Info

Ramadhan Care Untuk Ibu Tunggal & Anak Yatim

8:00 PG

Assalamualaikum

Ramadhan Care Untuk Ibu Tunggal & Anak Yatim | Sedikit hebahan buat rakan blogger, di mana Kelab Susu Ibu Johor sedang menganjurkan satu projek amal.

❤❤❤
Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.


Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.
Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :
Pakej A – sekampit beras 5kg atau 10kg bagi 1 famili,
Pakej B – satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,
Pakej C –  sepasang telekung wanita dewasa atau telekung kanak-kanak yang baharu,
Pakej D – wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.
Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan kombinasi pakej yang tertera.
Bagi Pakej D (tunai), sumbangan perlulah dibuat secara online ke akaun Maybank Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru 5511 3750 7754.
Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551
Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.
Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkansebelum 17 Mei 2017. Dan serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017.
Kami juga amat mengalu-alukan sponsorship daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam Ramadhan Care tahun ini.
Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih.
❤❤❤
Moga projek ini mendapat sambutan. Inilah peluang bagi kita untuk membuat amal. Sama-samalah kita meringankan beban mereka.

Info

Peluang Pekerjaan di gkerjaya.com

12:00 PTG

Assalamualaikum

Peluang Pekerjaan di gkerjaya.com | Kemudahan internet zaman sekarang sedikit sebanyak membantu para graduan yang telah tamat pengajian untuk mencari pekerjaan. Bukan sahaja graduan yang baru tamat pengajian, bah kan mereka yang ingin menukar kerjaya juga disarankan.


Jawatan Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta

Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kerja kosong kerajaan atau pun swasta,  korang wajib follow laman web gkerjaya.com.

- Mereka yang sedang mencari jawatan kosong 
- Mereka yang ingin tukar kerjaya kepada lebih baik 
- Mereka yang baru habis spm/ diploma/ ijazah/ phd dan lain-lain 

Selain itu, pelbagai tips-tips kerjaya diberikan antaranya  :-

- Panduan bina kabel dalam linkedin 
- Panduan permohonan kerja melalui email
- Panduan mohon kerja melalui SPA dengan betul 
- Panduan Mohon jawatan kosong di Jobstreet dengan betul 
- Tips Penulisan resume dan lain-lain lagi. 


Bagus kan ada laman web sebegini. Memang sangat membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. Juga memudahkan para majikan untuk mengiklankan jawatan kosong yang ada di syarikat mereka.

Untuk info lanjut, sila ke gkerjaya.com





Info

Kepentingan Car Charger

9:00 PG

Assalamualaikum

Kepentingan Car Charger | Mungkin ada yang takut untuk menggunkan car charger rentetan ada beberapa kes berlaku di mana kereta terbakar akibat penggunaan car charger. Kebakaran kecil tidak membabitkan nyawa.

Begitu juga dengan kes power bank meletup. Handphone meletup pun banyak kes berlaku. Hingga ada kes kematian.

Sudah sebulan juga saya beli car charger ni di Lazada. RM16.++. Memang murah. Baca review pun semua kata ok. Tujuan memilikinya sebab saya takde power bank. Kadang-kadang bateri handphone drain, lupa nak charge. Tak sempat nak charge pun iye juga.

Kadang kala kita tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Jalan jammed, phone takde bateri. Sekurang-kurangnya, benda ini membantu dalam keadaan darurat.

Car Charger Remax


Kecil je saiznya, ada 3 port.


Pertama kali menggunakan car charger ini. Ok, berfungsi dengan baik.

Micro USB Cable << Klik untuk baca saya beli di mana dengan harga murah dan berbaloi!



Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,
Yang buruk itu datang dari kita (manusia)


Info

Dulu BCard Sekarang B Infinite

2:00 PTG

Assalamualaikum


Dulu BCard Sekarang B Infinite | B Infinite (formerly BCard). I still used BCard untill now. B Infinite (formerly BCard) is Malaysia's Loyalty Program which gives you more rewards for your ringgit. With BPoints, members can earn points and redeem points as cash from our wide range of Merchant Partners.



I have share before how to register BCard. Kindly, click HERE. Also, can find more information at www.binfinite.com.my.





IJM Land

IJM Land Half Marathon 2017 Kini Kembali

3:00 PTG

Assalamualaikum


IJM Land Half Marathon 2017 Kini Kembali | Acara yang dinanti ramai ini sudah memasuki tahun ke-6. Kali ini, ia kembali dengan lebih meriah. Bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2, dijadualkan acara ini akan diadakan pada 31 Ogos 2017.

Pihak penganjur menyasarkan 7000 penyertaan pada tahun ini. Bersedia semua untuk gegaran!



Pelancaran IJM Land Half Run Marathon 2017 dimulakan dengan sidang media. Menurut Dato' Hoo Kim See (kiri), Pengurus Besar IJM Land Berhad (Central Region), acara ini bertujuan untuk menekankan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia dan berusaha untuk membawa masyarakat di Seremban 2 dan sekitarnya menikmati acara sihat ini bersama-sama.

Diikuti, Mr Minoru Osada, Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult (M) Sdn Berhad. Untuk pengetahuan semua, Yakult merupakan Platinum sponsor acara IJM Land Half Marathon 2017.




Pasukan IJM Land bersama-sama dengan rakan-rakan Rasmi IJM Land Half Marathon 2017 di majlis pelancaran media .

Terdapat beberapa kategori dalam acara ini. 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita berumur 18 tahun dan ke atas, dan 10KM untuk kanak-kanak lelaki dan perempuam berumur 12 tahun dan ke atas.

Dengan tagline 'Run Together, Bond Stronger', pelari terpantas akan dianugerahkan 'Grand IJM Land Half Marathon Trophy'. Pelari terpantas untuk 3 tahun berturut-turut bagi kategori masing-masing pula akan dianugerahkan 'Challange Trophy'.
Manakala, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang goodies bag dengan pelbagai cenderahati dari penaja, medal, sijil penyertaan dan t-shirt custom-made Ultron- Micro-dry Finisher Tea. Selain itu, cabutan bertuah bernilai RM10,000 juga bakal dimenangi.

Karnival marathon juga akan dimeriahkan dengan popcorn, cotton candy, aiskrim, belon percuma, badut dan bermacam lagi acara lain. Photo booth juga disediakan dan anda berpeluang bergambar bersama selebriti Malaysia dan duta Yakult, Jack Lim.

Selain itu, ada juga pemeriksaan kesihatan percuma dari Columbia Asia Hospital Seremban. Anda boleh memeriksa tekanan darah, glukosa dalam badan, tahap kolestrol dan rawatan physio.

Pendaftaran dibuka bermula 31 Mac 2017 dan akan ditutup pada 31 Mei 2017 atau lebih awal sekiranya penyertaan mencukupi. Daftar awal untuk menikmati Early Bird Fee sebelum 16 Mei 2017.

Untuk mendaftar dan info lanjut, boleh ke www.ijmlandrun.com.





Aisyah Humaira

Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online

8:00 PG

Assalamualaikum


Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online | Saya rasa ibubapa pasti sudah tahu akan hebahan ini. Rata-rata sudah mula mendaftar anak masing-masing. Saya tidak terkecuali. 



Dek kerana perlu isi rekod imunisasi anak, saya terus masukka buku rekod kesihatan Cik Aisyah ke dalam beg tangan saya bila teringat. Jadi, bila buka beg, akan nampak buku rekod ni dan saya tidak lupa untuk mendaftar secara online.


Pendaftaran tidak lah serumit mana. Hanya perlu isi maklumat yang diperlukan. 10 minit dah selesai.

Untuk pendaftaran, boleh ke laman sesawang,


Alhamdulillah, permohonan Cik Aisyah untuk kemasukan tahun 2019 telah selesai. In sha Allah, dapatlah sekolah yang dipilih nanti. Sekolah pilihan mestilah dekat dengan rumah sendiri dan rumah pengasuh untuk memudahkan semua.






Info

Notis Gangguan Bekalan Air Daerah Johor Bahru

8:00 PG

Assalamualaikum

Notis Gangguan Bekalan Air Daerah Johor Bahru | Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air di kawasan anda, kerja berkenaan akan dilakukan. Justeru itu, gangguan bekalan air tidak dapat dielakkan sebagaimana berikut :- 
Sebab Gangguan :
PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN AIR
Lokasi :
LOJI RAWATAN AIR SULTAN ISKANDAR ( SG LAYANG, PASIR GUDANG )
Tarikh Dan Masa Gangguan  :
08/04/2017  SABTU (10:00 PAGI) hingga 09/04/2017  AHAD (9:00 PAGI)
Jangkamasa Gangguan :
23 Jam
Kawasan Terlibat :   
SELURUH KAWASAN INDUSTRI PASIR GUDANG TERMASUK KILANG LOTTE TITAN, IDEMITSU, WESTERN DIGITAL, SELURUH JOHOR PORT, INDUSTRI TANJUNG LANGSAT, INDUSTRI KOTA PUTERI, INDUSTRI DESA PLENTONG, INDUSTRI SRI PLENTONG, INDUSTRI JALAN MASAI LAMA, INDUSTRI PLENTONG, KILANG SUPER FOOD, INDUSTRI MOUNT AUSTIN, INDUSTRI TEBRAU 1, INDUSTRI TEBRAU 2, INDUSTRI TEBRAU 3 & INDUSTRI TEBRAU 4, PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, PUSAT PERDAGANGAN 1 & 2 PASIR GUDANG, TAMAN CENDANA, TAMAN MAWAR, TAMAN AIR BIRU, KG PASIR GUDANG BARU, KG CAHAYA BARU, JALAN KONG KONG, TAMAN NUSA DAMAI, TAMAN CAHAYA MASAI, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, TAMAN MEGAH RIA, BANDAR SERI ALAM, TAMAN BUKIT RINTING, TAMAN RIA PLENTONG, KUARTERS LOJI SULTAN ISKANDAR, PUSAT LATIHAN SAJ, KG PLENTONG BARU, TAMAN CAHAYA KOTA PUTERI, KG KUALA MASAI, TAMAN PASIR PUTIH, TAMAN TANJUNG PUTERI RESORT, KG PASIR PUTIH, TAMAN BUKIT DAHLIA, TAMAN KOTA MASAI, TAMAN BESTARI PERDANA, ECOTROPICS, DESA RAKYAT PERDANA, TAMAN SCIENTEX, BANDAR MASAI, TAMAN RINTING, TAMAN SIERRA PERDANA, TAMAN FLORA HEIGHT, KG TONG SAN, TAMAN PLENTONG BARU, TAMAN SRI PLENTONG, BANDAR PERMAS JAYA, KG TANJUNG LANGSAT, KG PERIGI ACHEH, BANDAR LAYANGKASA, UITM, SEKOLAH ANTARABANGSA EXCELSIOR, KG TELUK JAWA & SG REKOH, TAMAN DELIMA 1 KANGKAR TEBRAU, APARTMENT SERI PALMA, STESYEN PETRONAS, LACE MOTOR, STESYEN PETRON & MAN TRUCK

Nota   :
Harap dapat maklumkan hebahan ini kepada jiran terdekat anda. Terima kasih.
Sebarang masalah hubungi Talian Aduan Bebas Tol : 1 800 88 7474 untuk bantuan atau layari laman web  www.saj.com.my
 

'Sila gunakan air secara berhemah. Elakkan dari pembaziran'


Info

Jerat Sepahtu Sinar

2:00 PTG

Assalamualaikum


Jerat Sepahtu Sinar | Pendengar radio retro Sinar.FM mesti sudah sedia maklum akan segmen jerat menjerat ni kan? Saya merupakan pendengar setia Sinar.FM. Di pagi hari mesti akan dengar 3 jejaka dengan saiz berbeza tu berceloteh. Memang tak kering gusi.

Bagi segmen Jerat Sepah tu Sinar, kalau berjaya, dapatlah RM100. Oleh kerana dah makan bulan je pemanggil gagal, wang terkumpul sudah cecah RM9000! Banyak tu uiiii. Saya percaya, sesiapa yang tengah mengumpul duit hantaran perkahwinan gigi mendail.


Saya adalah salah seorang yang gigih mendail meskipun tak pernah lepas. Hari-hari tau dail! Untung sabut timbul, untung manusia siapa tahu.

Mana tahu ada rezeki kan..



Info

Petanda Kelopak Mata Bergerak

9:00 PG

Assalamualaikum


Petanda Kelopak Mata Bergerak | Sejak dari minggu lepas, kelopak mata saya sering bergerak. Terkedip-kedip tanpa sebab. Keadaan ini sedikit sebanyak merisaukan saya. Mulalah bertanda tanya di dalam hati.

Pinjam dari Google - Naruto Shipuden


Ini saya kongsikan, petanda kelopak mata bergerak:

Kelopak mata sebelah kanan atas bahagian atas 
- Nak tengok atau berjumpa orang jauh atau orang yang lama terpisah atau mendapat berita baik.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah 
- Akan mendapat berita gembira.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas 
- Seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak berjumpa kita.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah 
- Akan menangis (Mungkin kerana menerima berita kurang baik/ musibah)

=========================

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, kelopak mata saya yang bergerak tu sebelah kanan atas. Tak tahu lah petanda ini dapat membantu atau tidak. Cuma mampu berdoa, tiada perkara buruk akan berlaku. Wallahuaklam..







Info

Bayar Cukai

9:00 PG

Assalamualaikum


Bayar Cukai | Semua orang tahu kan, Pejabat Pos ni memang pelbagai fungsi. Entah macamana hari tu, en.suami minta saya bayar cukai pintu di pejabat pos, selalu dia bayar sendiri. Tak pasti dia bayar online atau macamana.

Saya turutkan sahaja bayar di pejabat pos. Pejabat pos pun bukan jauh sangat dengan tempat kerja, bersebelahan kedai makan pula tu.

Cukai pintu ni kami bayar 6 bulan sekali. Tak ingat dah ntah berapa kali dah bayar. 
6 bulan sekali, RM96.90.
Kalau dah duduk sejak tahun 2012, kiralah sendiri. 2 tahun progress rumah dulu, 2010-2012, tak perlu bayar. Sejak bayar penuh tahun 2012, kenalah bayar. Sebelum ni kawasan perumahan kami bawah MPJB, tapi sejak tahun lepas sudah bertukar bawah MPPG pula.

Selesai


Ini pula kisah insurans kebakaran rumah. Juga perlu dibayar di awal tahun. Perlu dibayar sebanyak RM126.92 setiap tahun. Yang ni transfer online sama macam bayar loan rumah.

Selesai


Cukai tanah jangan dilupa. Nanti kena penalti. Cukai tanah, tak dapat surat ye. Terus je pergi pejabat tanah dan bayar.

Patutlah awal tahun selalu orang dapat bonus, dapat ringankan sedikit beban. Tapi, kompeni kami ni, kalau tak sampai bulan 3 atau 4, memang tak nampak lah bayang bonus.




Blogger

Robi, an Interactive Trilingual Robotic Companian Is Coming To Malaysia

9:00 PG

Assalamualaikum


Robi, the popular interactive trilingual robotic companion that speaks Manglish, will be making its way to Malaysia next month. The launch event and roadshow will take place in One Utama Shopping Centre on March 10 - 12, 2017. The event will be attended by Robi’s creator, Professor Tomotaka Takahashi and Hajime ‘Jimmy’ Murano, the Chief Executive Officer & President of DeAgostini Japan.



Robi is a fusion of sophisticated design and advanced Japanese technology that was designed to provide interactive bonding experience for the entire family.  More than 130,000 Robi robots has been assembled by fans around the world, making Robi the world’s best-selling humanoid robot from Japan. Building on the theme of “ASSEMBLE ROBI, UNITE A FAMILY”, the event will also provide opportunities for families to get acquainted with Robi through hands-on experience. Apart from having an extensive vocabulary of more than 250 English and Mandarin phrases, Robi can also sing, dance and control your TV. Most importantly, Robi has been exclusively re-programmed to speak several phrases in Bahasa Malaysia, only available in Malaysia.

Robi will be sold at a wide range of Malaysian retailers via a weekly DeAgostini magazine which will feature the latest Robi parts, simple assembly instructions and educational articles focused on electronics and robotics. Over the course of 70 issues, Malaysian parents (and gadget lovers) will be able to construct Robi, in the process enjoying quality face-time time and experiences with their children.

Parents interested in learning more are invited to visit the roadshow at One Utama and get to know and play with some completed Robi’s! There will also be a daily ‘Robi Rave’, dance performance featuring 100 Robi robots at 3:30pm and 7:30pm on 10th March 2017, 11:00am, 3:30pm, and 7:30pm on 11th March 2017, and 11:30am and 3:00pm on 12th March 2017.

EVENT DETAILS:
Date: 10 to 12 March 2017 (Friday to Sunday)
Time: Mall opening hours, with Robi Rave performance at times stated below.
Venue: Highstreet, One Utama Shopping Centre


DEA160155_MY_A5 Leaflet2pp-R3-02%5b3%5d

For more information, please visit http://www.myrobi.my/https://www.facebook.com/robimykl/
or call 03-2168 3738 (Mondays to Fridays, 9am – 6pm) for general enquiries.



Info

Perasmian Jelajah Usahawan Miti & Agensi 2017

6:08 PTG

Assalamualaikum



25 Februari 2017 - Perasmian telah diadakan di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. Karnival ini berlangsug selama 3 hari bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2017 dan dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Perdana Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.

Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.










Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

πŸƒ Career Fair
πŸƒ Food Truck
πŸƒ Forum Perdana
πŸƒ Innorace / Infotaiment
πŸƒ Aktiviti Tarikan Pengunjung
πŸƒ Info Booth Agensi

Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

πŸƒ Pemeriksaan Kereta Percuma
πŸƒ Program Halal Cilik
πŸƒ Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
πŸƒ Mini Showcase SDSI
πŸƒ Pertandingan Catur Bistari
πŸƒ Khidmat Nasihat Keusahawanan
πŸƒ Cabutan Bertuah














Blogger

Name Card FREE Hanya di Pixajoy

9:00 PG

Assalamualaikum

Name Card FREE Hanya di Pixajoy | Tengok tu tengok tu, namecard dah sampai. Berdezzzup sampainya.

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya buat kad nama? Untuk apa? Sebenarnya, banyak kegunaanya untuk mendatang. Seorang blogger ibarat orang berbisnes, perlu ada namecard. Walaupun berblog atas dasar suka-suka, ada masanya blog mampu menjana pendapatan sampingan. Contoh, untuk produk review berbayar.

Parcel yang sampai hari tu.


Bila parcel dah sampai, rasa teruja nak buka. Tak sabar weh nak tengok kad sendiri. 


Cara Mendapatkan Name Card FREE

1- Buka laman web www.pixajoy.com.my

2- Pilih "Products" dan klik "Name Card"


3- Kemudian, klik pada "FREE Personalised Name Cards"



4- Ada banyak pilihan. Boleh pilih design yang korang suka. Macam saya, saya pilih "Business Cards" dan pilih bahagian "Beauty & Spa" iaitu "Strike"




5 - Sudah buat pilihan bentuk kad, boleh la mula design kad sendiri. Klik kotak hijau sudut bawah kanan, "CREATE FREE"


6- Kemudian, akan minta kita login samada menggunakan Facebook atau G+. Pilih lah mana-mana, tak kisah sebab hanya sekali buat untuk 1 akaun. Saya menggunakan Google+. 


7- Isikan maklumat yang diminta. Mudah sahaja.



8- Jika berjaya, akan keluar macam bawah ni. Apa lagi, "GRAB NOW". Nanti akan dapat email yang menyatakan kita berjaya untuk dapatkan kad nama percuma.



9- Kemudian, keluar estimated masa. Terus je klik "CLICK HERE TO START CREATE YOU NAME CARD"



10- Mulalah mendesign kad nama korang. Background boleh tukar ikut warna yang korang suka. Font dan saiz juga boleh tukar. Nak upload gambar pun boleh. No hal lah! Pendek kata, ikut kreativiti korang.


11 - Sudah siap semua, teruskan dengan klik "Add to Chart" di sudut atas kanan. Teruskan, klik "My Cart" dan boleh la "Check Out".

12- Pastikan alamat penghantaran adalah betul dan HANYA perlu bayar cas penghantaran termasuk GST! Berbaloinya!!

Terms & Conditions (Free Name Cards):
  1. Free name cards are only printed on 1 side .

  2. Once you have successfully grabbed a set of free name cards, you are required to submit your design within 14 days. 

  3. Shipping fees to West Malaysia are RM8.48; East Malaysia are RM12.72; Singapore are RM25.44 (inclusive of 6% GST).

  4. You may only order 100pcs per successful grab. 

  5. You may only claim one (1) set of 100pcs name cards once a month. 

Mudah kan untuk mendapatkan kad nama percuma ni. Dapat 1 set tau, 100 pcs. Yang paling penting, ianya PERCUMA






Inilah kad nama saya! Simple je. Tak mau serabut-serabut. Kad dia pun ok sangat. Yang paling penting, penghantaran memang cepat. 2 hari je selepas submit, tup-tup dah sampai.

^____^




Terima kasih pixajoy!





Info

Manfaat Air Suam

11:50 PG

Assalamualaikum
Manfaat Air Suam | Perkongsian rakan lagi. Moga bermanfaat untuk sendiri dan rakan-rakan.

Gambar pinjam dari Google

Manfaat Air Suam
Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan, 

Penyakit sakit kepala,
Migrain,
Tekanan Darah Tinggi,
Tekanan Darah Rendah,
Sakit Sendi,
Tiba-tiba meningkatkan dan mengurangkan denyutan jantung,
Epilepsi,
Tahap peningkatan kolesterol,
Batuk,
Rasa tidak selesa badan,
Sakit Golu,
Asma,
Penyakit batuk kokol,
Penyumbatan Pembuluh Darah,
Penyakit yang berkaitan dengan Rahim & Air Kencing,
Masalah perut,
Kurang selera makan,
Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.


Cara Penggunaan Air Suam
Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.
Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukannya.

Terapi air suam akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya;

πŸ‘‰ Diabetes dalam 30 hari
πŸ‘‰ Tekanan darah dalam masa 30 hari
πŸ‘‰ Isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
πŸ‘‰ Semua jenis kanser dalam 9 bulan
πŸ‘‰ Urat tersumbat dalam 6 bulan
πŸ‘‰ Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
πŸ‘‰ Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
πŸ‘‰ Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
πŸ‘‰ Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
πŸ‘‰ Penyakit jantung dalam 30 hari
πŸ‘‰ Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
πŸ‘‰ Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
πŸ‘‰ Kolesterol dalam 4 bulan
πŸ‘‰ Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
πŸ‘‰ Asma dalam 4 bulan.

Air Sejuk Tidak Baik Untuk Anda
🌻 Dimasa lalu, orang pernah berkata bahawa air sejuk tidak memberi kesan kepada anda pada usia muda, ia akan membahayakan kamu di masa tua kelak

πŸ‘‰ Air sejuk akan menutup 4 urat jantung ♥ dan menyebabkan serangan jantung; Minuman sejuk adalah sebab utama kepada Serangan Jantung.

πŸ‘‰ Air sejuk menimbulkan masalah di dalam hati; menjadikan lemak terperangkap di dalam hati. Kebanyakan orang yang menunggu untuk pemindahan hati adalah mangsa peminum air sejuk.

 πŸ‘‰ Air sejuk memberi kesan kepada dinding dalaman perut.

 πŸ‘‰ Air sejuk memberi kesan kepada perut dan usus besar dan menyebabkan kanser.

Wallaahu'alamu 



Info

Zoo Johor

12:21 PTG

Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.