Minta kakak pegang adik, tapi lain pula yang kakak buat.
Ini welfie bertiga tapi ibu dia menyorok belakang anak-anak.
Budak-budak mana tahu penat. Ibu dia je penat sebab tu turunkan Alif dari basikal. Tapi, dia mengaruk nak naik lagi. Seronok la tu. Ok, naik lagi kita pusing 3, 4 round dalam rumah.
Ok cukup. Ibu dah penat. Turun dua-dua, kita tengok tv.
Astro seperti biasa, ulangan tayangan. Tukar channel apa pun, semua tidak kena. Akhirnya, tengok rakaman Maleficent. Seronok melayan Cik Aisyah berbual, tak sedar Alif mula memanjat basikal. Tidak sempat aku melontarkan laungan, dia sudah "gedebuk".
Budak nakal tengah duduk diam meratapi nasib diri.
Kelopak mata bergarit, alhamdulillah tidak kena mata. Dan dahi "bertelur". Dalam saat ini minyak kelapa dara sangat membantu memulih luka. Memang serasi, cepat berkesan. In sha Allah dengan izinNya.
Antara barangan yang ada dalam parcel. See....I told you already, brands of all..
Ini adalah USB 3.0 4-Port. Sangat berguna pada blogger-blogger sebab sentiasa mengadap laptop. Dengan adanya USB port ni, tidak perlulah kita bersilih ganti cucuk USB yang ada pada laptop / PC. Hanya sambungkan USB port ini pada USB laptop/ PC dan ada 4 lagi 4 port yang boleh kita gunakan. Bagus kan?
Salah satu yang saya recommended, Nescafe 3 in 1, White Coffee Pandan. Aroma pandan yang sangat wangi, menusuk-nusuk sekaligus membangkit selera. Memang sedap sangat.
Ha..ni mesti ramai yang suka. Maggi Royale. Yang ini Maggi Royale Tom Yam Putih. Memang murah giler wehh.. Pada saya, rasa dia sedap. Masam-masam, manis, pedas. Kuantiti 1 pek ni pun agak banyak, tak habis makan sorang.
Banyak sangat barang berjenama lain yang korang boleh pilih. Model cilik ni tengah makan snek cereal perisa strawberi + pisang. Laju je dia makan, sedap lah tu.
Perkenalkan model cilik kite..
Ada masa lagi kalau korang nak shopping sempena Black Friday hari ni. Cepat-cepat grab sales yang ada.
Happy Shopping All!!
Pinjam dari Google
Hari ini, hari ke-3 aku mengetahui berita itu. Sedangkan dia sudah lama lena di situ. Kandungan gula dalam badannya terlalu tinggi, menyebabkan dia sesak nafas dan dia ditahan wad.
Dia ditidurkan pada tanggal 19/11/2016. Sewaktu aku melawatnya, dia sudah 3 hari ditidurkan.
Lidah ku kelu. Aku terkedu. Melihat dia terbaring di situ. Dengan pelbagai mesin di sisi. Wayar berselirat sana sini, hinggakan mata ini tidak tahu wayar yang ini ke mana, yang ini pula ke mana.
Hati ini sayu. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Dalam masa yang sama, aku mensyukuri nikmat kesihatan yang aku kecapi. Allahuakbar..
Aku diam, tapi sambil tu ada juga bercakap dengan kawan seorang lagi. Wad ICU, hanya dibenarkan 2 orang pelawat untuk satu masa. Aku tidak menyapa dia sebab aku tahu, aku akan menangis.
Bayi dalam kandungannya, alhamdulillah sihat. Bayi belum cukup matang lagi, baru 31 minggu. Dalam keadaan tidur, sesekali tangan dan kakinya bergerak. Lebih menghibakan, melihat airmatanya mengalir. Aku terdiam. Melihat dia tidak lama, sebab mungkin ada orang lain yang menanti diluar untuk melawanya.
"Aku balik dulu, ina. Assalamualaikum.."
Suara aku bergetar. Aku tahu, andai aku berbicara lagi, airmataku akan tumpah. Aku hanya terus doakan dia dalam hati.
In sha Allah, kau kuat. In sha Allah kau akan sedar nanti. In sha Allah bayi kau akan selamat. Aku doakan kau cepat sedar, keadaan kau stabil dan kau menjalani kehidupan seperti biasa.
Teaser Round 1.
1 December 2016. End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends bakal dilancarkan tak lama lagi hewhew Tajaan khas lagi glamour gitu dari AbamKie, Iola, Shikin,JM, SNM, Mar, Renex, Shahida, Eyz, Liyana, Mek, Safiena, Siqahiqa,Unnianje, Edrina.
Nota Hati : Moga saya terus diberi peringatan...
Biasa sos ni saya letak sebagai bahan menyedap rasa. Untuk goreng mi khususnya. Black pepper sauce pula biasa saya suka letak 2, 3 sudu dalam ayam masak kicap saya. Tumis lada kisar, bawang merah, bawang putih, halia ketuk sampai pecah minyak, reneh lama sikit. Lepas tu bubuh kicap cap kipas udang. Takyah dah letak kicap pekat, letak sos black pepper je dah umpp..
Nak cerita pasal kicap pekat tamin tu. Hari tu saya nak masak, buka penutupnya macam biasa. Sekali dia membuak-buak keluar macam lava gunung berapi. Berbuih. Non-stop. Terus takut nak pakai walaupun expired date lama lagi, disember 2017. Kenapa ye?
Sos plum tu pula saja beli sebab terpengaruh dengan hainomOkje. Dia ada kongsi resepi ikan stim sos plum. Nak bagitau ni, dalam peti ais ada sekor lagi ikan siakap. Kot la kan terrrajin nak masak ikan siakap stim sos plum.
Ini pula sos wajib ada dalam rumah. Kalau masak sambal ke sambal tumis ke memang akan letak sikit. Memang sedap hasil masakan.
Korang pula macamana? Suka ke bubuh sos-sos dalam masakan korang?
Pinjam dari Google sebab takde gambar nak share..
Roti Mantou | Mantou disebut dalam bahasa cina yang bermaksud dikukus. Maknanya roti mantou adalah roti kukus. Betul kan? Makanan ini berasal dari cina. Kalau tengok bahan-bahannya lebih kurang pau la kot.
"Mantou lebih manis, terksturnya lembut, dan bagiannya dalamnya empuk.
Kebanyakan orang memakan roti mantou tanpa isi, bahkan tradisi china orang memakan mantou sebagai pengganti nasi."
Ini dia roti mantou yang saya beli. RM6/20 pcs. Berbaloi-baloi. Jika disimpan ditempat sejuk beku boleh bertahan selama sebulan.
Ini pula gara-gara kerajinan di pagi hari. Goreng 8 ketul, untuk sarapan kami anak beranak. Baki yang belum digoreng, simpan dulu dalam peti ais. Sedap. Garing diluar dan lembut di dalam. Rasanya kalau makan kosong pon dah sedap sebab tak tawar sangat. Macam kita makan roti kosong tu, ada rasa lemak-lemak manis kan.
Ini pula gatal letak isi tuna pedas. Kalau dah tekak melayu kan, mesti nak ada pedas-pedas sikit. Nak buat sambal tumis, tak sempat pula.
OK dah habis 2 ketol kena ngap.
Berminat dengan Roti Mantou?Untuk tempahan boleh whataps/ pmFB : RizkyBakery HouseWhatsap : 018-399 9867Sekitar Johor ye..luar johor tu tak tahu lerrrr..
Aku ajar dia melorek bulatan menggunakan pengasah pensel berbentuk bulat. Dia belum pandai lagi, sering kali lorekan tersasar. Permulaan, begitulah. Pancing minatnya dengan menyediakan kertas pelbagai warna.
Kemudian, tunjukkan pula cara menggunting dengan betul. Bila dia cuba menggunting, beginilah jadinya. Cenderung menggunting ikut sesuka hati dari menggunting lorekan bulatan tadi.
Aku gunting bulatan-bulatan tadi, kemudian menyusuh dia menampal pula. Tambah sedikit benda lain seperti benang untuk jadikan tali belon.
Ini adalah hasil kerja kami, lebih kepada aku.
Aisyah lebih suka menampal ikut kesukaannya. Dan kemudian, aku suruh dia tampal kemas-kemas dan jadilah sekuntum bunga yang sedang mekar.
Untuk pengetahuan semua, gam tu dah habis. Aisyah kata, gam patah, terus dia buang dalam tong sampah.
Klik banner untuk sertai. GA ini akan tamat bila-bila masa..jom cepatan!
Blog : http://jnjikita.blogspot.my/
Email : mar84nadzri83@gmail.com
Teringin juga nak menang salah satu fm ni, mana tau ada rezeki.
SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :
1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List dan Scdha Sein Photo And Travel .
-DONE
2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.
2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.
-DONE
3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
-DONE
4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.
4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.
Kita tag:-
5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
-DONE
6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1 -5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.
Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".
Diorang guna menatang ni tak lekatkan frame, pasu segala supaya barang-barang tak jatuh. Siap lekatkan remote tv tinggi-tinggi hingga gagal dicapai oleh budak tu.
Hari tu aku terjumpa tack-it ni di pasaraya. Semangat lah beli. Tapi, Alif belum sampai tahap nakal macam iklan dalam tv tu lagi. Cuma segala pasu bunga comel-comel dia geram kot, dia baling-baling macam bola dan buat aku rasa nak nangis.
Inilah dia. Sebenarnya plastesin / tanah liat. Lebih kurang macam tanah liat zaman kita kecik-kecik main, yang dalam kotak besar bentuk kotak macam sabun buku fab tu. Cuma tack-it ni versi moden, lebih lembut dan tidak ada bauan pelik.
Tack-it ni sudah siap dipotong, mudah untuk kita gunakan. Tapi, aku nasihatkan korang jangan kedekut nak guna. Sebab, setakat seketul dua menda tu tak lekat. Kena guna banyak-banyak, gumpal-gumpal lepas tu penyekkan.
Ni aku try test uji cuba. Aku letak 2 ketol je. Hekelek,,tak kaw lekatnya. Baru kertas je kot. Tapi, baru permulaan, jangan cepat menuduh tak bagus.
Benda ni kalau dah lama dilekatkan tanpa diusik, memang gam melekat jugalah. Tapi, kalau baru kita tampal lepas tu ada tangan gatal usik, tanggalkan, kebarangkalian barang-barang untuk lekat tu dah kurang sebab asik kena usik je.
Tapi, boleh la digunakan...
Jom join giveaway ni sebelum tamat pada 10/12/16. Klik banner untuk sertai.
Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat.
Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..