Ayam Masak Kicap Sedap

9:00 PG

Assalamualaikum


Bahan :

- Ayam ~ dipotong & dibersihkan
- Bawang merah ~ dikisar
- Bawang putih ~ dikisar.
- Halia ~ diketuk
- Lada kisar
- Bawang holland ~ dihiris nipis

Cara :

- Lumur ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam tidak terlalu garing. Angkat, ketepikan.
- Kurangkan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang yang dihiris, masukkan bahan kisar, halia ketuk dan lada kisar hingga pecah minyak. ~ biasanya letak lada kisar dalam 1 sudu je.
- Boleh juga tumis 3 sekawan untuk rasa & bau lebih sedap & harum.
- Masukkan kicap kipas udang.
- Masukkan 2, 3 sudu sos blackpepper bumi hijau dan renehkan sebentar.
- Jika kuah pekat, boleh masukkan air.
- Masukkan ayam, kecilkan api dan reneh hingga ayam masak dan kuah pekat.


Masakkan mudah yang menjadi kegemaran kami. Anak-anak pun suka sebab tak pedas.



You Might Also Like

10 comments

  1. ni lauk kegemaran ank ... ikut hati nk je letak cabai potong lg sedap tp kesian anak2.... nk msk dan ketepikan ai pemls haha lyn je yg tAK PEDAS PUN

    BalasPadam
  2. Bukan aje anak-anak kecik Mar
    Anak-anak kakak yg dah besar pun suka.

    BalasPadam
  3. sedap... akak pun paling suke ayam msk kicap... mudah menyelerakan lg

    BalasPadam
  4. resepi legend ni dr kecik smpai besr still suka makan

    BalasPadam
  5. menu ni wajib msk kat umah hihi

    BalasPadam
  6. memang sedap...nak2 musim hujan ni lapar je....hehehe

    BalasPadam
  7. Salam. Dah lama x dtg sini. Sedap. Ayam masak kicap. Xpedas.. Klu nk pedas picit lada kecik time nk Mkn. Terliur plak rs terbayang.

    BalasPadam
  8. Salam. Dah lama x dtg sini. Sedap. Ayam masak kicap. Xpedas.. Klu nk pedas picit lada kecik time nk Mkn. Terliur plak rs terbayang.

    BalasPadam
  9. Senang je kan nak masak ayam masak kicap sedap ni.. Mengidam pulak sekarang

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.