Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Kuih Akok

Assalamualaikum

Resepi Kuih Akok | Biasalah ke param sesaja untuk mencari makanan yang rasa mata sedap memandang dan tekak terliur. Bila bulan puasa ni, terasa suka makan kuih manis meskipun hakikatnya tidaklah makan sangat, lebih kepada teringin dan merasa.
Kuih akok ini saya beli RM2/ 3 biji. Sebab teringin nak rasa dan tak pernah makan pun sebelum ni. Rasa dia lemak-lemak telur gitu ek. Dah macam puding karamel versi bakar pun ada. Teksturnya lembut. Oklah..

Saya simpa resepi ini di sini agar mudah saya rujuk.


Kuih Akok

Bahan-Bahan :-
(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)
- 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
- 1 cawan air 1/2 cawan gandum 3 helai daun pandan (carik-carik)
- Secubit garam

Cara-Cara :-
- Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.
- Masukkan acuan ke dalam oven.
- Satukan gula kabung, air dan daun pandan.
- Masak hingga gula hancur.
- Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).
- Tapiskan 
- Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut 
- Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

~ Sumber : SINI



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Akak ada lah beberapa kali mkn kuih akok ni mar..
    Ada satu akak mkn tu sgt sedap tak terasa sangat telurnya..

    BalasPadam
  2. nyum2 sedapnyaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. akak suke kuih akak yg kurang manis... kalau balik kg kt terengganu kuih akoknya bsr n manis leting... tak sanggup nk mkn banyak2

    BalasPadam
  4. masa pertama kali saya makan kuih ni, saya ingat telur dadar..makan dgn nasi lps tu rasa pelik sbb manis. rupanya ni kuih

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mar...mama x pernah rasa kuih ni...sedap ke rasanya...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code