Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan

8:30 PG


Kesuburan yang tinggi dan kemungkinan untuk hamil memang sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Namun, tidak menjadikannya 100% sebagai faktor utama kehamilan. Untuk pengetahuan semua, cara pemakanan sihat dapat mempengaruhi tahap kesuburan seseorang untuk hamil.


 Telur 
Telur mampu mempertahankan kandungan vitamin D dan B6. Kedua vitamin ini adalah pemicu produksi progesteron dan hormon lain yang sangat diperlukan sebagai penunjang terjadinya kehamilan.


 Buah Avocado 
Menurut penelitian, wanita yang sering memakan makanan yang mengandungi lemak jenuh tunggal berpeluang 3 kali lebih tinggi mengalami kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.
Buah avocado mengandungi sumber nutrisi yang kaya lemak yang boleh meningkatkan kesuburan dan kehamilan.


 Kayu Manis 
Kayu manis dapat mengurangkan hormon insulin dan dapat meningkatkan ovulasi wanita. Kayu manis boleh diambil dengan pelbagai cara sebagai tambahab dalam minuman teh manis atau ditabur pada makanan ringan.


 Soba / Buckwheat 
Ambil 1/4 cawan soba ketika makan malam tiga kali seminggu untuk memperoleh keberkesanannya. Benih ini mengandungi senyawa yang membantu kadar testosteron dan insulin sehingga membantu terjadinya ovulasi.


 Biji bunga matahari 
Tambahkan biji bunga matahari dalam program diet anda kerana ianya banyak mengandungi khasiat yang membantu seimbangkan hormon reproduksi dan menghasilkan sel telur yang berkualiti tinggi.





You Might Also Like

9 comments

  1. errr qila makan telur je acane ni huhuhuhu
    cinnamon pun entah bila tah haha

    BalasPadam
  2. bagus untuk panduan mereka yang memerlukan...

    BalasPadam
  3. Telur je la yg selalu dok makan pun... Yg lain tu mesti kos lebih kalu nak mkn selalu..

    BalasPadam
  4. weeee.. noted. boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  5. Telur memg slalu lya mkn..yg avocado sekali skala lya buat jus minum

    BalasPadam
  6. Baru tahu ada makanan untuk tingkatkan kesuburan.. boleh jadi panduan untuk suami dan isteri yang inginkan cahaya mata..

    BalasPadam
  7. telor je yang selalu mkn ...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.