CERITA 14.10.12

By Mar Mansor - 8:36 PG


Tarikh yang jatuh pada hari ahad. Hari yang cukup bahagia buat insan yang bergelar kawan dan rakan sekerja.

Tiada apa yang mampu ibu lafazkan melainkan ucapan tahniah.

Semoga bahagia hingga ke syurga bersama pasangan yang dicintai.

Cik Aisyah Humaira yang tiba-tiba meniarap ketika tidur


Menanti ayah yang belum pulang dari tempat kerja

Jam 12.30 tengahari, bayang ayah tercinta tidak kunjung tiba. Hmm..lambat pula hari ni ayah pulang. Aisyah pula sudah lama enak dibuai mimpi.

Seketika kemudian, 1 pesanan ringkas kuterima dari telepon bimbit berjenama Samsung Corby*henset murah seh.
Jam 2 nanti ayah akan pulang. Wah..lekas saja ibu mengambil bantal dan berbaring si sebelah anak ibu ni. Tidur la apa lagi. zzzzzzZZZ..

Jam 1.15 petang, ibu tersedar. Segera ke bilik air. Membersihkan badan & berwuduk. Solat Zohor perlu disegerakan.

Bla..bla..bla...

Inilah tempat yang kami tuju..

.
Majlis yang sedang berlangsung

Di sini lah!! Kami dah sampai..

Sampai-sampai, pengantin sedang makan beradap. Nyum..nyum..

Semua meja pula penuh dengan tetamu yang hadir*lama dah sampai tu tak reti-reti nak bangun keww.orang lain pun nak duduk & makan juga.
Pelamin yang indah

Wah raja sehari berbusana serba ungu..cantekk bangat!!

Perghh..meleleh air liur..dah la belum menyantap lagi nih (meja penuh)

Akhirnya..dapat juga meja untuk kami mencekik..alhamdulillah..walaupun berhampiran dengan soundbox DJ..
Aisyah pula seronok sakan..tak meragam..anak ibu memang baik..

Alahai..mata ibu terpejam & mata Aisyah bukan main besarnye..(yang penting pengantin k!)



Nota kaki : Suka tengok pelaminnya...cantekkk sangat-sangat..dan pengantin perempuan pon gorjesss uuuu...



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.