Kejadian ini berlaku pada 6.10.12.
Aku yang bersemangat waja mahu menghadiri majlis ini tidak dapat hadir akhirnya (cam le orang penting).
Kisahnya begini...
Saat en. suami pulang dari kerja, aku segera menyerahkan tugas menjaga Cik Aisyah Humaira kepadanya. Sepantas kilat aku mengangkat sebakul kain kotor dari dalam bilik. Kunci pintu belakang rumah kami kubuka. Begitu juga pintu grill. Hala tujuku ke mesin basuh berjenama LG.
Selesai mencampakkan kain kotor ke dalam mesin basuh beserta sabun sebuk berjenama Breeze (itu pon nak gitau), aku segera mencapai pisau untuk memotong bawang. Menu hari ini adalah nasi putih bersama ikan kembong masak sambal. Kira ok le tu dari telur goreng mata kerbau. Hehehe..
Selesai memasak, segala peralatan kucuci bersih dan kususun kemas. Dapur tempat kumemasak juga telah kulap hingga berkilap (boleh buat cermin k!).
Tugas berikutnya sedang menanti. Menyidai kain pula. Kulihat Cik Aisyah Humaira begitu galak bergurau senda bersama ayah tercenta.
Jam sudah penunjukkan ke angka 8 malam. Sebentar lagi azan Isyak akan berkumandang. Telahanku benar belaka. Sedang aku fokus menyidai kain baju yang telah dicuci dengan mesin basuh jenama LG dan sabun cuci jenama Breeze itu, laungan azan kedengaran.
Kubiarkan Cik Aisyah Humaira bergelak ketawa dan kadang kala merajuk (sambil meniarap).
Usai tugas menyidai kain, (ntah berapa jam aku di luar rumah), baru aku sedari bahawa Cik Aisyah Humaira yang aku kasihi sedang nyenyak dibuai mimpi. Manakala en. suami sedang enak menyedut asap rokok.
Layan gambar pun sudah mencukupi..
Ini lah majlis gilang gemilang tuhh
piala untuk para peserta & pemenang
nak tunjuk makanan sebenarnya..
Dirasmikan oleh...
para pengadil (adil kewww)
tetamu yang hadir
main game (aku pon tak tahu game apa)..
diorang yang menang game
peserta lelaki sedang menyumbangkan suara
peserta perempuan pula
Inilah pemenang tempat pertama - Sunshine Boy..opsss..bukan pertandingan karaoke kewww???
Nota Kaki : Terpaksa menerima hakikat..bahawasanya suaraku amat-amatlah sedap..huhuhuh
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.