Frozen Food

Hasil Yang Gembira

3:58 PTG

Assalamualaikum


Hasil Yang Gembira | Dalam kesulitan pasti ada kemudahan. Dan aku sentiasa percaya dengan izinNya. Walau datang kesulitan apa pun, yang penting kita berusaha, berikhtiar untuk mengatasinya. Dalam masa yang sama gandakan berdoa.


Pinjam dari Google


Rezeki setiap orang tak sama. Ujian setiap orang juga tidak sama. Apatah lagi cara pemikiran dan pendapat orang. Tidak pernah sama. Kalau sama pun mungkin 50%.

Dalam forma jual beli, sudah tertera nama aku dan suami. Memang dah tau kami dapat rumah pampasan berupa rumah flat tu dari 2 tahun lepas. Masa tu Alif masih dalam perut. Bukan semua orang dapat rezeki beli rumah 2 buah. Nak dapat sebiji pun payah dah sekarang ni. Aku, memang bersyukur sebab sudah ada 2 buah rumah.

Nampak seolah mudah kan? Siapa tahu akan kesusahan yang kami alami? Nak petik bunga ros yang cantik, yang wangi pun perlu menjaga tangan, elak dari terkena duri. 


Eh, sebenarnya aku nak kongsikan kegembiraan aku sebab aku ada jual karipap goreng pagi-pagi. Letak kat Wak van biru. Wak ni bukan orang tempatan, tapi aku hormat dia sebab lebih tua dari aku dan aku tengok dia jenis tak kisah. Sesetengah orang kita pun sombong nak mampus. Siap cerita dengan aku macam-macam.

Aku? Memang jenis muka tembok. Tak heran dengan apa yang orang keliling cakap. Aku jual karipap tu halal. Tak menyusahkan siapa-siapa pun. Makanan. Aku masak, tentulah sedap, bersih. Yang utama, aku tak malu pun jual karipap, malah bangga sebab hasil jualan aku disukai ramai. Alhamdulillah.

Sikit pun rezeki. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tamak, nanti jadi seperti anjing dan bayang-bayang. Jangan tamak, bak pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Pagi tadi, wak van biru cakap, dia sampai-sampai orang dah tanya, mana karipap wak?

Karipap sedap



Luahan Hati

Setelah Bercuti 3 Hari

8:48 PG

Assalamualaikum


Mood pagi ni agak swing. Sedih.. Pagi-pagi air mata dah mengalir sebab Cik Aisyah tinggal ibu ayah dia, ikut nenek dan atuknya balik kampung. Seboleh-bolehnya dia nak ikut nenek dan atuk. Siap masuk kereta atuk dah. Ibu pula kelam kabut kemas pakaian dia, susu dia untuk dibawa.

Dah tak makan pujuk.

Ibu cakap nanti balik kampung, ibu ayah takde.
Adik takde.
Kakak duduk dengan nenek, dengan atuk, dengan pak chik mak chik.
Dengan Aliya.

Aisyah angguk je. Ermmm...

Ibu pula yang meleleh airmata. Sebak. Drive pergi kerja pun teringat dia. Tapi, cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam dan fikir baik-baik. Lega.

Sekarang, depan PC, update blog dulu sebab nak buang perasaan sedih ni. Eiii sebak lain macam lah hati ni.
Cop dokumen pun ada yang senget benget.

T____________T

Tak pernah berenggang dengan dia. Tak pernah berjauhan walau sehari, apatah lagi berhari-hari. Hari-hari tidur sebelah. Tiba-tiba dia takde. Walaupun perjalanan ke kampung 2 jam sahaja, tetap rindu dia. Terasa rumah sunyi nanti.
Adik Alif pun monyok je muka pagi tadi. Perasan kakak takde duduk seat belakang. Biasa mulut becok dia tak berhenti cakap macam-macam, tanya macam-macam. Dalam kereta terasa sunyi je.
Harap Aisyah tak cari ibu malam nanti. Ibu dah pesan, ubu takde. Ibu tak balik rumah nenek. Ibu kerja. Ayah kerja.

Kawan

Kuatkan Dia

10:48 PG

Assalamualaikum


Sampai hari ini aku seolah-olah bermimpi. Mimpi dengan khabar berita seorang rakan. Tiba-tiba terasa seolah satu kehilangan. Selalu ada je dia dalam whataps group kami. Bila dia senyap, terasa 'hilang' seorang rakan tempat bergurau senda, mengadu domba.

Bila mendapat berita buruk, ucapkan...

Hari ini, hari ke-3 aku mengetahui berita itu. Sedangkan dia sudah lama lena di situ. Kandungan gula dalam badannya terlalu tinggi, menyebabkan dia sesak nafas dan dia ditahan wad.

Dia ditidurkan pada tanggal 19/11/2016. Sewaktu aku melawatnya, dia sudah 3 hari ditidurkan.

Lidah ku kelu. Aku terkedu. Melihat dia terbaring di situ. Dengan pelbagai mesin di sisi. Wayar berselirat sana sini, hinggakan mata ini tidak tahu wayar yang ini ke mana, yang ini pula ke mana.

Hati ini sayu. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Dalam masa yang sama, aku mensyukuri nikmat kesihatan yang aku kecapi. Allahuakbar..

Aku diam, tapi sambil tu ada juga bercakap dengan kawan seorang lagi. Wad ICU, hanya dibenarkan 2 orang pelawat untuk satu masa. Aku tidak menyapa dia sebab aku tahu, aku akan menangis.

Bayi dalam kandungannya, alhamdulillah sihat. Bayi belum cukup matang lagi, baru 31 minggu. Dalam keadaan tidur, sesekali tangan dan kakinya bergerak. Lebih menghibakan, melihat airmatanya mengalir. Aku terdiam. Melihat dia tidak lama, sebab mungkin ada orang lain yang menanti diluar untuk melawanya.

"Aku balik dulu, ina. Assalamualaikum.."

Suara aku bergetar. Aku tahu, andai aku berbicara lagi, airmataku akan tumpah. Aku hanya terus doakan dia dalam hati.

In sha Allah, kau kuat. In sha Allah kau akan sedar nanti. In sha Allah bayi kau akan selamat. Aku doakan kau cepat sedar, keadaan kau stabil dan kau menjalani kehidupan seperti biasa.






Info

Kesan Kenaikan Minyak

9:58 PG

Assalamualaikum


Masuk bulan november, gempar 1 malaysia akan kenaikan minyak petrol dan minyak masak. 1 November 2016, tarikh kenaikan minyak dan menaikkan kemarahan semua rakyat termasuk saya. Kesan kenaikan ini berpanjangan, kalau dah naik memang susah nak turun.

Semalam saya dah isi minyak kereta, ron 95 je. Pastu, dah beli minyak masak Alif 5kg dengan harga RM20.30. Apa yang saya perasan, harga barang-barang lain pun dah naik harga. Naik sikit-sikit, kita tak perasan. Santan kelapa kara kotak kecil 200ml tu pun dah RM2.80! Mahal tuuuuu...

Belanjawan bulanan perlu dirombak. Nasib rakyat marhaen macam kami, nak beli barang pun rasa takut-takut. Kena buat kira-kira dahulu. Nanti bajet lari. Lari dia laju lak tu sampai kita nak kejar pun semput. Pheww...


Rakyat memang takde pilihan. Nak taknak kena beli. Kesian pada peniaga, rata-rata peniaga makanan adalah orang melayu. Minyak masak dengan makanan memang sinonim, tak dapat dipisahkan. Tambah pula kenaikan harga petrol. Barang-barang lain pun naik harga.



Anak-anak

Aku Sering Sendiri

9:00 PG

Assalamualaikum


Aku bukan PJJ. Aku sebumbung dengan suamiku. Aku berjumpa suamiku saban hari. Tidur sebantal saban malam. Suamiku ada di rumah bila habis waktu kerja hingga anak-anakku tidak boleh berenggang dengan ayah mereka.

Tapi, kenapa aku sering sendiri?

Sering sendiri ke KK bawa anak check-up.

Suamiku bukan senang nak keluar dari tempat kerja. Kerjanya tidak boleh ditangguh, tak macam aku. Boleh tinggal sekejap, minta kawan cover. Dapat pula kawan yang baik-baik, bos yang baik. Aku nak keluar bila-bila masa pun boleh.

Aku sering sendiri bawa anak check-up.

Bukan kerana aku terlalu kuat. Aku wanita biasa-biasa sahaja. Keluar rumah awal pagi, hantar anak ke rumah pengasuh, kemudian terus menandu ke tempat kerja. Tak tuk tak tuk tekan papan kekunci. Siap, save, print, check, minta bos-bos sign, scan, re-name file, send email, check for delivery, sambung buat report lagi. Kadang kala ada gangguan, minta bawa file ke bilik meeting.

Bila bosan, tengok keliling kosong, sambung semula hadap PC, buka pula blog sekejap, baca entri kawan-kawan, drop komen 3,4 blog. Log out. Sambung siapkan report, check email.

Aku sering disapa ketika di KK, "sorang je?" Aku sekadar mengiakan dengna senyuman. Kadang-kadang si kakak ikut, dengan mulut becoknya, dengan aktifnya. Rasa nak jentik-jentik juga. Si adik pula adakalanya mengaruk. Kepanasan, nak menyusu, nak tidur. Tahu sajalah, menanti giliran bukan seminit dua, cecah berjam-jam lamanya.

Mungkin ada yang pandang sinis pada suamiku.

Tapi, tidak pada aku. Aku tidak pernah terfikir nak merajuk ke apa ke. Tak pernah. Aku biasa je. Tak sempat rasa nak merungut. Ini kan anak-anak aku, nak merungut kenapa. Dia kan suami aku. Cari rezeki buat kami, biarlah dia. Aku masih berdaya. Sedikit pun aku tak terbeban.


Pinjam dari Google












Luahan Hati

Aku Memang Degil

10:00 PG

Assalamualaikum


Dari mata turun ke hati.
Dari hati turun ke mulut.
Kadang hati kata lain, mulut kata lain.
Sebab akal bertindak menapis kata hati.

Semua orang perlukan sokongan. Dan aku memang jenis degil. Tak mudah putus asa. Tapi, orang 'degil' maacm aku ni kalau dah 'jatuh' memang sakit. Sebab aku degil.

Apa yang aku lakukan, aku sandarkan positif dan doa. Dua perkara ni amat penting dalam hidup. Apa jua yang aku sasarkan, aku akan lakukan cuma lambat atau cepat.

Aku memang degil.





Aku memang sentiasa bersemangat dengan apa yang aku lakukan. Apa jua yang aku suka lakukan aku rasa bahagia.

Walaupun aku penat, walaupun aku rasa sakit, walaupun orang pertikaikan, walaupun orang tak peduli.

Aku tidak mahukan kasihan. Aku hanya mahukan sokongan.
Tak kira dari siapa pun. Sokongan dari sekelilinglah yang menjadi penguat aku.




Nota Hati : Kasihan & sokongan itu dua perkara yang berbeza...







Luahan Hati

Tiada Yang Mudah Di Dunia Ini

9:00 PG

Assalamualaikum


Bukan senang nak senang,,
Bukan susah nak susah,,

Membina semangat di awalnya memang kelihatan mudah. Terasa semangat kental, keras, padu, setinggi gunung kinabalu.

TAPI..

Bila semangat itu mula diuji, terasa semangat yang asalnya tinggi menggunung seakan ditarah hingga tinggal separuh.

Agak lama untuk ditimba semula agar semangat itu kembali seakan gunung tadi.

Sewaktu menimba, tanah mudah luruh kembali sebab belum cukup kental. Perlu mendaki sedikit demi sedikit sewaktu menimba. Lebih sukar dari menarah!

Iye..ianya amat PAYAH!

Tapi, percayalah Allah itu ada,,Maha Mendengar. DIA sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya..







Luahan Hati

Genap 7 Tahun!

2:03 PTG

Assalamualaikum

3 Ogos 2009..

Tak sangka saya sudah 7 tahun di sini. Alhamdulillah.. Meskipun selalu meroyan nak berenti kerja sebelum ni sebab kerja banyak sangat-sangat sebelum ni, tapi tahankan sebab tak dapat kerja lain.
Tahun 2016, so heaven. Projek kurang, kerja pun kurang. Gaji tetap berjalan, cuma takdelah OT, sebab kerja tak banyak kan. Baru terasa bertuahnya kerja di sini setelah penat meroyan bertahun-tahun dengan kerja yang berlambak.
Fair and square la.. ada masanya kita sibuk. Ada masanya kita freeee sampai tahap nak bawak bantal tidur kat office hari-hari.
Tapi, lab sekarang sibuk yang amat sebab ada projek lain dan join venture dengan company lain. Khas untuk lab sahaja. Saya? Uit,,,documentation only. Memang takde kena mengena dengan lab.
Moga saya terus ada rezeki di sini. Sebab terlalu banyak jasa kompeni ni pada kami sekeluarga. Teruk mana pun layanan diterima, tetap dipandang cantik sebab di sinilah dapat duit bulan-bulan. Taklah teruk mana selagi ianya tidak mendatangkan masalah pada kita.
=================
Bila seorg engineer menyuarakan hasrat hatinya utk berenti kerja,
Kemudian,dia hanya ingin menjadi seorg kerani,,

Keputusannya dibantah mentah2 oleh suaminya,
Agak sinis seolah2 kerani ni tiada masa depan.

"Dari jd kerani,baik duk umah.penat je lebih,gaji x seberapa"
Berapa ramai kat luar ni keje sebagai kerani termasuklah aku,
Alhamdulillah, cukup utk bulan2.
Dapat bayar kete kecil,ptptn,duit upah pengasuh,pamper,susu anak.

Itu lebih baik dr langsung takde income langsung.
Aku terasa tp mengabaikan perasaan itu.

Mgkin kau mampu sekarang,tp sentiasa igt, segala keselesaan y kau miliki itu hanya pinjaman. Berapa ramai y dibuang kerja,vss diluar sana? Walhal kerja sudah berbelas tahun dgn gaji y selesa.
Sentap! Iye,& saat itu aku sedar level aku dgn dia mmg jauh.
Sketsa dunia penuh kepuraan.

Nota Hati : Let it go.....



Luahan Hati

Tak Mahu Layu

1:05 PTG





Seperti bunga mekar di dalam pasu itu, aku juga mahu kekal mekar begitu.
Tidak mahu layu hanya kerana 'sedikit terik mentari'.


Alif Ziyad

Perjalanan : Checkup Adik 5 Bulan

3:09 PTG


Entri taip laju-laju...baca dari awal hingga akhir supaya tidak ada rasa sangsi.


22 Februari 2016 - Checkup Adik Alif 5 bulan. Kalau diikutkan, Adik akan genap 6 bulan hujung bulan ini. Tak lama lagi Adik dah boleh makan.

Berat Adik, 6.1kg.

Wewwww,, Itu pun Adik dah pandai geram bila tengok orang makan. Pernah sekali, dia rampas buah limau dari tangan pengasuh. Geram sangat tengok orang kunyah-kunyah agaknya. Paling comel bila kami sekeluarga makan, dia perhatikan kami dan mulutnya turut mencicip-cicip. Kesian pun ada. Alahai..sabar sikit lagi dik,,

Adik Alif tak nangis bila diinject. Wah...saya sangat terkejut. Control macho sungguh dia. Bila saya ambil dia dari rumah pengasuh selepas balik kerja, dia masih tidak demam. Bila pagi menjengah, dalam 4 pagi, saya rasa badannya sudah mula hangat. Cepat-cepat saya jelum. Panasnya surut. Dedar je. Tapi, hati tetap risau masa tu.

Saya pesan pada Adik Alif, "Adik, adik jangan demam. Ibu tak boleh cuti, sayang. Banyak kerja"
Seolah memahami, hangatnya hilang. Allahuakbar.

Sebelum ni, walau susu badan saya sikit, saya perah dan simpan walaupun hasil pam seharian tak sampai 3oz. Takpe, lebih-lebih lagi bila dia diinject. Saya tetap bagi walaupun sikit. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetaui. Adik ok je, badan tiada tanda langsung untuk demam.

Agak sedih kali ini, selepas Adik Alif diinject, susu formula sahaja yang menanti buat dia. Adik Alif tidak demam pun saya sangat bersyukur. Alhamdulillah.




Ada 2 perkara yang buat saya kesal semasa checkup tempoh hari.
1. Nurse salah tulis nama ubat di transkrip.
- Terpaksa patah balik ke bilik pemeriksaan untuk dia perbetulkan nama ubat.

2. Nurse lupa tulis tarikh temujanji berikutnya.
-Terpaksa saya ke klinik semula pada esoknya untuk dapatkan tarikh termujanji.


Saya tahu ramai orang yang perlu mereka layan. Salah saya juga sebab tak tengok transkrip ubat dan tidak semak buku selepas habis checkup. Walaupun klinik kerajaan kita tiadak perlu bayar, tapi gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Kerajaan juga kutip duit dari mana?

Harap, perkara yang sama tidak berulang lagi. Walau apa pun, saya masih akui perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan masih baik dan mesra. Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik.



Luahan Hati

Kuatkah Hati?

5:20 PTG


Pernah tak rasa seperti mahu meluahkan tapi tak terluah? Tak terluah sebab takut ada orang sekeliling yang akan terasa hati. Bahkan, ada juga yang akan memberi nasihat yang tidak membantu langsung.




Kenapa saya tak keluar? Memang saya mahu keluar dari sini. Nak sangat. Tapi,,, "rezeki saya masih di sini".
Dan kalau boleh, andai satu hari nanti saya melangkah keluar, saya tidak mahu masuk ke sini semula. Rasa tidak adil dengan orang lain juga.

Ada masanya bila rasa sentap, dada seolah-olah rasa nak pecah. Tapi, cuba positifkan diri. Percaya yang rezeki saya masih di sini. Mungkin sudah tertulis rezeki saya bukan pada gaji yang besar. Walaupun kadang kala rasa tak adilnya mereka ni!

Kadang-kadang tertanya-tanya, apa guna appaisal? Appraisal saya cun setiap tahun. Apa guna attendance cantik setiap hari?

Dan paling tak suka, apa guna HOD cakap saya OK, takde masalah!


Tiba-tiba terkenang kenangan lama selama di sini.


Nota Kaki : Terlalu banyak untuk diluahkan tetapi tidak terluah..






Breastpump

Tak Semua Ibu Mampu

8:30 PG


Berat untuk saya kongsikan cerita ini. Tapi, saya kuatkan hati untuk ceritakan juga. Agar saya tidak dikecam. Tidak dipandang serong. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terasa kerdilnya diri ini.

Untuk kali keduanya saya jual breast pump saya. Breast pump ni sangat best. Ok dan cantik. Tapi, susu badan saya makin kering. Walaupun saya pam ikut jadual, lama-lama tetap kering juga.

Semuanya berpunca selepas pulang dari Jerantut. Dek kepenatan mungkin, pam punyalah lama, tetap tak keluar dah. Saya tak mahu terus frust, 4 bulan pada saya sudah cukup lama untuk berusaha. 2 bulan ketika cuti berpantang dan 2 bulan selepas naik kerja.

Mungkin saya tergolong dalam golongan 3 % itu sebab ciri-ciri semuanya ada pada saya. Tapi, saya tetap mahu buktikan saya bukan tergolong dalam golongan itu dan selama 4 bulan saya berusaha tanpa kecewa. Pada saya, usaha dahulu. Baru boleh cakap takde susu.

Saya masih ingat lagi bekas rakan sekerja saya dahulu pernah ceritakan tentang seorang ibu yang pada awalnya takde susu. Tapi, berkat kesabaran beliau mengepam saban hari tanpa jemu walaupun hanya keluar angin, akhirnya dia berjaya. Dia mengepam selama sebulan!

Akhirnya, saya mengalah. Bukan rezeki anak ke-2 saya juga. In sha Allah anak lain. Allah itu Maha Kuasa. Mungkin ada keajaiban buat saya satu hari nanti.


Breastpump ini telah saya jual pada hari ahad yang lalu agar saya tidak terus kecewa. Think positive ya!!


Selamat tinggal kenangan.


Memang taknak simpan. Simpan pun buat apa. Takut rosak. Warranty cuma setahun. Kalau motor tak rosak pun, perlu diservis. Itu pun tak tahu bila akan digunakan lagi. Takpe, nanti kalau ada rezeki tambah anak, beli lagi. Banyak kan preloved, kadang tu pakai tak sampai sebulan pun.

"As breastfeeding supporters, we need to understand that the small percentage of women who cannot produce enough milk is real.  One of the least understood causes of low - or sometimes no - milk production is breast hypoplasia, also known as insufficient glandular tissue (IGT).
What is IGT?  If we liken the lactating breast to a factory, then we could say that, for women with IGT, the workers went on strike before the factory was completely built. This makes it difficult for the factory to bring production up to 100%.  She might produce 80% of the milk her baby needs or just 10%.  For some, production won't ever get off the ground.
What causes IGT?  There are many speculations about the root cause (pesticide exposure during childhood, hormonal imbalance, injury to developing breasts, etc.)  Over the years, there is one common thread I have seen with almost every mom with IGT that I have seen  - irregular menstrual cycles, especially during the teen years.  This makes sense if we know that glandular tissue (the tissue that makes milk) develops with each menstrual cycle and even more develops during pregnancy.  So what happens when a young woman only has 3-4 menstrual cycles per year?  She gets much less glandular tissue development and may struggle with milk production when she has children.  In some women, they report that their breasts were very different from the start - they may be very small or they may be large but look "empty",  or maybe one is large and one is small. They may droop excessively or the areolae may be exceptionally large compared to breast size. These are common markers for IGT but do not guarantee that there will be a problem."

 IGT adalah salah satu punca ibu ini tidak dapat hasilkan susu yang cukup. Macam mana nak mengenalpasti anda mengalami masalah IGT:
1. Tidak mengalami perubahan payudara semasa akil baligh dan mengandung.
2. Tidak merasa bengkak payudara selepas bersalin.
3. Berat bayi tidak meningkat selepas lahir. (Tetapi ini bukanlah satu-satunya indikator yang anda mengalami IGT, berat bayi tidak meningkat mungkin boleh disebabkan oleh lekapan yang tidak betul dan sebagainya. Dapatkan pemerhatian dari pakar kanak-kanak anda dahulu).
4. Tiada bunyi bayi menelan susu semasa menyusu. (Boleh juga disebabkan oleh lekapan yang salah).
5. Mempunyai payudara yang hypoplastic: kecil / besar, mempunyai jarak yang luas antara payudara kiri dan kanan, saiz payudara yang tidak sama (sebelah besar dan sebelah kecil) dan payudara berbentuk tiub (tubular). Namun begitu, tidak semua ibu yang mempunyai bentuk payudara seperti ini mengalami masalah IGT.
6. Payudara besar tetapi tidak firm atau kosong.
7. Pembuangan air kecil dan besar bayi yang sangat sedikit. (Juga mungkin boleh disebabkan oleh lekapan bayi yang tidak betul, dapatkan pemeriksaan dari pakar kanak-kanak anda dahulu.)