Penganugerahan Geran Pemilikan Kebun & Tanah Felda Maokil

By Mar Mansor - 1:11 PTG

Assalamualaikum
Penganugerahan Geran Pemilikan Kebun & Tanah Felda Maokil | Ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para peneroka dan penerokawati di seluruh Malaysia. Majlis penyerahan geran tanah felda. Selama berpuluh tahun bertungkus lumus mengerjakan kebun, alhamdulillah akhirnya abah dan emak memiliki geran yang mereka impikan. Tidak sia-sia selama usaha puluhan tahun.
Felda Maokil merupakan felda paling bongsu di semenanjung Malaysia. Kami pindah ke felda ini pada tahun 1990, seumur adik bongsu kami. Ada yang telah berpindah lebih awal, emak dan abah adalah panggilan yang hujung-hujung.

Emak dan abah tersayang.




9 Februari 2018 - Penantian 30 tahun 721 peneroka Felda Maokil untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir apabila berjaya menerima pemilikan tanah yang diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah berjaya menyempurnakan penyerahan lebih 22,000 hak milik tanah daripada jumlah keseluruhan iaitu 26,000 pemilikan bagi seluruh negeri.

Hak milik tanah ini bukan sahaja sekeping kertas rasmi, tetapi hak milik tanah adalah satu lambang kerja keras, simbol dedikasi, kesabaran dan pengorbanan semua peneroka.


Alhamdulillah.




  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah.. puas hati rasanya kan bila usaha selama ini dihargai.. ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. penantian suatu penyiksaan tu mar.. 30thn tunggu baru dapat hak sendiri kan..

    BalasPadam
  3. Salam blog walking dari Maznee sis Mar. ALhamdulillah dah dapat geran tanah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...
    Jom support my segmen here..
    https://thisni3zahata.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-by-thisni3za.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.