dalam rumah yang tidak digunakan turut dibuang sama.

Itu hal lain. Tak kan pemalas sangat nak fikir macamana nak buang sampah sarap seperti itu. Kalau kami, kami angkut je barang yang tak digunakan tu dan buang ke tong besar yang disediakan di hadapan kedai-kedai. Tak kan nak longgok depan rumah pula kan.

Berbalik kepada kisah tong sampah SWM, boleh klik SINI untuk cerita lalu. Kami ambil sendiri tong sampah tersebut demi kegunaan harian. Penting!

Sejak kami ada tong sampah tu, saya hairan bila ada orang lain yang tak malu buang sampah dalam tong sampah kami tu. Mula-mula memang saya tidak kisah, kejiranan juga kan. Jiran saya sendiri pun kalau mahu tumpang buang di tong sampah SWM tersebut akan minta izin dari kami. Positifkan diri dan ikhlaskan hati. Takpe, setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.

Bermula dari bungkusan McD yang dibuang begitu sahaja. Kemudian, ada pula bungkusan polistrin makanan yang tidak berikat. Selamba je buang macam tu je. Ingat tong sampah kami tu takde harga diri ke? Ikat lah kemas-kemas sikit. Cisss.. Ada juga yang lain-lain tapi malaslah cerita, positif.

Paling menyakitkan hati kami, kad jemputan jiran depan rumah kami sempena majlis aqiqah putera pertama mereka yang bakal berlangsung minggu depan di buang ke tong sampah kami! Kalau jiran kami tu nampak macamana? Tidak semena-mena dia ingat kami sengaja buang kad jemputan mereka tu.

Kalau pun tak suka dengan jemputan tersebut, tak sudi nak pergi pun, eh buanglah dalam tong sampah sendiri. Apa kena mengena dengan kami ni??

Ada cerita lain juga. Berlaku beberapa bulan lalu. Ada kalanya kami pelik, tiap kali pulang dari kerja kami dapati car porch kami ada saja sampah seperti plastik aiskrim, plastik jajan. Ada pernah tu penuh dengan daun kering dari pokok yang di tanam di hadapan rumah. Tapi, pokok di hadapan rumah kami telah ditebang! Depan rumah jiran hadapan kami pun sudah ditebang.

Walaupun pelik, kami tidak berkata bukan-bukan. Masih dikurniakan kudrat untuk membersihkan halaman. Bila hari cuti, kami ada di rumah tidak pula ada sampah sarap sebegitu. Daun kering pun adalah selai dua yang tersesat di tiup angin. Emm,,

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat



Pinjam dari Google








Komplen

Berniagalah Dengan Jujur

8:00 PG



Buka facebook, macam-macam barang jualan yang peniaga iklankan. Memang berlambak, tinggal pilih je. Sebagai pelanggan, kita pasti mahukan harga yang murah dan dalam masa yang sama, kualiti terjaga.

Memang teruja melihat iklan jualan yang murah-murah, promosi katanya. Siapa yang tidak mahu kan? Model yang mengenakan tudung tersebut pun nampak berseri-seri je. Bertambahlah minat mahu membeli. Memang nafsu kuat sungguh, melihat barang yang cantik dan murah ni.

Kalau setakat murah tapi kualiti tak terjaga, tak guna juga. Pelanggan akan cop anda seorang peniaga yang tidak ikhlas! Jual barang dagangan yang tidak berkualiti, yang tidak layak untuk dijual.

Inilah risiko shopping online, material tidak kelihatan di depan mata hanya berpandukan gambar yang dihantar melalui whatAps dan diupload di facebook.


Ini adalah contoh ~ Lihatlah tudung senget!

Tudung ini dijual dengan harga RM34/ 3 helai. Postage RM6.
Total = RM40.
Helaian pertama = Senget seperti dalam gambar. Jahitan di bahagian kepala tidak kemas, berkedut.
Helaian Kedua = Jahit tepi tidak kena pada hujung kain. Seolah digigit tikus apabila kain kian tertarik-tarik.
Helaian Ketiga = Jahit tepi bahagian kepala tidak kena menyebabkan bahagian atas nampak tidak kemas.


Wahai peniaga, berniagalah dengan jujur. Jangan fikir keuntungan semata-mata. Sedangkan barang yang anda jual kualiti ke laut. Pastikan barang dagangan anda dalam keadaan yang baik, seperti yang anda paparkan.

Kalau pelanggan tidak halalkan, makanlah korang duit haram. Mana tidaknya, pelanggan beli dengan wang. Harga barang dan harga postage. Kalau mahu perniagaan  maju, jangan lakukan dengan cara mudah sebegini. Hasil jahitan tidak cantik, rosak, salah potong tapi anda tetap menjualnya dengan harga murah. Ini dikira menipu pelanggan.



Inilah gambar model yang menambat hati kami.


Ini pula pilihan yang ada. Saya memilih no. 13 (gambar tudung senget di atas).



Kawan saya yang deal dengan peniaga ada menyatakan ketidakpuashatian kami. Dia minta kami pos semula tetapi postage tidak ditanggung. Haihhhh... Memang tak kuasa nak mengepos kalau rupa gini.

Akhirnya, saya tawar hati. Pakai juga tudung tu walaupun senget dengan perasaan marah. Saya cuba untuk ikhlaskan hati sebab saya sudah pakai. Pakai sebab saya sudah beli! Kalau ikutkan hati memang saya marah dengan peniaga macam ni. Jual barang asal boleh je. Tak jaga kualiti langsung! 




Nota Kaki : Saya bekerja di QA/QC department. Harap maklum...







Layan Lagu

Sakit Di Sini

8:00 PG




Sebenarnya nak bagitau yang saya tengah syok dengar lagu ni ulang-ulang. Lagu dangdut kot. Ahaksss...

Lagu ni sedih tapi versi rancak. Video klip pon menarik. View more than 2M. Ko hado..huhu..


===================================


Tergerak hati nak cari lagu ni dia youtube sebab selalu dengar Cik Aisyah nnyanyi sorang-sorang..

"Sakit di sini..sakit di sini.."

Rupa-rupanya inilah lagu yang Cik Aisyah sering nyanyikan. Sakitnya tuh di sini. Tak pasal-pasal saya pun terjebak nak berdangdut. Tapi, cuma suka-suka ye sebab pada saya iramanya unik.







Islam Agamaku

Ilmuan Islam

8:00 PG


Gelaran ini adalah bagi ilmuan dalam pelbagai bidang pengkhususan, mengikut tradisi keilmuan Islam:


  • Faqih atau fuqaha - Ilmuan dalam bidang fikah (syariah).
  • Alim atau ulama - Ilmuan dalam bidang akidah, tauhid atau ilmu kalam (usuluddin).
  • Adib atau udaba' - Ilmuan dalam bidang bahasa dan sastera.
  • Hakim atau hukama - Ilmuan dalam bidang sains (saintis).
  • Failasuf atau falasifah - Ilmuan dalam bidang falsafah
  • Qari atau qurra' - Ilmuan dalam bidang pengajian al-Quran (hafaz al-Quran).
  • Hafiz atau huffaz - Ilmuan dalam bidang pengajian hadis (hafaz hadis).







Food Review

Pau Roslan Pilihan Ramai

8:00 PG


Pau memang sedap, lebih lagi yang gebu gebas. Zaman kecik-kecik dulu, mak memang rajin buat pau inti kelapa dan kacang. Tapi, saya suka inti kacang, adik beradik lain pun sama. Masa ni tahunya dua jenis inti ini sahaja.

Sekarang, di mana-mana ada jual pau. Besar-besar pula tu. Inti pelbagai. Kari daging, ayam, perasa sate, rendang. Perghhh memang sedap. Tapi seketul tu harga boleh tahan, murah lagi nasi lemak sebungkus, RM1.50. Saya pernah bedal sampai 2 ketul saiz besar di RnR, pau inti rendang. Entah lah tiba-tiba rasa sedap sungguh.

Nak lagi mudah dan menjimatkan, stanby di rumah stok pau frozen. Kukus selama 10 minit. Kemudian, sudah boleh ngap, masuk mulut. Boleh gunakan microwave tapi untuk lebih sedap, kukus lebih baik.


Ini saiz mini, sekali kukus 8 ketul ~ En.suami ngap je dah 5 ketul.


Pastikan produk melayu ye. Pau Roslan, memang tidak asing lagi. Terjamin kebersihannya dan halal. Ada pilihan saiz. Harga, memang berpatutan.

Saiz biasa 6 ketul sepeket. Manakala saiz mini, 20 ketul sepeket.


Pilihan saya, inti sate. Sedap!!!


Pau Roslan
Alamat : 43, Jalan Kenangan, Kampung Malayu Majidee, Johor Bahru
Map: http://goo.gl/maps/IJ69G
GPS: 1.504288,103.750231
Waktu Operasi : 8:00am to 5:00pm









Me

Silent Mode

8:00 PG







Nota Kaki : Mood berblogging ke laut. Harap maklum..





Me

Pabila Nikmat Makan Ditarik Seketika

8:00 PG


Sejak 2 menjak ni, selera makan hilang. Bau nasi putih yang ditanak dah membuatkan saya lari masuk bilik siap tutup hidung dengan kain tuala. Belum lagi, bab memasak lauk di dapur. Adakalanya, saya cergas menyediakan juadah. Tapi, saya tak lalu nak makan.

Adakalanya saya giler-giler malas, hingga rasa bersalah. Tapi, saya tidak sengaja begitu. Seolah, tidak memahami pula. Bau makanan pun adakalanya buat saya tidak rasa selesa.

Tidaklah terus muntah cuma rasa tekak mual-mual dan rasa hilang mood. Kalau boleh, saya mahu terperuk je di rumah tanpa lakukan apa-apa. Kalaulah boleh. Huihui.

Saat paling bahagia bila berada di kampung halaman. Rasa bebas, rasa nyaman, rasa malas nak gerak balik JB!

Tapi, saya bekerja. Kehidupan harus diteruskan. Saya tidak pinta untuk dihantar dan dijemput dari tempat kerja. Malah, menghantar anak ke rumah pengasuh juga saya tidak pernah bersungut.

Cuma, bila di rumah, saya terus jadi malas. Kenapakah?? Mungkin kerana tenaga saya sudah hampir habis kerana dari pagi hingga petang saya di tempat kerja. Bila pulang dari kerja, tenaga perlu dicas semula. Tu yang terbaring je. Bukan malas, bukan. Tolonglah faham.

Makan pun sikit-sikit je. Kalau KFC tu macam sedap je kan, bila lapar mau saja, tak boleh tolak. Lagi-lagi KFC Golden Egg, yang baru ni. Eh, sedap di tekak saya.

Tapi, beringat itu lebih baik dari terus terpengaruh dengan nafsu. Hari-hari mau telan KFC, ada pula isi minyak kereta dengan air. Eh, harga RON95 dah turun. Takpe, duit yang ada tu simpan untuk masa depan. Sangat....


Bila tak lalu telan nasi dan seangkatannya, ini saja yang mampu ditelan.









Giveaway

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

2:00 PTG


 banneropzz
Klik banner untuk join sebelum 7 Februari 2015



Diberi pula pilih warna mana yang berkenan. Mata saya nampak warna yang terang je.
Saya pilih no.4 ye.






Aisyah Humaira

Training Pant dari Bongbong

8:00 PG


Sebelum ini saya ada mengeluarkan entri mengenai training pant comel kan. Memang teruja nak beli tapi kecewa sebab out of stock! Tertanya-tanya juga, kat mana boleh dapat yang murah-murah lagi.


Klik untuk lebih jelas


Dengan bantuan Suhailah Hamid, saya berjaya membeli 3 helai training pants untuk Aisyah. Comel-comel juga designnya, cuma untuk saiz XL agak limited. Grab saja apa yang ada. Harga memang reasonable.


Klik untuk lebih jelas


Klik untuk lebih jelas


Tengoklah, saiz XL out of stock. Memang saiz XL sesuai untuk baby yang perlu ditraining kot. Mujur sempat beli 3 helai 2 minggu lepas.

Servis mereka memang tip top. Mereka reply whatAps dengan pantas. Seperti biasa, selepas membuat pembayaran, pengesahan dan update alamat, mereka update tracking number pos laju dan barang sedia untuk dipos.

Terkejut juga sebab barang sampai sehari selepas tempahan! Selesai pembayaran pada 15 Januari (dasar tak menyabor, padahal up entri date ni juga), keesokannya saya received barang. Almaklum lah di Johor, hari jumaat kan kerajaan cuti. Saya ingatkan barang akan dapat pada hari isnin.

Training pants yang saya terima sama saja dengan paparan gambar dalam blog mereka. Saya memilih design bug sehelai dan sheep 2 helai. Itu sahaja yang ada sewaktu saya ingin menempah.

Sudah praktikkan juga pada Cik Aisyah. Memang ngam dan bagus juga ada training pant begini. Kalau seluar kecik biasa memang tercicir selalu. Heh!


Bongbong idea menjual pelbagai jenis barangan bayi. Pelbagai barangan lain turut dijual di sini. Semuanya limited. Siapa cepat, dia dapat. Semuanya di hujung jari.

Nak cuci mata, jom terjah http://bongbongidea.blogspot.com/.