Tsujiri - Since 1860 - Rasa Teh Hijau Sebenar

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
Tsujiri - Since 1860 - Rasa Teh Hijau Sebenar | Tsujiri ditubuhkan pertama kali oleh Riemon Tsuji di Uji Kyoto, Jepun.  Jenama yang bertahan selama 155 tahun lamanya.

Tsujiri di Mount Austin ini merupakan cawangan pertama di JB. Jangan risau, semua dessert di sini halal.


Jika korang penggemar teh hijau, korang perlu cuba. 

O-Matcha Selection.


Inilah signature di Tsujiri. Sebelah kanan, Signature O-Matcha, rasa teh hijau sebenar. Manakala sebelah kiri , O- Matcha Cappucino, dengan campuran sedikit susu bagi peminat bersusu dan cappucino.

Float Selection.


O-Matcha / Houjicha - Rasa teh hijau yang sedap. Yang pasti manis-manis sesedap rasa.

Parfait Selection.


Tsujiri Parfait - Ini pun antara pilihan ramai, punya rasa yang unik dan tersendiri.

Shaved Ice Selection


"Sunset" Uji - Menu yang harus cuba. Air batu campur berperisa teh hijau. Rasa dia tak manis. Sedap je bila masuk mulut. Terkejut juga bila sampai, saiznyaaaa, sesuai untuk makan beramai-ramai. Bahagian bawah abc ada isian yang pelbagai.

Dessert selection


O-Matcha Roll Cake - Kek teh hijau yang didatangi dengan kacang merah dan krim. Salah satu menu perlu cuba.


Dark Chocolate chiffon cake - Menu baru yang dihidang bersama sirap coklat. Terpulang pada kita nak curah sirap coklet banyak mana.


Warabimochi - Ini juga menu baru. Pencuci paling manis di sini. Memang sedap betul! Setiap gigitan terasa kenyal dan sejuk je bila ditelan. 

Antara menu lain yang patut korang cuba.

Selain menu yang sihat, cafe ini juga sesuai untuk merehatkan diri sambil berbual dengan rakan-rakan. Sangat selesa dan tenang.

Hiasan yang ada.


Sebelum balik, bergambar bersama Mr Alex untuk kenangan. Terima kasih sudi menjemput kami.


Nak cuba O-Matcha? Cepat-cepat waze, mesti sampai punya.

Tsujiri
 29 Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin 81100 JB
Boleh guna waze atau Google Map
Dua dua dapat cari TSUJIRI




  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. wahhhh boleh gi ni ajak bestfrennnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. suasana sesuai untuk bersama rakan

      Padam
  2. perghhh syo dating bertiga sambil ber "o-matcha" hehehe

    BalasPadam
  3. tetiba macam teringin nak pegi lagi...jom..jom

    BalasPadam
  4. Nak juga rasa..orang di atas ni kalau nak pergi ajak kita uiii hahahaha

    BalasPadam
  5. best2nya tgk segala dessert tuh... akak ni peminat teh hijo

    BalasPadam
  6. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis.

    Sedapnya minum teh sejuk masa panas panas ni

    BalasPadam
  7. Sedap sis? Hehe mell xminat teh hijau πŸ˜‚

    BalasPadam
  8. Amboi sedapnya aiskrim dia. Lapar pula tgok gambarnya

    BalasPadam
  9. semua teh hijau.. nampak sedap..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis. Sedap dapatr makan di luar

    BalasPadam
  11. Penggemar green tea harus terjah ni!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.