Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Meraung Sakit Telinga


Pagi masih muda, jam belum menunjukkan 7 pagi. Kesempatan yang baik untuk mengemas dapur. Dari dapur, sayup-sayup kedengaran suara Aisyah merengek, mengaduh kesakitan. Terus bergegas ke bilik mendapatkannya.


"Ibu, sakit ibu.." Sambil menekup telinga kirinya.

"Eh, kenapa? Sakit telinga ke?"


Jari kecil itu terus menunjuk ke dalam lubang telinganya. Mata masih pejam dan mulut kecil itu tidak penat memanggil ibu..ibu..ibu.. Aisyah terus menangis dan merengek tidak henti. Badan ibu dipeluk kejap. Terus menangis. Ayah mampir bertanyakan soalan yang sama, "sakit kat mana". Pantas Aisyah menuding ke telinga kiri. Sah. Sakit bahagian telinga.

Pada kiraan, mungkin telinganya terlipat sewaktu nyenyak tidur. Tapi, tidak merah. Aisyah terus menangis teresak-esak. Hingga satu jam lamanya. Dalam situasi tidak keruan, sempat menyiapkan bakul susu dan beg pakaian yang berisi lampin pakai buang dan sehelai baju lengkap.

Jam menunjukkan 8.10 pagi ketika kami bergegas ke KK Majidi. Perjalanan selama 15 minit terasa sekejap. Aisyah kejap-kejap tidur. Kejap-kejap merengek. Saat melangkah ke KK Majidi, Aisyah sudah tidak keruan.

"Tak nak ibu..."


Demi rawatan dan kerisauan yang berganda, pasti saja kami tidak menuruti permintaan Aisyah. Sesi menunggu, ke bilik itu, ke bilik ini, ambil darah, menunggu keputusan sampel darah, masuk kembali berjumpa doktor, semuanya merisaukan hati. Ditambah pula dengan keadaan Aisyah yang menangis, melalak, meraung dan merengek sepanjang pemeriksaan. Sesekali saja dia terlelap.

Sesi terakhir, doktor minta ibu tinggalkan Aisyah di luar bersama ayah dan ibu pula perlu mendengar arahan doktor. Lama juga, dalam 10 minit. Melangkah keluar dari bilik rawatan, kelihatan Aisyah sudah tidur di pangkuan ayah. Ambil ubat pula. Akhirnya, kami melangkah keluar dalam jam 10.45 pagi bersalam secalit kelegaan.

Aisyah terus tidur dan ibu angkat dan pangku sewaktu kami makan di sebuah warung. Perut sudah menyanyi, minta segera di isi.


"Aisyah nak makan?"

Aisyah menggeleng lemah. Matanya terus merenung bumbung kedai. Lama kelamaan dia tertidur di pangkuan ibu. Pulas. Ibu makan laksa johor bersama teh tarik hingga habis. Sesekali melihat wajah suci itu tidur tidak bergerak. Masih di riba ibu.

Aisyah terus tidur walaupun dipindahkan ke tilam. Melihat dia tidur dengan begitu lena, sedikit kelegaan berputik di dalam hati. Tapi, bila dia tidur terlalu lama, menerbitkan kerisauan pula. Sesekali ibu menjenguknya. Masih tidur. Hinggalah jam 3.30 petang, dia bangun.

Sihat. Alhamdulillah. Tapi, badannya sedikit dedar mungkin terkejut kerana dicucuk untuk mendapatkan sampel darah.



Malam tadi, dalam keenakan tidur, ibu terkejut dek kerana kejutan tiba-tiba dari Aisyah. Badannya panas! Terus berikan ubat demam. Badannya ibu lap hingga suhu turun. Aisyah pun diam saja walaupun demam. Bila suhu turun, ibu lelapkan mata di sebelah Aisyah. Aisyah kacau ibu pula sambil tersengih-sengih. Tau la dah puas tidur siang tadi.

Ibu usap kepalanya lembut. Dedar sahaja. Sapu tangan basah masih di kepalanya. Tidak tanggal. Aisyah mengikut setiap arahan ibu. Ibu tidur-tidur ayam. Aisyah masih terkebil-kebil, tidak mahu tidur. Ibu biarkan sahaja. Entah jam berapa, dia tertidur hingga ke pagi.



*     *     *     *     *     *


Dari cerita pengasuh, Aisyah bermain cotton bud dan mengorek telinganya sendiri tanpa dia ketahui. Hanya dilihat oleh seorang lagi anak asuhan yang berusia hampir 4 tahun. Pengasuh cuma sedar, apabila kelihatan cotton bud sudah berterabur. 

Setiap manusia ada membuat kesilapan. Sedangkan kita ibu bapa juga sering terlepas pandang akan anak-anak, ini kan pula di bawah pengawasan orang lain. Tinggal sebentar ke bilik air, berjuta kerja yang kanak-kanak telah fikirkan.

Malang tidak berbau dan setiap kejadiana ada hikmahnya. Tiada istilah menuding jari. Walau sebaik mana kita menjaga apa jua yang kita sayangi, jika sudah ditakdirkan kejadian itu berlaku, maka akan berlaku juga.



Nota Kaki : Dah nama pun anak, amanah dariNya..kewajipan kita untuk menjaga, membesar dan mendidik mereka.





Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Ada kapas ke dalam telinga Aisyah tu ke Mar... semoga aisyah cepat sembuh ye sayang :)

    BalasPadam
  2. allah.. budak2 cucuk telinga sendiri.. ngerinya.. kena jaga2 mar.. anak2 ni bijak.. macam2 dorang boleh buat..

    BalasPadam
  3. tulisan mar mcm tulisan novel lah..syok pulak bc
    igtkan aisyah sakit telinga masuk serangga ke ape
    main cotton bud eh..xpelah budak2 mmg suka buat keje yg unexpected
    w/pun kita as parents mmg geram marah tp kejapnya..dah nk jdi kan

    BalasPadam
  4. Senoga tiada yang membimbangkan. Kesian Aisyah. Naluri anak2 yang suka bermain tanpa mengetahui tentang bahaya...

    BalasPadam
  5. Suspen baca ingatkan ada binatang masuk dlm telinga. Biasa la budak2, sel2 otak sedang berhubung mmg la macam2 benda dia nk main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab binatang masuk dalam telinga pon jadi kerisauan juga..nangis tak berhenti memang sangat merisaukan

      Padam
  6. Mujur takde kecederaan serius dalam telinga.. budak2 ni suka meniru apa yang dia tengok tapi dorang masih belum faham cara nak gunakan dengan betul.

    BalasPadam
  7. Harap² tiada masalah ye sis..risau jadinya..

    BalasPadam
  8. bahaya tuh,.kalau sampai sakit meraung2 maknanya di cocok dalam la tu..

    BalasPadam
  9. Doktor check telinga Aisyah tak Mar...Budak yg korek, agaknya dia jolok terkuat kot

    BalasPadam
  10. tulah mmg bahaya anak kecil main cotton bud.mujur aisyah tak apa2..sikit Sgt la tu klu tak takkan dia nangis teruk kan

    BalasPadam
  11. Assalam mar,
    moga aisyah cepat sembuh AMIN

    BalasPadam
  12. Ya Allah bahayanya.. memang kena alert bebudak kecil..
    barang2 kecil halus kena letak tinggi.. yang tajam lagilah..

    BalasPadam
  13. Alahai kesiannya kat Aisyah. Yalah, kalau dah nak kena, jaga baik macamana pun kena juga. Nak menuding jari sana situ sini pun nak buat apa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code