Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva

Assalamualaikum

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva | Sebelum-sebelum ni tak terfikir nak pakaikan sarung seat kereta ni. Bila dah hampir 8 tahun usianya baru nak pakaikan sarung seat lain. Itu pun bila tengok seat kereta tu dah macam belacan.
Alif jenis yang suka makan dan campak makanan bila tak suka atau dah tak nak makan. Kadang-kadang tu dia suka teraburkan makanan. Haihh la anak. Sudah ditegah, diajar, mengamuk pula.
Maka, belilah sarung seat untuk cik viva kesayangan saya ni. En.suami beli online di FB. Barang dan shipment terus dari China. Dalam 2 minggu dah sampai. Berhuhulah kami laki bini memasang sarung baru ni.

Tiada arahan pemasangan. Belek-belek dan sarung ajelah!




Bukan senang nak pasang ui. Berpeluh juga. Makan masa hampir 3 jam untuk siapkan semua. Tarik tali getah di hujung setiap sarung tegang-tegang, barulah seat akan kelihatan tegang dan kemas. Saya dah macam mekanik kereta, tertonggeng sana sini, mujur lah badan saya ni kecil, senang nak cilok dalam kereta comel saya ni.




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. aahh nmpk lebih kemas dari sebelumnya. ketara perbezaan tu =) yeayy cik viva pun ikut berbaju baru masa nak raya ni =D btw,

    BalasPadam
  2. wow cantiknyaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. wahh si Viva pun beraya dengan baju baru jugak .

    BalasPadam
  4. best la kereta pun dapat baju raya.. berapa harga cover seat tu mar?

    BalasPadam
  5. wahhh seat kete dpt baju raya jugak eh hitam menawan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code