Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Air Kelapa Muda



Air kelapa muda memang sedap diminum dalam cuaca terik. Tambah gula dan ais. Memang sedap. Lagi sedap kalau jenis kelapa muda warna hijau. Itu memang takde tandingan rasanya. Tapi, sebab takde yang hijau, apa-apa pun boleh je. Rezeki berjasa kepada tanah.

Tanah rumah felda, adalah sikit. Abah dan emak tanam macam-macam untuk kegunaan harian dan untuk anak cucunya. Tiap kali pulang ke kampung, kami akan menjengah keliling rumah cari buah apa yang ada.

Rambutan gula batu, rambutan gading, durian, manggis, rambai, laici afrika dan pisang adalah antara yang ada. Berbuah mengikut musim. Ada juga ubi kayu tapi selalu kena sondol dengan babi hutan.

Ramai yang suka rambutan gula batu. Dulu, buahnya besar-besar. Saya selalu bawa ke tempat kerja dan agihkan kepada kawan-kawan. Tapi, sekarang buahnya semakin mengecil pula. Pokoknya sudah semakin tua kot.

Tak pernah jual. Makan jela, siapa-siapa yang mahu. Buat apa nak berkira sangat.

Bila semua berkumpul, macam-macam aktiviti kami lakukan. Itu, en.suami belajar mengait buah kelapa. Nak minta dia kait buah kelapa sawit, pokok dah ditebang pula. Saja je nak dengki kan orang bandar ni sikit.
.

Sesi menuang air kelapa ke dalam jug.



Budak bandar jumpa tanah memang suka la tapi bila kena hurung dengan nyamuk, lari masuk rumah.


Inilah kepala muda!




Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. sedapnya dapat menikmati air kelapa mudah ni mar...

    BalasPadam
  2. Mmg sedap kalau dpt air kelapa bile panas terik..nyaman je bile lalu tekak..

    BalasPadam
  3. Untungnya ada kebun buah. Laici afrika tu sedapnye.

    BalasPadam
  4. paling best kalau dapat balik kg macam2 ada kan...

    BalasPadam
  5. Kat kmpg mmg best dapat semua ni free..kalau kat pekan, sebiji dekat 4 inggit.. tak puas pun minum dh habis

    BalasPadam
  6. Air kelapa muda kalau baru kait lagi sedap Mar. Gas dia masih banyak:)

    Anak kakak dah biasa bergelumang dgn kampung Mar sebab kakak dgn abang dua-dua org kampung. Tiap minggu pulak tu balik

    BalasPadam
  7. dulu waktu dok kg .... belakang rumah berderet pokok nyior ... nak minum suruh je adek beradek laki pi panjat ...skrg ni nk minum cr kat gerai2 huhu

    BalasPadam
  8. apa beza tu rambutan gula batu n rambutan gading ? laici afrika ? hehehe tahu yang general saja yang jenis2 tak tahu.. bestnyaa ada tanam macam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rambutan gula batu jenis kulit merah yang manis sangat2..
      rambutan gading warna kuning..bulat2 cantik..
      laici afrika..hehehe..memang sedap lah..

      Padam
  9. skrg tgh musim panas pekena air kelapa muda mmng terbaikkk!

    BalasPadam
  10. memang seronok bila balik kampung halaman menikmati hasil dari kebun sendiri kan Mar, kalau kak ana dapat kepala muda ni, buat coconut shake sendiri,buh eskrim..erm lazatnya :)

    BalasPadam
  11. sejuk je tekak minum panas2..suka campur gula merah :-))

    BalasPadam
  12. rambutan gula batu,laici afrika..dua2 tu saya baru dengar hari ni..heheheh...

    BalasPadam
  13. Ohh sedapnya kelapa muda.dulu2 kat depan kuarters sy tinggal ni ada jual.masa pregnantkan afia mesti beli Tanpa gula n ais,nikmatnya dpt minum sebijik kelapa sekali dengan isinya..

    BalasPadam
  14. sedap nya kalo jadi coconut shake.. mana la nak cari ni malam malam. terliur ni haa.

    BalasPadam
  15. panas2 memang sedap minom air kelapa.. pastu larutkan dengan gula merah.. yummy

    BalasPadam
  16. bestnya dpt minum air kelapa muda fresh. heaven!
    saya kalo dpt balik kg di perlis, mmg x lps peluang utk minum air kelapa segar.kat bandar ssh nak dpt, kalo ada pun yg jual kt psr malam tu, jauhhhh je rs air kelapanya..gula je lebih.huhu

    BalasPadam
  17. air kepala muda memang sedpa.di sp kelapa muda banyak versi. ada yang ditambah lemon, ditambah ice cream soda dan bermacam2 lagi...

    BalasPadam
  18. Wahh.. saya mmg amat menggemari air kelapa muda... sedap, berkhasiat & menyegarkan..

    BalasPadam
  19. Okje walau nama jer duk kampung tp tak de pokok buahlah Mar....nak minum air kelapa beli jer

    BalasPadam
  20. Perghhhh...Tgk buah kelapa pun dh terasa fresh-nya air kelapa tu...huhu

    BalasPadam
  21. Memg sdp sgt klau dpt air kelapa muda ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code