Pengalaman PRU14 2018

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
Pengalaman PRU14 2018 | PRU14, saya masih mengundi di kampung halaman.  Kali ini saya pulang ke kampung bersama adik bongsu saya. Sempena PRU14, saya sambung cuti hari khamis.


Kami gerak dari JB awal pagi. Sampai kampung halaman lebih kurang 8.40 pagi. 


Tapi, oleh kerana rumah abah emak kami depan sekolah tempat mengundi, kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumah. Ciss..geram pulak kita. Dah la bukan kami nak terus masuk mengundi. Sempat berehat dulu di rumah emak sebelum pergi mengundi tau. Tak kosa berpanas.


Bila agak dah lengang, lebih kurang 12.30 tengahari terus je melangkah meninggalkan budak-budak yang tengah leka bermain.

1- Serahkan kad pengenalan untuk diperiksa oleh kerani. Kerani akan beri resit tempat mengundi.

Saya di saluran 5 dari 6.

2- Terus beratur di hadapan bilik saluran masing- masing.

Bekas rakan sekelas saya dahulu. Jumpa masa beratur.

3- Tunggu sehingga giliran kita.

4- Masuk ke bilik mengundi setelah dipanggil.

5- Serahkan kad pengenalan dan nombor saluran tadi.

6- Kerani bertugas akan menyebut nombor kad pengenalan dan nama kita.

7- Kita diminta mencelup cari telunjuk kiri ke dalam bekas dakwat biru. Bekas dakwat tu macam span yang cepat menyerap.

8- Kerani memulangkan kad pengenalan.

9- Kerani memberi kertas undi.

10- Terus ke kotak undi untuk memangkah.

11- Masukkan kertas undi yang telah dipangkah ke kotak undi.

Bukti sudah mengundi.

3 beradik sudah mengundi.

Selesai mengundi, kami ke pusat tempat ahli berehat untuk minta claim minyak. Memandangkan JB - Segamat agak jauh juga.

Mula-mula cuma letak nama je dulu. Kemudian, sebelah malam dapat duit claim sebanyak RM35 seorang. Alhamdulillah. Lepas minyak untuk balik.

Mengenai cuti yang diwar-warkan pula. Syarikat tempat saya bekerja telah mengeluarkan arahan agar datang bekerja terlebih dahulu. Cuti akan digantikan sebagai cuti tahunan tambahan. Maklumlah sektor perkilangan manalah boleh cuti sesuka hati. Ada barang nak kena meet delivery, kalau kena saman siapa nak tanggung?







  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulilah, selesai sudah tanggungjawab kita ....

    BalasPadam
  2. Seronok kan pengalaman ni, 5 tahun sekali untuk dilalui 😍

    BalasPadam
  3. Untung dapat mengundi dengan adik beradik, seronokkan imbau kenangan macam budak2 dulu pi sekolah sama2

    BalasPadam
  4. Dulu2 ada gak girfriend asal Felda Maokil. Tahniah krna menunaikan tanggungjawab sbg pemilih. Mesti maju sbb Muhyiddin yg menang kan?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selesai tanggungjawab kita memilih...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tanggungjawab dah selesai.. :)

    BalasPadam
  7. terkejut kan dengan result pru14 kalini

    BalasPadam
  8. Berdebar tggu result mlm tu..Smpk pkol 4.30pg baru tidur...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.