Dia tidak menerima komen saya. Malah keluar pula post begini. Saya yang sentap ke anda yang sentap. Terimalah juga hakikat yang anda juga sentap. Kalau tidak, tak mungkin keluar post begini.
Hairan pula bila post dia dah tak naik di wallfeed sayaa. Dia dah unfriend saya kot. Ah..biarlah. Ramai lagi rakan lain yang lebih positif.
Oklah, sekiranya dia ada membaca entri saya ini, di bulan mulia ini saya memohon maaf andai komen saya menyinggung hati dan perasaannya. Saya upload pun secara berhemah, sorok identitinya dan identiti yang lain-lain juga.
Cuma, nasihat saya. Post anda itu terang-terangan menyinggung perasaan orang ramai. Mungkin mereka tidak komen tapi tetap terdetik dalam hati orang yang membacanya. POST PERTAMA ANDA TERLALU UMUM, menggambarkan semua warga Johor ni tak beradab. Tambah pula perkataan MAJORITI.
Di Johor ini bukan semunya asal Johor yang menetap di sini. Ramaaaaiiii sangat orang luar ye. Mereka berhijrah ke Johor untuk mencari rezeki. Jadi, bermuafakatlah kita. Muafakat Johor.
2 Ulasan
alahai. alahai. dia la sentap tuu. pastu nak salahkn johor. da kenapa. sabar jela sis :)
BalasPadamassalamualaikum mar...bulan puasa pun nak buat post yg begini ke...kita sebagai umat islam ni sepatutnya jaga percakapan agar tak menyakitkan hati sesiapa...manusia ni kekadang ada yg mcm ni...
BalasPadam** Mama Maszull
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.