Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6

Assalamualaikum
Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6 | Saya ada kongsikan sebelum ini, teaser : surprise, ada rakan yang meneka betul. 

03.06.17 - Merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6. Tarikh 3 Jun 2011 kami selamat diijabkabulkan.

Sesaja rajin nak buat surprise untuk en.suami. Biasalah, bila tersedar akan kesilapan diri, wajiblah meminta ampun dan maaf. Ada kalanya keegoan lebih menebal dalam diri. Saja guna cara ini untuk menebus setiap kesilapan yang kita sendiri tidak sedar telah mengguris hati pasangan kita.

Gigih ke kedai yang menjual bahan-bahan ini. Itu pun bantai je beli sebab tak tahu sangat bahan yang digunakan. Ada yang dibeli di kedai eco RM2. Selebihnya, di kedai alat tulis.


Coklat berbungkus-bungkus saya beli di Tesco kerana pasaraya itulah terdekat dengan tempat kerja.


Maka, beryou-tubelah untuk belajar dengan kadar segera untuk membuat chocolate bouquet. Takdelah susah mana. Senang je.



Inilah hasil air tangan isteri buat en.suami. Suami saya memang suka makan coklet, saya pula tak berapa nak heran dengan coklet ni. Sebab itu saya buat khas untuk suami saya.


Cik Aisyah beria mengajar saya cara berikan pada ayahnya. Saya turutkan saja.

"Pengang macam ni ibu. Cepatlah bagi pada ayah.."

Sesudah dirasmikan, makan coklet bouquet bertukar hak milik


Memandangkan bulan puasa, sajian berbuka ala western saya sajikan. Kambing bakar yang sudah siap perap saya beli sahaja, hanya perlu dibakar sekejap sahaja. Kebetulan di kedai runcit yang saya singgah takde brokoli, maka tiadalah bakar brokoli. Hanya bakar sosej ayam bersama lobak merah. Selebihnya hanya goreng kentang goreng.




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Selamat hari ulang tahun. Gigih buat hadiah. Anak dara juga yg untung. Akak ni dah 13 thn kawin, tak pernah nak ingat hari ulangtahun. Tersedar bila dpt mesej dari facebook je. Hehehe

    BalasPadam
  2. Barakallahu lakuma fii khair..
    Buat mar dan suami..
    Semoga kekal hingga ke syurga..

    BalasPadam
  3. Happy anniversary mar. Semoga kekal bahagia til jannah. Sedapnya western food Tu. Pandai mar buat chic bouquet

    BalasPadam
  4. happy anniversary buat mar n suami

    BalasPadam
  5. hahahaha.. bahagia sungguh Si Aisyah dapat coklat.. hahaha

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mar...hepi anniversary mar...moga jodoh kekal hingga ke jannah...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  7. Buat sendiri baru bermakna hadiah tu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code