Tips Telur Rebus Cantik Mulus

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum
Kadang kala kita tak perasan akan hal yang kita lakukan meskipun ianya kecil tapi ia boleh buat kita gembira. Macam saya, sangat suka kupas telur rebus. Bukan telur yang orang lain rebus, tapi telur yang saya rebus sendiri.

Tip untuk mendapatkan telur rebus dikupas cantik:

Rebus telur selama 10 minit. Kemudian, terus angkat dari dapur dan buang air panas tersebut. Rendamkan terus dengan air paip. Bilas beberapa kali untuk hilangkan air panas dari telur. Lepas tu.....kopek lah dengan senang hati.


Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat. 

Teringin nak dapat kulit gebu cantik mulus bak telur dikupas. Haihhh,,jauhnya berangan. Sedar-sedar tertuang pula air dalam mangkuk santan pekat melekat keluar dari kotak. Haihhhh...dah kenapa tuang air dalam santan pekat tu? Blurr kejap..

Sebenarnya, telur rebus tu untuk nasi lemak saya. Saja masak suka-suka sedekah kat kawan-kawan pada Jumaat lepas, 4 November 2016. Tak banyak pun buat, adalah 12 bungkus. Baki, bekalkan budak-budak dan tinggalkan untuk tuan rumah sikit dalam pengukus. Balik kerja nanti tinggal panaskan pengukus je.

Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..


Harap-harap kenalah dengan tekak diorang. 

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. selalu yui buat gitu juga..tak tau lak itu slh stu tips..hihih.

    BalasPadam
  2. terliurrr nya nasi lemak tu.
    yg pasal kupas tu mek pernah buat. kadang jadi kadang tak --'

    BalasPadam
  3. Haha.. itulah berangan lagi Mar:)
    Tapi yg kakak pasti dpt makan foc itulah yg paling menggembirakan kawan-kawan
    Alhamdulillah - sedekah di hari Jumaat tu.

    BalasPadam
  4. betul...akak pun buat macam tu jugak..eh...hantar sini sikit ea

    BalasPadam
  5. Wahhh..Alhamdulillah..Semoga usaha diberkati..Amin

    BalasPadam
  6. Ohh cenggitu rupanya.. Biasa kupas masa panas-panas tu lagik.. Thankz kongsi tips ni.. :)

    BalasPadam
  7. wah best info.. blh guna lepas ni..thks

    BalasPadam
  8. sy pernah nk kupas kulit telur ssh gile ..melekat ..mungkin lps rebus sy biar dia dlm periuk sampai sejuk kot ..abis telur tu huduh

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.