Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Balik Kampung Untuk Beraya : Lazada Blogger Contest

Assalamualaikum

Balik Kampung Untuk Beraya : Lazada Blogger Contest | Lagi 2 hari jeeeeee nak raya. Korang beraya mana ye tahun ni? Saya percaya ada yang dah sampai kampung halaman pun. Tak kurang juga ada yang masih bekerja. Macam saya. Hehehe..

Walau di mana kita beraya, saya doakan kawan-kawan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Moga raya kali ini meriah seperti tahun sebelum-sebelumnya.

Di hari baik, bulan baik, bermaaf-maafan lah sesama kita. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat, kita rapatkan. Moga kegembiraan terus terpancar di wajah masing-masing. Lebih-lebih lagi bila dapat shopping di Lazada.

Sempat lagi ni kalau korang nak shopping untuk hari raya di Lazada. Jangan tak tahu, Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/masih lagi berlangsung dari 19 May hingga 30 Jun 2017 dan menawarkan diskaun hingga 90%!


Week Four Contest: //HAPPENING NOW . Rakan blogger semua, sempat lagi nak sertai contest ni. Untuk syarat, boleh klik SINI.

Theme: Travelling Back Home 

 Contest period: 16 June 2017 - 30 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. Where do you celebrate Raya this year? 
 b. List down your "balik kampung" essentials. 
 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 

❤❤❤

❤ Where do you celebrate Raya this year? ❤

Raya 2017, Syawal 1438H, giliran sebelah en.suami. Maka, kami beraya di Majidi, Johor Bahru sahaja. Tak jauh mana pun, tak sampai 30 minit dari rumah kami kalau tak jammed teruk.
 
Raya ke-2, selepas Zohor akan ke Mersing, kampung nenek saya. Kemudian, hari raya ke-3 akan pulang ke kampung halaman saya! Segamat.


❤ List down your "balik kampung" essentials ❤

Balik kampung sempena raya perlu fikir banyak faktor. Ye banyak sangat! Kalau dah hari raya, pasti adik- beradik lain juga akan pulang sama. Rumah emak abah pasti akan penuh.

- Baju Raya
Perkara paling utama, mestilah baju raya kami sekeluarga.

- Seterika
Dah ada baju raya, mestilah nak gosok pula. Seterika tu penting, perlu bawa sendiri punya seketol. Pula tu bukan sekali guna, esok lusa selama kita berada di kampung mesti nak beraya ke mana-mana dan baju dan tudung perlu di gosok

- Hanger
Dah gosok baju raya, kena gantung. Kalau tak, penat je gosok kan. Selain itu, hanger memang penting untuk gantung baju bila dibasuh. Kalau kampung dekat dengan pekan yang ada dobi layan diri, mudah sedikit kan. Boleh gunakan khidmat dobi 24 jam tu.

- Baju yang cukup
Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Memang perlu bawa baju lebih. Tau jelah budak-budak kan. Makan, kotor. Main, kotor.

- Diaper anak
- Penting sangat ni lebih lagi kalau kawasan kampung, kedai runcit mana lah yang buka bila tiba hari raya. Sebaiknya, bawalah stok diaper yang secukupnya.

- Susu anak
Sama seperti diaper, anak sendiri perlulah kita tahu stok perlu sediakan banyak mana.

- Duit raya
Sudah sedia dimasukkan ke dalam sampul duit raya. Tidaklah kelam-kabut nanti. Duit raya untuk emak, ayah, atuk, nenek, perlu disediakan awal.

- Kuih Raya
Bawalah balik sejenis dua kuih raya buat emak atau mak mertua kita. Ambil hati orang tua sikit. Tak luah pun duit tu.

- Top-up TNG
Paling penting bila kita melalui lebuh raya, jangan lupa untuk top-up TNG. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja.

- Selenggara Kereta
Kalau kereta sudah tiba waktu servisnya, servislah dahulu sebelum pulang ke kampung atau memulakan perjalanan yang jauh. Moga kita selamat sampai ke destinasi. Kalau ternampak mereka yang memerlukan pertolongan, berilah pertolongan. Jangan pula ada yang  mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. In sha Allah..


❤ What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung" ❤

Sudah lama teringin nak beli luggage. Lebih mudah untuk susun pakaian dan lebih kemas bila diletakkan. Tapi, kereta comel sangat. In sha Allah kot rezekit tahun depan.

3 In 1 ABS Travel Luggage (Hello Kitty Love)  - Klik Travel Luggage


Terasa pula kepentingan power bank. Yelah bila hari raya ni masing-masing kadang-kadang lupa nak charge handphone. Bila nak guna, bateri dah flat. Kalau ada power bank, mudah sikit kan.

3

PINENG POWER BANK PN-999 20000MAH-GOLD + POUCH BAG  - Klik Power Bank




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Semua barang yang dipilih memang bergunaaaaaaa!
    Singgah semula dri sini
    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/persiapan-raya-nona-lazada-raya-contest.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code