Kehidupan

Mencari Ketenangan

10:42 PG


Merenung hamparan sejadah.
Tarik nafas dalam-dalam.
Hembus perlahan-lahan.
Kulakukan berulang kali.

Kenapa?
Untuk menahan airmata dari gugur.
Dasar hati tisu.
Tapi, sebak yang mendatang tidak mahu beransur bersama hembusan nafas.
Ia tertinggal di pelusuk hati.
Sedih.
Sayu.
Dan empangan tidak mampu menahan air suam yang bertakung.
Pecah empangan.
Mengalir air buat seketika.

Tarik nafas dalam-dalam lagi.
Beristighfar.
Moga terus diberi kekuatan.
Jika itu kehendakNya.
Tidak mampu kuhalang. Biarkan ia.


Pinjam dari Google








Info

Apa Itu Relaktasi

8:30 PG


Untuk pengetahuan semua, saya dalam proses relaktasi. Saat entri ini didraft, baru hari ke-7 (jumaat). Dan bila entri ini terpublish, bermakna sudah hari ke-10. Perjalanan masih jauh. Anak saya baru 2 bulan setengah usianya. Terlalu awal untuk saya mengalah sepertimana anak pertama dahulu.

Ini ujian untuk saya. Agar saya terus sabar dan kuat berusaha. Saya semakin bersemangat bilamana terbaca satu blog ni. Saya sedar saya perlu berusaha lebih. Berusahalah!!


Definisi relaktasi (relactation

Menurut Dr. Jack Newman, Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.


Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan. Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

  •  Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu
  •  Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
  • Pengeluaran susu sebelum berhenti. Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi. Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
  • Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu? Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula. Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
  • Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu? Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja. Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
  • Kesediaan ibu. Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

 Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu 

Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah. Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula? Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising.

Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan. Jika bayi menolak payudara ibu,  jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.


Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu; bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.


Paten 1. 


  • Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu. Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.



Paten 2. 

  • Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan. Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa. Tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.





 Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu 

Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu? perah/pam dengan kerap, makan makanan berkhasiat dan seimbangmakan makanan penambah susu seperti Fenugreek, menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium), kurangkan stress, berfikiran positif.





Kesimpulan

Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.



~sumber : mamamujahidah.blogspot.my




Nota Kaki : Ada orang perlu berusaha kuat untuk dapatkan zuriat. ada orang susah ketika bersalin dan ada orang diberi ujian kekurangan susu badan...





Kehidupan

Terkena

8:37 PG


Melalui liku-liku kehidupan yang kadang kala terang, kadang kala suram. Bila disirami kesuraman, terasa satu tekanan yang tiada berpenghujung. Bukan kerana keluarga kecilku tetapi dek orang 'sebelah' sana yang sering menduga kesabaran kami.

Pernahkah korang lalui situasi di mana bahu korang terbeban dek kerana kesalahan orang lain. Bukan sekali. Tapi, bertalu-talu. Ye, memang aku orang luar, tetapi dek kerana bebanan yang korang lemparkan kepada kesayanganku, aku terasa sama. Aku terpaksa membantu memikul beban kesayanganku. Terpaksa? Hilang keikhlasan di situ.

Itu takdir kami. Mampukah aku terus berdiam diri?

Mahu aku redha? Ya Allah betapa susahnya aku memendam rasa sejak dulu. Aku cuba. Tapi, akhirnya aku tewas dan mencurahnya di sini.

Kami juga ada masalah kami. Ditambah bebanan yang kalian suka 'hadiahkan' secara mengejut membuatkan amarah sering menjelma. Bila aku luahkan apa yang terbuku, rupanya kesayanganku juga meluahkan rasa yang sama dan aku jualah tempat dia meluahkan rasa. Aku telan meskipun tawar. Tawar je tak mahu jadikan ianya pahit.

Tidak wajar aku coretkan di sini secara zahir. Biarlah ia menjadi persoalan yang tidak bertepi. Jika dengan cara ini mampu mengurangkan rasa tekanan yang aku alami.


Allahu,,







Kehidupan

Corak Kita, Kanvas Kita

8:30 PG


Hingga hari ini, saya masih mencuba untuk perbanyakkan susu saya. Baby sudah tidak mahu direct, perlu kegigihan saya untuk mengepam meskipun hasilnya tidak cukup hatta untuk sekali dia minum. Mencabar sungguh untuk menyusukan anak ni kan. Must work harder especially for mom likes me.

Seminggu saya di rumah, saya rasa sangat bertenaga meskipun tugas memasak, mengemas dan menjaga anak di bahu saya. Saya mampu bangun seawal 5 pagi setiap hari dan mengepam secara konsisten. Duduk rumah, nak makan apa pun sumbat saja walaupun saat anak sedang menangis minta didodoi.

TAPI...

Bila saya kembali bekerja, semuanya sudah tonggang terbalik. Penat di tempat kerja meskipun tidak bersama anak. Kerja banyak juga, yelah sudah 2 bulan tinggal, mana yang penting sahaja rakan sekerja saya dahulukan. Haruslah, dia pun ada kerja dia.

Balik rumah dekat maghrib, terburu-buru nak mengepam lah, mana nak masak lah. Tapi, saya masih mencuba df adik saat dia tidak melalak. Tapi, baik-baik tidak melalak, jadi melalak pula dia.

Terus terang saya katakan meskipun kerja surirumah itu memenatkan tapi, semua masih dalam kawalan. Siap boleh bersantai. Kalau rajin, masa bersantai boleh buat kuih. Ini pada saya lah. Memang kerja surirumah 24 jam tapi saya ok je kalau bangun jam 3 pagi, 5 pagi lepas tu tak tidur sampai ke siang. Sebab, kita yang atur jadual kita. Sebab surirumah ni, harapkan elaun dari suami, ikut kemampuan suami. Kalau kita mahu lebih, perlulah pandai menjana pendapatan di rumah. Lainlah kalau kita ni anak dato', macam drama dalam tv, hari-hari shopping.

Tidak seperti bekerja makan gaji, perlu ikut waktu kerja. Ada tugasan yang perlu dikerjarkan. Kalau sibuk tahap cipan, nak makan pun tak sempat. Sebab kita dibayar setiap jam kita bekerja. Balik rumah, hari beransur gelap, masa bersama keluarga hanya beberapa jam. Itu pun kesibukan di rumah sudah menanti. Anak-anak seolah terabai. Tau-tau, mereka tertidur sendiri. Waktu itu, seolah tidak puas untuk menatap wajah suci mereka.


Apa pun kita, pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan kanvas kehidupan kita. Apa jua pilihan kita, kita redha dan teruskan. Setiap perkara ada pilihan. Silalah buat pilihan. Ermmm??










Alif Ziyad

Nilai 150

8:30 PG


Sekarang memannnng zaman duit. Barang mahal. Setiap kali ada offer, cepat-cepat grab. Itu pun kena kira belanjawan bulanan juga. Kompeni saya ada bagi saguhati bila dapat baby baru. Alhamdulillah, rezeki anak. Kompeni cuma bagi RM120. Selebihnya, tambah dengan duit kami.


Inilah nilai RM150 sekarang. 8 barang sahaja. Semua untuk kegunaan Adik. Terima kasih kompeni kesayangan. Aiceh...





Alif Ziyad

Perjalanan : Checkup 2 Bulan

8:30 PG


4 November 2015 - Muhammad Alif Ziyad sudah 65 hari. Checkup yang sepatutnya hari ahad dan kemudian ditunda pada hari rabu mengikut kekosongan yang ada. Saya pun baru je naik kerja, takkan sesuka hati ambil cuti. Kerja pun menimbun oii..

Nak tak nak, saya keluar sekejap lepas rehat. Macam biasa, waktu lunch saya tak keluar. Siapkan kerja apa yang patut. Orang lain mula kerja semula selepas lunch, saya pula yang hilang. Kuikui.. Temujanji jam 2 petang. Kena sampai awal, kalau boleh saya orang pertama ambil nombor. Kahkah.. Yelah rushing tu.




Kelam kabut juga bila handle anak yang baru 2 bulan ni ke KK. Dengan orang ramai, bila anak merengek dan tidak selesa, saya cepat-cepat masuk bilik menyusu. Bukan susu badan, saya bagi susu formula. Ermm, usah ditanya mengapa.

Bila giliran sampai, pertama sekali, baby diminta timbang dan diukur panjangnya. Wahhh..si comel sudah 4.7kg. Patutlah lenguh tangan mak nak oii..

Banyak juga mata yang memandang saya sebab saya sorang je tanpa ditemani suami. Suami saya? Kerja. Tak boleh keluar melainkan dia ambil cuti. Cuti tahun dia..emm yilek, maka saya uruskan hal ini sendirian. Saya perlu kuat. Jika anak seorang dulu saya kuat, saya juga perlu kuat untuk Adik.

Ibu tahu Adik baik. Cukup memahami. Lepas diinject, Adik meraung. Biasalah tu. Masa timbang, buka baju dan diapers tak menangis, sudah cukup bagus. Hehehe..

Lepas tu rushing ke farmasi, ambil ubat pula. Terlondeh seluar mak nak kejar masa. Ibarat single mother pula. Kot la si kecil demam selepas dapat injection. Tapi, saya tak bagi pun ubat demam sebab baby kecil lagi.

Cabaran seterusnya bulan depan. Tarikh temujanji sudah set. Gara-gara cuti sempena JDT menang, payah nak dapat hari ahad lagi dah. Hisshh...nasib badan. Dah la kitorang ni tak dapat cuti pun sempena JDT menang tu. Hangin tak hangin la..



Anak-anak

Kembali Bekerja

9:35 PG


Alahai kejapnya masa berlalu. Habis sudah maternity leave selama 60 hari. Ikutkan, Adik ada pemeriksaan 2 bulan ahad lepas, tapi disebabkan Johor cuti tiba-tiba sempena kemenangan AFC, kerajaan cuti kan. Temujanji adik ditangguhkan pada hari rabu. Hari ni lah!

Bila naik kerja, agak blurr jugalah. Tangan pun rasa gigil-gigil nak menaip. Key-in data pun cepat rasa lenguh jari jemari ni. Aiceh... Padahal duduk rumah kemain lintang pukang nak kejar anak menangis sambil buat kerja rumah.

Saya kembali bekerja hari isnin tapi baru hari ni sempat berhai-hai. Ada sikit sibuklah. Padahal mood bekerja ke longkang lagi. Mana nak siap kerjanya. Hish..

Syahdu je jiwa raga bila teringatkan anak-anak. 2 bulan kan bersama. Asyik terbayang-bayang wajah mereka. Apalah yang mereka buat di rumah emak mereka tu.


Background PC sekarang