Mengimbau kenangan semalam bersama anakanda dan kekanda tersayang..
Di kala si comel menginjak usia 5 bulan dan 2 minggu.
Sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit itu, Aisyah tidak betah duduk diam di kerusinya.
Baru 15 minit kereta bergerak, Aisyah sudah meronta-ronta. Ibu angkat Aisyah dari belakang. Aisyah diam.
Terlonjak-lonjak kaki kecil Aisyah ingin berdiri sambil memerhati sekeliling. Ala-ala jakun gituww.
Puas Aisyah merenung cermin sambil tegak berdiri walhal sesekali Aisyah terduduk lembut kerana kaki Aisyah yang belum cukup kuat.
Ibu dudukkan Aisyah di pangkuan Ibu. Aisyah enggan. Meronta mahu berdiri. Ibu layankan saja permintaan Aisyah. Sehingga Aisyah penat. Malah ibu turut penat mengampu tubuh kecilmu itu.
Aisyah yang gemar bergendang sejak beberapa hari ini.
Aisyah bersama ayah kerana mahu melihat wajah ibu..(yeke).
Ayah yang santai (isap rokok le tuww).
Nota Kaki : Tiada apa yang kuminta dariMu selain mengekalkan kebahagiaan kami..Amin..
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.