Kek Bulan Halal

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum
Kek Bulan Halal | Kek bulan ni kakak saya yang beli masa balik kampung tempohari. Ulang Tahun Alif Ke-3. Kebetulan cuuti sempena 31 Ogos kan. Kira langkah kanan jugalah saya ni sebab tekak memang teringin nak rasa kek bulan tapi tengok harganya boleh tahan rabak poket.


Kakak saya siap-siap order dengan kawannya di Labis. Oleh kerana kawan dia yang membuatnya kan memang diyakini lah halalnya. Pembuatan kuih bulan ni agak leceh, berpadanan dengan harganya. Malah ia boleh bertahan berminggu-minggu jika tidak diusik.


Kuih bulan yang kakak saya beli ni perisa biasa-biasa je. Yang warna kuning tu macam rasa kaya. Warna ungu perasa keladi dan warna merah perasa kacang merah. Paling suka, perasa keladi.

Bolehlah hilangkan mengidam bila dah rasa. Kuih bulan ni meskipun kecil je tapi makan sepotong dah cukup. Sebab pada saya dah kenyang dah. Mungkin sebab ianya padat. Tekak masih teringin kuih bulan eggyolk. Nantilah mengodernya. Dah survey kat FB nak beli kat mana nanti.



  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. sikit lagi mesti ada kuih bulan cheese hahaha ke dah ada? :p

    BalasPadam
  2. Belum pernah cuba lagi makan kek bulan...

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaaa uii..
    Peberet Sis !!

    BalasPadam
  4. kannn..kuih bulan makan sepotong pun da kenyang sebab sangat rich dan padat...sebab tu agaknya harga dia pun mahal

    BalasPadam
  5. Pernah dulu bos offer kuih bulan. Tapi kuih bulan orang cina yang buat. Tak makan pun bagi dekat kawan chinese. Teringin jugak nak rasa kuih bulan ni. Nampak sedap

    BalasPadam
  6. tak pernah lagi makan kuih bulan ni...sedap gaknya yer...

    BalasPadam
  7. Sy suka kuih bulan perisa kacang merah & durian..Tapi moon cake durian agak mahal...huhu

    BalasPadam
  8. lama tak makan kuih bulan ni tau..tapi tak berapa nak suka sangat...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.