Gambar ini ditangkap di awal pagi sebelum kami keluar rumah. Saya cakap, "nak pergi rumah emak ni..ibu nak keje.."
Laju je dia capai seluar dan sarungkan ke kaki. Saya perhatikan, dah betul dah cuma tak pandai tarik sampai pinggang, sangkut di diaper. Hahaha..
Baju pula belum pandai betul. Main taram je dia masuk ke kepala. Bila tak berjaya, baju tu dibalingnya.
05.06.17 - Bawa Alif checkup 22 bulan untuk timbang berat badan dan semak perkembangannya. Macam biasalah, semakin melasak ni, berat badan Alif tak berapa naik. 8.6 kg je nak oiii.. Alif ni sangat lasak dan aktif. Pendek kata, cuma diam bila tak sihat dan tidur je.
So far, Alif ok je. Cuma bak saya cerita di ataslah, semakin dia membesar, semakin besar jugalah kesabaran kami diuji. Memang menjaga dia ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Sebab kuat mengamuk. Tapi, waktu dia pandai dan nakal, memang geram dan terhibur je dengan telatah dia. Memang pandaii..
Temujanji akan datang untuk usia 2 tahun telah ditetapkan pada 11/09/2017. Lewat 2 minggu sebab checkup kawasan perumahan kami hanya pada hari Isnin sahaja dan tarikh Alif genap 2 tahun selisih pula dengan Hari Kemerdekaan negara dan Hari Raya Haji.
Rindu masa dia macam ni..
3 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamassalamualaikum mar...bagusnya dia dah besar yer...samalah dgn cucu mama mcm ni juga mar...30/9 genap 2 tahun...yg bestnya sama jer semuanya dgn anak mama dr tahun kawin n anak pertama 5 tahun n anak kedua 2 tahun...
BalasPadam** Mama Maszull
berat tu tolak tambah darab bahagi lebih kurang syamil jek..tak sado hahaha..
BalasPadam- Hernee Nazir -
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.